BAB 3 : Diperdaya Terpedaya
Jari Manis · 4 min read
"Ahhh, sudah, mati aku" mataku tertumpu pada skrin telefon, SMS yang kuterima dari Abang Sham yang meminta aku berjumpa dengannya di KFC selepas Tol Juru.
Sepanjang pemanduan aku ke sana, hatiku berdebar, fikiranku melayang. Entah apa yang akan terjadi nanti. Aku dok ingat benda ni dah setel, sebab dah dekat sebulan berlalu, tapi tetiba SMS masuk membuatkan aku rasa nak pengsan. Namun, aku kena berani. Aku bersedia tanggung risiko. Berani buat, berani tanggung.
Setibanya di KFC, aku lihat Abang Sham rileks minum dan makan, terus aku ke arahnya, aku jabat tangannya, dan tanpa disuruh, terus aku minta maaf bertubi-tubi mulutku melafazkannya, hingga disuruh berhenti. Aku akui semua yang berlaku, yang pernah berlaku, dan aku benar-benar sesal dengan apa yang berlaku. Namun, apa yang aku sangkakan, tidak berlaku. Abang Sham rileks sahaja, macam rela je, walaupun dia tau aku dah berkali-kali menyetubuhi isterinya. Abang Sham siap tanya lagi bagaimana hubungan aku dan isterinya, lagi la membuatkan aku pelik dengan sikapnya.
Sebelum pulang, aku dikejutkan dengan satu permintaan yang sungguh mengejutkan. Aku dibiarkan termanggu seorang, Abang Sham berlalu begitu sahaja meninggalkan aku sendirian. Permintaannya untuk menyetubuhi isteriku benar-benar mencabar kejantananku.
"Ingat !! jangan bagi tau sapa-sapa, atau rahsia ini bocor. Fikir masak-masak" itu sahaja SMS yang ditinggalkan padaku selepas beberapa ketika dia meninggalkan aku.
Aku buntu. Aku terbayangkan wajah isteriku yang tak bersalah itu. Disebabkan nafsu, dia turut menjadi mangsa keadaan. Aku dah tak boleh menafikan. Hanya ada dua cara sahaja, satu, aku berterus dengan dengan isteriku, dan pastinya rumahtangga kami berantakan. Atau yang kedua, aku bersetuju dengan permintaan Abang Sham, sebab aku tahu apa yang dia fikirkan. Jika aku bersetuju, maka rahsia aku selamat. Namun, isteriku akan terjebak sama dalam permainan terlarang ini.
Aku memandu pulang, lemah, fikiranku menerawang memikirkan apa yang telah berlaku, dan apa yang akan berlaku. Sebagai lelaki, aku tahu apa yang Abang Sham minta itu. Kalau aku jadi dia pun, aku akan minta yang sama. Tapi, bila terbayang wajah isteriku, aku rasa menyesal dengan apa yang telah berlaku. Isteriku menyedari akan perubahan diriku, yang banyak berdiam ketika di rumah, tidak seperti selalu.
"Abang, abang OK ke tak ni?" soal isteriku suatu malam ketika kami nak tidur
"OK je, abang OK"
"Tapi Ika nampak abang lain sikit sehari dua ini"
"Biasalah Ika, penat keje, banyak keje luar, ke utara, ke selatan" jawabku berdalih.
"Jangan stres sangat bang, sakit nanti"
"Ye Ika, jangan risau ya"
Tak dapat aku bayangkan yang isteri aku ini akan menyerahkan tubuhnya pada lelaki lain, dan aku sebagai suaminya rela akan keadaan itu. Jika aku letakkan diriku di tempat Abang Sham, aku akan tau apa yang dirasakannya, isteri yang dicintai bersama lelaki lain di atas katil. Jika aku bersetuju, bagaimana aku nak pujuk isteriku, bagaimana aku nak menghadapi keadaan ketika aku menyuarakan keinginan Abang Sham pada dia. Alasan apa yang perlu aku berikan pada isteriku. Pasti kami akan bergaduh besar. Aku mesti dapatkan pendapat Kak Nor. Aku tidak boleh sendirian membuat keputusan, Kak Nor pun terlibat dalam hal ini.
"Kak, Abang Sham minta nak main dengan Ika" kataku memulakan bicara selepas beberapa ketika kami berborak kosong, memang itu tujuanku bertemunya. Aku menceritakan apa yang berlaku semasa pertemuan aku dan Abang Sham di Juru. Aku ke SP bertemu dengan sepupuku itu bagi meminta pandangannya
"Ishh, takkan la kot, Abang Sham mintak macam tu" kata Kak Nor sewaktu aku menceritakan hal tu.
"Betul kak, dia mintak nak main dengan Ika" ulangku lagi
"Akak tak tau la Daus, sebab dengan akak dia tak cakap apa pun. Akak dengan dia OK je macam takde apa-apa" jelas Kak Nor
"Tu la kak, saya pun tak sangka. Saya buntu ni kak. Kalau Ika tau, mati la saya kak, habis la saya dengan Ika, good bye la nampaknya"
"Tapi, kalau ikut apa yang ko bagitau akak, akak rasa logik jugak"
"Saya pun fikir macam tu, daripada Ika tau dari orang lain, ataupun kita terkantoi lagi, saya rasa macam nak setuju je dengan Abang Sham"
"Akak pun fikir macam tu, sama ada kita stop terus, tapi rahsia tu bila-bila masa akan bocor. Atau kita libatkan Ika sekali"
"Akak rasa mcam mana?"
"Entah la Daus, akak tak tau nak cakap apa, sebab tu bini ko"
"Ermmm.."
Nor dan Daus berbincang hal yang mengganggu fikiran mereka
"Ko kena tanya diri ko sendiri, ko sanggup tak bagi Abang Sham main dengan bini ko. Kalau ko sanggup, kalau ko rasa ko boleh terima keadaan itu, ko terima je. Janji hubungan ko suami isteri selamat"
"Saya tak tau la kak, saya risau saya tak sanggup. Cukup la saya sorang yang curang, saya tak mau bini saya curang jugak"
"Tapi Daus, bini ko curang yang diizinkan, tak sama macam kes yang selalu kita dengar kat media. Ni kira macam fair and square" jelas Kak Nor
"Saya rasa, saya boleh kot" kataku setelah beberapa ketika kami diam tanpa bicara.
"Akak tak paksa, ko fikir masak-masak"
"Tapi macam mana nak libatkan Ika?" soalku. "Takkan nak terus terang cakap yang suami akak nak main"
"Eh jangan. Jangan cakap apa-apa lgi kat dia. Buat biasa je. Akak nak tanya Abang Sham dulu, kut dia ada plan. Kita ikut je"
"OK la kak, saya ikutkan je, asalkan saya dengan Ika tak bercerai berai"
"InsyaAllah Daus, jangan fikir bukan-bukan. Ko layan je Ika macam biasa, jangan sampai dia syak"
"OK kak, terima kasih"
"Love you kak"
"Love you too...."
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.