BAB 12 : CHATTING
Cikgu Sham · 10 min read
Pejam celik pejam celik, dah hampir 3 bulan aku menyewa bilik rumah Abang Sham dan Kak Nor, aku sering berdoakan agar proses pertukaranku dilulus dan dipercepatkan. Apalah hidup sebagai seorang isteri jika suami berada jauh di mata, bagaimana aku hendak menunaikan tanggungjawabku. Setiap hujung minggu, kadang-kala 2 minggu sekali, itu pun bergantung kepada tugasnya, jika tak sibuk, Azman suamiku akan menjengukku di sini. Dalam bulan yang pertama, boleh dikatakan setiap minggu Azman akan menjengukku, dia akan membawaku keluar, dan kami akan bermalam di hotel bagi melepaskan rindu dendam yang membara, maklumlah pengantin yang masih baru. Namun, menjelang bulan ke 3 ini, dia selalu memberi alasan sibuk dengan tugas yang menghalang dia datang setiap minggu. Aku pasrah, aku redha dengan ketentuan ini.
Sekolah tempat baru aku mengajar ini tak begitu jauh dengan tempat tinggalku, aku hanya berjalan kaki sahaja pergi dan pulang. Mujurlah anak-anak muridku menghiburkan aku secara tak langsung bagi menghilangkan kerinduanku pada suami. Hubungan aku dan penyewa lain, Asmah dan Siti juga mesra, begitu juga dengan Kak Nor dan Abang Sham. Kami bagai satu keluarga. Aku beruntung mempunyai teman-teman sebegitu dan memahami akan daku.
"Kak Wani, abang akak datang ke esok?" tanya Asmah padaku semasa kami sedang berbual menonton TV petang jumaat.
"Entah lah Mah, dia cakap kalau tak bizi, dia datang" balasku lemah.
"Datang kut..." sambung Asmah pula.
"Biarlah, akak tak kisah sangat, kalau datang, akak jumpa le dia"
"Dapat le akak kan....hehehehehe" Asmah memperlinya.
Aku ketawa kecil, sudah 2 minggu aku tak diberikan kepuasan batiniah. Aku juga mengharapkan agar Azman datang esok.
************---
Kehidupan di rumah Abang Sham ni memang menyeronokkan, di samping teman-teman yang baik, mereka juga tak campur hal orang lain, tak jaga tepi kain orang. Itu yang aku suka, tak macam kawan-kawanku di sekolah yang suka menyibuk. Satu lagi yang best di rumah ini ialah internet, Abang Sham menyediakan internet percuma secara wireless kepada semua orang. Siapa yang ada laptop atau wireless card, memang boleh akses pada bila-bila masa. Asmah dan Siti kerap menggunakan internet untuk menyiapkan kerja dan tugasan mereka. Aku pula, chating dengan suamiku dan kadang-kala melayari laman web lucah, buat pengubat jeritan batinku, dan semestinya aku ghairah dan melampiaskan sendiri dengan caraku sendiri.
Sejak akhir-akhir ini, aku telah mengenali seorang lelaki melalui chating yang menggunakan nama kesepian_keseorangan. Pada mulanya aku hanya chating untuk suka-suka dan menghiburkan hati, namun setelah mengenali Abang Bad, yang menggunakan ID kesepian_keseorangan itu, aku telah mulai seronok berbual dengannya, aku selesa berbicara dengannya, dan dia jujur mengakui yang dia telah pun berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Boleh di katakan setiap hari aku berchating dengannya, kadang-kala siang, kadang-kala malam. Berdasarkan perbualan kami, dia tinggal di kawasan yang sama dengan tempat aku tinggal ini.
"Wani, malam ni kita chat yer" begitulah SMS ringkas dari Abang Bad kepadaku yang meminta aku online.
"OK bang Bad, pukul 10.30 yer" balasku.
Kini sudah sebulan aku mengenali Abang Bad, dan hubungan kami makin akrab. Aku sudah tidak segan silu berbicara dengannya, dia pun begitu termasuk soal-soal berkaitan seks. Abang Bad menceritakan perihal hubungan tempat tidur bersama isterinya dan dia sering memberikan galakan dan nasihat kepadaku yang masih mentah dalam hal-hal begitu. Abang Bad meminta aku mencuba pelbagai posisi semasa melakukan hubungan seks jika berkesempatan, kerana dia juga tau yang aku berjauhan dengan suamiku. Sepanjang perhubungan ini, Abang Bad dan aku telah membuat satu perjanjian yang mana kami tidak akan memberikan gambar masing-masing, biarkan ia menjadi satu misteri dan itulah yang membuatkan aku bertambah kasih kepadanya walaupun tidak bersua muka.
Pernah sekali Abang Bad berkata yang dia ingin berjumpa denganku, namun aku masih belum bersedia walaupun hati kecilku ingin bersua dengannya. Jika suamiku datang menemuiku, aku akan memberitahu Abang Bad dan memaklum padanya yang aku tak dapat chat. Dia faham dan memberikan kata-kata semangat untuk aku berjuang bersama suamiku pada minggu tersebut. Jika kami chat semula, aku menceritakan padanya apa yang aku dan suamiku lakukan. Aku tak segan menceritakan tentang hubungan seks aku dan suamiku, dan Abang bad memberikan komen positif. Dengan Abang Bad jugalah aku telah pandai melakukan blowjob, suamiku cukup tersiksa dengan penanganku, terima kasih Abang Bad. Pernah juga Abang Bad memintaku mencuba menelan air mani, tapi aku berasa jijik dan loya, aku masih belum bersedia untuk ke tahap itu. Abang Bad memberikan nasihat, dan menceritakan tentang pengalaman dia dan isterinya menelan air mani, dia memberitahu bahawa isterinya amat menyukai air maninya. Bila Abang Bad memberitahu ukuran kemaluannya, aku terkejut, aku ambil pembaris dan mendapati ianya sungguh panjang, lebih panjang dari suamiku. Aku rasa begitu teruja, dan mengakui bahawa isterinya bertuah sebab dapat merasai senjata sebegitu rupa.
"Abang......" aku merenget di bilik hotel apabila melihatkan suamiku membuka pakaiannya.
"Wani, abang rindu pada Wani sayang" balas suamiku seraya menindih tubuh bogelku lalu mengucup bibirku.
Kami berpelukan mesra, dan aku menyerahkan tubuhku pada suamiku yang sah. Aku mengulum kemaluan suamiku seperti mana yang diajar oleh Abang Bad, dan ternyata suamiku tak dapat menahannya, lalu tersembur air maninya ke dadaku.
"Kenapa cepat sangat bang?"
"Sedap sangat lah yang...." Jawab suamiku sambil mengurut kemaluannya.
Aku baring, dan dia datang ke arahku, suamiku menggomol tubuhku dalam keadaan kotenya yang tak keras, tapi ia masih berusaha untuk memuaskanku. Aku mintanya menjilat kemaluanku, dan dia melakukannya tanpa kesungguhan, ini memang diakui, dia tak berapa selesa menjilat cipapku. Aku terima seadanya. Walaupun begitu, aku puas juga bersamanya. Aku klimaks juga bila bersamanya.
Pernah aku mengadu pada Abang Bad tentang suamiku yang enggan menjilat kemaluanku, Abang Bad menyatakan bahawa bukan semua lelaki akan berbuat begitu, dan rugilah aku katanya kerana tidak dapat kenikmatan pada faraj apabila lidah menyentuh dan menjilat sekitarnya. Sekali lagi aku pasrah.
Dalam bulan ke-4 ini, kerja-kerja sekolahku semakin bertambah, pelbagai aktiviti terpaksa disertai. Kelibat Azman juga kadang-kala ada, dan aku juga telah mula sibuk dengan tugasan-tugasan sekolah.
"Wani, abang nak jumpa Wani boleh tak?' Abang Bad meminta sekali lagi.
"Wani malulah bang" jawabku ringkas.
"Apa nak dimalukan, kita bukannya budak-budak. Kita berjumpa atas dasar kawan" pujuknya lagi.
Setelah berbual dan pujuk-memujuk, aku berjaya meyakinkan diriku untuk berjumpa Abang Bad hujung minggu ini, kerana suamiku pun tak jadi datang.
Saatnya tiba, aku mengenakan baju kebaya labuh dengan tudung litup bertatahkan batu-batu kristal. Dengan wangian yang menusuk hidung, aku mula melangkah kaki ke perhentian bas untuk berjumpa Abang Bad di bandar. Aku gigil, gugup, dan berdebar-debar untuk pertemuan ini, aku rasakan seperti di alam remaja, namun jauh di sudut hati, aku tak sabar juga untuk menemui lelaki yang cukup sempurna pada hematku. Di dalam bas, aku rasakan masa beredar terlalu lambat, aku tak mahu badanku berpeluh dan menghilangkan bau wangian perfumeku ini.
Aku melangkah kaki ke tempat yang dijanjikan. Depan KFC. Abang Bad akan menungguku di situ dan dia akan menelefonku jika sampai. Aku terus ke KFC dan menanti di suatu sudut. Aku menatap jam di tangan, ternyata aku awal 20 minit dari masa yang dijanjikan. Sepanjang berada di situ, mataku liar memerhatikan orang lalu lalang dan membuat pelbagai andaian dan tekaan yang mana satukah Abang Bad?
Dari kejauhan, aku terperasan seseorang yang aku kenali, sangat kenali. Ya, Abang Sham berada di ruang legar kompleks itu. Dan dia sedang menuju ke arahku. Mungkin dia juga nampak aku...
"Eh, Wani, buat apa kat sini" sapanya sambil berdiri di sebelahku.
"Abang Sham pun ada. Wani tengah tunggu kawan ni" balasku agak malu-malu kerana sesuatu yang tak terduga berlaku. Aku risau juga kalau-kalau Abang Bad sampai dan melihatku bersama Abang Sham, cemburu pulak dia nanti.
"Tak ada aktiviti sekolah ke hari ni?" soalnya lagi.
"Takder. Abang Sham pulak wat apa kat sini? Nak beli KFC kat anak ke? Soalku pula.
"Tak lah, Abang pun nak jumpa seseorang kat sini, janji pukul 11. Skang di dah dekat pukul 11, tak datang lagi kut" jelasnya.
"Eh, sama la kita yer. Abang janji kat KFC ke?"
"A'aa...kat depan KFC ni la"
"Call le dia, tanya dia kat mana skang" aku memberikan pendapat.
"Jap lagi le Wani, maybe dia on the way. Hubby tak datang ke minggu ni?'
"Tak bang, dia bizi"
"Hmm....biasalah Wani, kerja ni kadang-kadang bizi, kadang-kadang tak"
"Hmmm......" balasku lemah. "Wani pun try le call dia, kut-kut dia cari Wani tak jumpa"
"Biarlah dulu bang, Wani dah janji kat sini, nanti dia datang le tu. Abang call le kawan abang tu"
"Hmmmm....abang nak call le ni. Wani tunggu kejap yer" balasnya sambil berlalu dua tiga langkah ke arah sisi, mungkin dia nak privacy kut.
Tiba-tiba hensetku berbunyi, ku lihat pada caller ID, nama Abang Bad terpapar. Hmmm, mungkin dia dah sampai. Aku menjawab panggilannya itu.
"Hello" aku memulakan bicara.
"Hello Wani, Wani dah sampai ke?" tanya Abang Bad. Suara itu ku rasakan amat dekat dengan ku, macam dia ada berhampiran dengan ku, kerana aku rasakan suaranya jelas, bukan dari dalam telefon.
Aku segera berpaling ke arah kiri dan kanan mencari-cari dari mana datangnya suara itu. Bila aku menoleh ke arah Abang Sham yang sedang bercakap di telefon, aku lihat percakapannya sama seperti yang aku dengar di telefonku. Dia juga berpaling menolehku kehairanan, aku jua begitu. Kemudian dia datang hampir kepadaku sambil bercakap di telefon, dan sah, suara itu adalah suara Abang Sham, yang sama berbunyi di telefonku.
"Wani....." sapa Abang Sham sambil mengOFFkan henset. "Wani ke orangnya?"
"Abang Sham?" aku kaget, hairan dan terkejut. "Abang Bad?" tanyaku lagi inginkan kepastian.
"Lar, selama hari ni kita la yang selalu berhubung tu yer Wani" sambung Abang Sham tersengih menahan ketawa, dan aku juga turut tersenyum simpul mengenangkan peristiwa itu.
"Kenapa Abang Sham guna nama Abang Bad?" tanyaku.
"Memang ler tu nama abang, Badrul Hisham" jelasnya. Kami ketawa kecil bersama. "Jom kita masuk KFC, kita berbual kat dalam, Abang belanja" ajaknya.
Aku setuju dan mengekori dia ke dalam. Setelah memesan makanan, aku duduk di meja sementara menantikan Abang Sham ataupun Abang Bad membawa makanan. Kami berbual rancak, segala rahsia kini terurai, aku jadi malu bila mengenangkan isi-isi perbualan kami di chatting, di henpon dan email. Abang Sham juga begitu, dia tak sangka yang teman chatting nya itu adalah penyewa rumahnya sendiri. Aku sendiri tidak menjangkakan perkara sebegini akan berlaku. Namun, segalanya telahpun berlaku. Segala rahsia kami telahpun didedahkan, hal-hal dalam kainku, dalam bilik tidurku turut diketahuinya, begitu juga aku.
Selepas peristiwa itu, hubungan kami makin akrab, chatting dah kurang, kerana kami boleh berhubung terus berbual di rumah atau di restoran. Pada mulanya aku malu dengan Abang Sham, namum setelah dia pujuk dan menjamin hal ini tiada siapa yang tahu, aku nekad untuk terus berhubungan sebagai seorang kenalan rapat dengannya. Kadang-kami kami berbual menerusi chatting apabila keadaan tidak mengizinkan kami untuk berbual berdua bersama, aku juga harus mewujudkan keadaan yang tidak diragui, terutama oleh isteri Abang Sham dan Asmah juga Siti.
Semakin hari perhubungan aku dengan Abang Sham semakin mesra, sehari aku tidak menerima SMS atau panggilan darinya, aku jadi gusar, tak senang duduk. Ingatanku terhadap suami makin berkurang, tambahan pula dia semakin sibuk sejak kebelakangan ini, namun mujurlah ada Abang Sham yang memahami dan sering menasihatiku, dan membuatkan ku ceria dengan telatah dan humornya.
Kami sering keluar bersama, kadang-kadang Abang Sham menemani aku membeli belah, dan untuk tidak menimbulkan syak wasangka, kami membawa isterinya dan Asmah atau Siti bersama. Setelah dua tiga kali, barulah aku dan Abang Sham sahaja yang keluar berdua. Sewaktu pertama kali keluar bersama membeli pakaian, Abang Sham telah memegang tanganku, memimpinku, walaupun aku agak terkejut, namum aku tidak marah mahupun membantah. Sejak itu, kami selalu berpimpin tangan sewaktu berjalan seperti sepasang kekasih. Sesekali sewaktu menaiki tangga atau memasuki lif, Abang Sham memegang pinggangku. Keadaan itu berlanjutan, dan kini aku tidak segan-segan memeluk Abang Sham sewaktu kami berjalan, dan Abang Sham juga tidak melepaskan tangannya dari melengkari pinggangku. Sesekali tangan nakal Abang Sham meraba punggungku berlapikkan baju kurung, dan kadang-kadang seluar jeans ketat. Sewaktu berjalan, aku memegang tangan Abang Sham, melilitkan ke bawah pelipat sikunya dan ada masanya siku Abang Sham dilaga-lagakan ke buah dadaku, seperti tidak sengaja, namun aku yakin yang Abang Sham sengaja berbuat begitu kepadaku, aku tidak melarang kerana aku telah mula ada bibit-bibit sayang kepadanya.
Pada suatu malam, sewaktu isteri Abang Sham balik kampung membawa anak mereka menemui ibu bapa isterinya, tinggallah aku, Siti, Asmah dan Abang Sham di rumah. Pada malam itu, Abang Sham mengajak aku menonton wayang, cerita thriller. Aku setuju, dan kami menonton tayangan mid-nite. Kami keluar awal lagi, kami makan dahulu dan bersiar-siar sambil berbual. Macam-macam hal yang kami perbualkan dari hal-hal umum hinggalah kepada hal-hal peribadi. Sambil berbual, Abang Sham memegang dan meramas-ramas lembut tanganku, jari-jariku hinggakan aku dibuai satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Aku rasa dihargai dan disayangi. Dan pada malam itu jugalah aku dicium buat pertama kalinya oleh lelaki bukan suamiku. Abang Sham mengucup pipiku sewaktu di dalam kereta semasa sampai di kompleks untuk menonton wayang. Aku terkejut tapi mendiamkan diri. Kami berpimpin tangan, Abang Sham memeluk pinggangku masuk ke dalam panggung wayang dan sebelum duduk, dia sempat meramas punggungku, lalu aku mencubit manja di lengannya.
Tayangan tengah malam itu tidak ditonton oleh ramai orang, kebetulan tempat duduk kami adalah di belakang sekali. Aku melabuhkan kepalaku di bahu Abang Sham sepanjang tayangan yang aku tidak begitu amati intipati ceritanya. Aku lebih berkhayal bersama Abang Sham apabila Abang Sham melengkarkan tangannya memeluk bahuku. Sesekali Abang Sham mengurut lembut bahu dan lenganku, dan kadang-kadang tangan nakalnya tersasar sampai ke bahagian dadaku, namum aku sempat menghalang dari kena pada sasaran. Abang Sham terus berusaha, dan aku akhirnya tewas dengan asakan tangannya dan kini tangannya berada di atas dadaku, di atas buah dadaku. Jari-jemarinya mengusap lembut di pangkal buah dadaku, dan sesekali Abang Sham meramasnya lembut, aku hanyut dibuai gelora asmara.
Dengan tidak semena-mena, tangan kananku memeluk dada Abang Sham dan mengusap mengurut dadanya. Entah bagaimana ia berlaku, aku sedari yang jari-jari ku berada di atas kemaluannya. Begitu keras aku rasakan, besar dan teguh di dalam seluar slack hitam. Aku mengurut-ngurut batang kemaluan itu dan dia juga semakin galak meramas buah dadaku di sebalik baju kurung biruku ini. Aku dapat rasakan yang kemaluan Abang Sham besar dan keras, mungkin lebih besar dari suamiku. Aku semakin asyik, dan Abang Sham berkali-kali mengucup kepala ku yang dilitupi tudung bawal itu sambil tangannya meramas-ramas buah dadaku yang semakin mengembang........
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.