Skip to content
Rumah Ku, Syurga Ku (Vol 2) [ONGOING]
Chapter1

BAB 1 - Cina Buta

Cikgu Sham · 4 min read

"Boleh ke bang?" tanyaku lagi setelah makan malam.

"Ntah le yang, abang tak pasti ler" jawab suamiku sambil memandangku sayu

"Nor pun tak sampai hati tengok diorang tu, lagi pun Nor kenal sangat dengan diorang. Diorang memang harapkan kita jer" jelasku lagi seperti mana yang aku jelaskan siang tadi.

"Biar la Abang fikir dulu ye yang" sambung suamiku. "Abang tak sanggup menduakan Nor"

"Bukannya lama pun bang, pagi esoknya abang lepaskan ler"

"Hmm..tapi malam tu abang bersama dia" balas suamiku dengan nada kesal.

"Nor izinkan Abang untuk satu malam, tolong la bang, kesian diorang tu"

Malam itu, aku tidur tak berapa nyenyak, masih memikirkan janji yang telah ku buat dengan Azma dan Ismail. Akibat pertengkaran yang tak dapat dielakkan, sama-sama ego dan panas waktu itu, Ismail dengan nada yang marah telah melafazkan cerai talak tiga kepada isterinya Azma. Perkara itu dirujuk kepada Mahkamah Syariah, dan ternyata talak tersebut sah dan gugurlah hubungan mereka sebagai suami isteri yang telah dibina sejak 5 tahun lepas.


"Kak Nor" sapa Azma semasa menemuiku di rumah minggu lepas.

Dia datang seorang diri, dengan nada yang lemah, dengan wajah yang tak ceria, dia menceritakan perihal rumahtangganya yang telah runtuh gara-gara pertengkaran suami isteri yang dilanda ego. Semuanya gara-gara Ismail yang bermain kayu tiga bersama rakan sepejabatnya, dan perkara itu diketahui oleh Azma. Setelah diajukan bertalu-talu, Ismail menafikan sekeras-kerasnya perkara itu, walaupun Azma ada bukti yang jelas, yang telah ditunjukkan padaku.

Aku hanya mampu mengeluh mendengar kisah mereka. Kes mereka berlanjutan hampir dua bulan di Makkamah sebelum memutuskan bahawa penceraian itu sah. Kini, Ismail ingin merujuk kembali kepada Azma, namun hukum menyatakan bahawa mereka tidak boleh berkahwin semula sehinggalah Azma berkahwin dan menjadi janda.

Azma ialah rakan aku, sama-sama berkerja di bawah satu wad yang sama, di hospital yang sama. Aku mengenali dia sewaktu aku telahpun berkhidmat 3 tahun, dan ketika itu dia baru sahaja posting. Dengan aku sebagai rakan pembimbingnya, hubungan kami menjadi rapat. Perkahwinannya dengan Ismail juga aku yang uruskan, menjadikan mereka suami isteri rapat denganku.

Berdasarkan apa yang diceritakan padaku, Ismail suami Azma pernah dilihat beberapa kali keluar bersama dengan teman pejabatnya. Perkara itu sering sampai ke telinga Azma perihal hubungan suaminya dengan rakan sepejabat itu, namun Azma tidak ambil kisah. Azma menerima dengan baik apa yang dilakukan oleh Ismail, mungkin mereka berkawan sahaja, tidak lebih dari tu. Namun, dari sehari ke sehari, berita hubungan suaminya dengan perempuan itu semakin hebat. Pernah Azma diberitahu bahawa suaminya dilihat sedang berkasihan di pejabat selepas tamat waktu berkerja, mereka sedang bercumbu mesra.

Pernah Azma meminta penjelasan dari Ismail, dan dia berpuas hati dengan alasan suaminya itu. Mungkin kerana Azma yang kurang tegas dalam hal itu, membuatkan Ismail semakin berani. Azma menjadi lebih panas apabila mengetahui suaminya pernah tidur bersama perempuan itu beberapa kali. Akibat tiada bukti kukuh, Azma mendiamkan diri, dan dia berusaha membongkar segalanya. Kes mereka semakin hangat apabila Azma membaca SMS di telefon suami yang mengandungi kata-kata manis dan sayang dari mereka berdua. Dan seperti biasa, suaminya bijak menjaja alasan.

Akhirnya, dengan tidak diketahui Ismail, Azma berjaya mengekori Ismail dan temannya itu ke sebuah hotel, dan ternyata apa yang didengarinya itu benar. Memang Azma tidak Nampak apa yang berlaku di bilik hotel, tapi dia tahu apa yang terjadi antara mereka berdua. Malam itu mereka perang besar, dan terlafazlah talak tida dari mulut Ismail. Selepas kejadian talak itu, Azma keluar dari rumah dan membuatkan Ismail jadi tak karuan. Perkara itu dirujuk ke Mahkamah, dan ternyata talak itu jatuh. Akibat menyesal dengan apa yang berlaku, dan Ismail berjanji akan berubah, maka aku dicari oleh mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Krisis rumahtangga mereka tiada siapa yang tahu, hanya aku yang dipercayai mereka untuk meminta pertolongan. Semasa Azma menyatakan hasratnya untuk menyatukan kembali hubungan mereka suami isteri, aku sungguh terkejut dengan permintaan dia. Dia dah tak ada orang lain untuk minta tolong, dan dengan aku satu-satunya kawan yang paling rapat, yang tahu masalah yang melanda. Hatiku berdebar dan terkejut bagai nak luruh jantung apabila Azma minta suamiku bernikah dengannya untuk satu malam, dalam erti kata lain, dijadikan cina buta. Berkali-kali dia marayu aku agar diizinkan suamiku bernikah dengannya agar perkahwinan mereka dapat disatukan semula. Aku minta masa untuk berfikir sebelum menyuarakan kepada suami tercinta. Hampir seminggu aku berfikir, dan boleh dikatakan setiap hari Azma meminta jawapan dariku. Akhirnya dengan berat hati, dengan penuh debaran aku menyuarakan perkara ini kepada suamiku. Dia turut terkejut dan membantah sekeras-kerasnya kerana dia sangat sayangkan aku, namun aku terus memujuk agar menerima cadangan itu.

"Baiklah sayang, abang akan lakukan" katanya pagi sabtu itu semasa bersarapan. "Tapi apa yang abang lakukan ini adalah kerana Nor, bukan kerana kawan Nor tu. Abang buat sebab Abang sayangkan Nor" sambungnya lagi dengan nada yang sayu.

"Terima kasih bang" jawabku sambil merenung redup matanya.

"Abang harap Nor tak cemburu dengan apa yang akan berlaku nanti" sambungnya lagi. "Nor bukan tak tau, abang perlu dan wajib bersetubuh dengannya agar perkara ini dapat dijalankan dengan baik"

"Yer bang, Nor faham. Nor rela, Nor redha bang" jawabku lemah.

Aku memang tak dapat menyembunyikan perasaan cemburu itu, namun apakan daya, aku tersepit antara rakan dan suami. Demi menyelamatkan rumahtangga mereka, aku rela suamiku bernikah dengan rakanku. Aku tahu yang suamiku akan laksanakan tanggungjawab sebagai suami, walaupun hanya satu malam. Dan aku telah bersedia mental agar menerima itu sebagai suatu yang baik.


Pagi Jumaat itu, suasana di surau di taman perumahanku dihadiri oleh beberapa orang sahaja dalam majlis akad nikah suamiku dengan Azma. Yang hadir hanyalah Azma, ibu dan bapanya yang bertindak sebagai wali, suamiku, aku dan saksi nikah. Majlis yang amat sederhana ini berlangsung dengan lancar, hanya sekali lafaz, Azma kini sah menjadi isteri kepada suamiku.

Seperti yang telah dijanjikan, suamiku dan Azma akan bercuti ke Cameron Highland selama satu hari. Mereka akan bertolak pagi ini selepas akad nikah dan akan kembali keesokan harinya untuk melafaz cerai. Aku memang minta suamiku membawa Azma jauh dari sini agar aku kurang merasai detik cemburu jika mereka dilihat bersama nanti. Azma dan bekas suaminya turut bersetuju. Suamiku dan Azma mengambil MC untuk Jumaat dan Sabtu. Selepas selesai majlis, lebih kurang pukul 10.30 pagi, kereta suamiku meluncur meninggalkan perkarangan surau menuju ke destinasi. Aku terkebil memerhatikan mereka berdua......

Show 0 comments

Log in to join the conversation.

  • No comments yet. Be the first.

Chapters

  1. 01 BAB 1 - Cina Buta
  2. 02 BAB 2 - Tunai Tanggungjawab
  3. 03 BAB 3 - My Soulmate
  4. 04 BAB 4 - She's The One
  5. 05 BAB 5 - Ziarah Nikmat