Bab 10
Jari Manis · 13 min read
Sabtu pagi yang biasanya tenang kini terasa seperti sebuah penjara bagi Azzatul Alana. Cahaya matahari yang membolosi celah-celah langsir ruang tamu seolah-olah mata tajam yang menghakimi setiap inci tubuhnya.
Sejak subuh lagi, Azzatul sudah bangun, namun bukan untuk menyiapkan sarapan yang enak atau mengemas rumah dengan ceria. Dia bangun dengan rasa mual yang mencengkam hulu hati, mual terhadap dirinya sendiri.
Azzatul berjalan ke cermin bilik air sekali lagi. Kesan lovebite di lehernya masih merah menyala, kontras dengan kulitnya yang pucat. Dengan tangan yang menggigil, dia mencapai sehelai tudung sarung paling labuh dan menyarungkannya ke kepala.
walaupun dia hanya berada di dalam rumah. Dia merasa "telanjang" tanpa kain itu, seolah-olah dinding rumahnya sendiri mampu melihat dosa yang dia lakukan malam tadi.
Strateginya hari ini mudah, melarikan diri. Dia tidak mahu melihat Ford Ranger itu, dia tidak mahu mendengar suara garau itu, dan yang paling penting, dia tidak mahu bau maskulin Amir kembali mencemar ruang udaranya.
Pagar rumah dikunci rapat, pintu utama diselak dua kali, dan telefon pintarnya diletakkan jauh di bawah bantal.
Azzatul menyorok di dalam rumahnya sendiri, seperti seorang pelarian yang menunggu waktu untuk dihukum.
Tepat jam 10 pagi, telefon di bawah bantal bergetar tanpa henti. Azzatul cuba mengabaikannya, namun rasa ingin tahu dan debaran yang menggila memaksa dia mencapainya juga. Ada tiga mesej WhatsApp masuk.
Amir: "Assalamualaikum, Azza. Saya tahu awak dah bangun. Saya ada belikan nasi lemak, saya sangkut kat pagar."
Amir: "Saya tak boleh berhenti fikir pasal malam tadi. Awak nampak sangat cantik dalam pelukan saya. Rehat ya, Azza sayang."
Amir: "I miss you already, Azza."
Darah Azzatul mendidih. Bukan kerana marah sepenuhnya, tetapi kerana ketakutan yang amat sangat.
Panggilan "Azza" dan "Sayang" itu terasa seperti pisau yang menghiris maruahnya sebagai isteri Azman.
Dengan nafas yang sesak, dia menaip balasan dengan jari yang bergetar hebat.
Azzatul: "Jangan panggil saya Azza! Dan jangan panggil saya sayang! Saya ni Ustazah, saya isteri orang! Tolong jaga batas awak, Amir. Apa yang jadi malam tadi adalah kesilapan paling besar dalam hidup saya. Tolong jangan buat saya rasa lebih hina!"
Hanya seminit kemudian, bunyi ketukan di pintu utama kedengaran. Azzatul tersentak. Dia berdiri kaku di tengah ruang tamu.
"Ustazah... saya tahu awak kat dalam. Tolong buka pintu kejap. Saya nak cakap sikit je," suara Amir kedengaran dari luar, sangat lembut dan romantik, langsung tidak terkesan dengan kemarahan Azzatul tadi.
Azzatul menarik nafas panjang, cuba mencari kembali sisa-sisa ketegasannya yang hilang semalam.
Azzatul melangkah ke pintu namun tidak membukanya. Dia hanya bercakap di sebalik daun pintu yang tebal.
"Amir, baliklah. Saya tak nak jumpa awak. Tolong faham status saya. Tolong panggil saya 'Ustazah' macam dulu. Panggilan 'Azza' tu hanya untuk suami saya," kata Azzatul dengan nada yang cuba dikeraskan, nada yang dia gunakan untuk mendisiplinkan pelajar-pelajarnya di sekolah.
Suasana sepi seketika.
"Baiklah, Ustazah," balas Amir akhirnya.
Nada suaranya berubah, kembali kepada nada hormat namun tetap kedengaran satu getaran kemenangan.
"Saya akur. Kalau itu yang Ustazah nak, saya panggil Ustazah. Saya minta maaf kalau panggilan tadi buat Ustazah tak selesa. Saya cuma nak pastikan Ustazah makan. Nasi lemak tu ada kat luar. Saya balik rumah dulu ya, Ustazah?" Pinta Amir sambil melangkah pergi.
Azzatul menyandarkan dahi ke pintu. Dia mendengar langkah kaki Amir menjauh. Ada satu kelegaan yang datang, namun pada masa yang sama, ada satu kekosongan yang mula menghimpit.
Dia benci apabila Amir bersikap romantik kerana itu membuatkan benteng kesetiaannya goyah. Dia lebih rela Amir bersikap kasar atau menjengkelkan agar dia mempunyai alasan untuk terus membenci lelaki itu.
Azzatul mengintai dari celah langsir tingkat atas. Dia melihat Amir sedang duduk di beranda rumah sebelah, hanya memakai t-shirt putih nipis yang menampakkan bentuk badannya yang sasa.
Amir sedang memandang ke arah tingkap bilik Azzatul sambil tersenyum manis, seolah-olah dia tahu Azzatul sedang memerhatikannya.
Azzatul segera menutup langsir. Dia terduduk di atas katil, memeluk lututnya semula. Ketegasannya pagi ini hanyalah satu topeng. Di dalam lubang kemaluannya, dia masih dapat merasakan sisa kehadiran Amir yang memenuhi ruang privasinya malam tadi.
Di dadanya, kesan lovebite itu seolah-olah berdenyut, mengingatkan dia kepada setiap desahan manja yang dia keluarkan buat jiran sebelah rumahnya itu.
Dia mencuba untuk berzikir, namun fikirannya melayang kepada wajah Amir yang sedang menghisap lehernya. Dia cuba memikirkan Azman, namun imej suaminya terasa kabur, jauh di Pahang, sibuk dengan urusan dunia yang lebih penting daripada menjaga hati dan nafsu isterinya yang sedang kehausan.
Sabtu ini menjadi hari yang sangat panjang buat Azzatul. Dia menyorok, dia melarikan diri, dan dia cuba menjadi tegas.
Namun dia sedar, Amir tidak perlu melakukan banyak perkara untuk meruntuhkannya semula. Cukup sekadar dengan satu pandangan mata yang redup dan satu panggilan "Ustazah" yang sarat dengan makna tersirat, Azzatul tahu dia hanya menunggu masa untuk tewas sekali lagi.
Bau peluh aslinya sendiri yang mula terbit akibat bahang tengah hari kembali mengingatkan dia kepada pujian Amir semalam, bahawa bau peluhnya adalah bauan yang paling seksi.
Azzatul meraup wajahnya, menangis dalam diam. Dia telah menjadi ustazah yang munafik, seorang isteri yang berahsia, dan seorang wanita yang kini ketagihan pada sentuhan terlarang daripada jirannya sendiri.
Ahad pagi hadir dengan cahaya matahari yang lebih terik, seolah-olah mahu membakar habis segala noda yang tertinggal di lorong-lorong gelap hati Azzatul Alana.
Bangun sahaja dari tidur, Azzatul tidak membenarkan dirinya termenung. Dia tidak mahu otaknya mempunyai ruang kosong walaupun sesaat, kerana dia tahu, dalam kekosongan itu, bayangan Amir akan menyelinap masuk seperti kabus yang menyesakkan.
Dia melangkah ke bilik tidur utama dengan wajah yang keras. Matanya sengaja dilarikan daripada menatap potret perkahwinannya.
Pandangannya hanya tertumpu pada longgokan cadar krim yang terletak di penjuru lantai, saksi bisu kepada pesta nafsu malam Jumaat yang lalu.
Dengan gerakan yang kasar, dia menyambar kain-kain itu, menyumbatnya ke dalam mesin basuh, dan menuangkan sabun pencuci serta pelembut pakaian dengan kuantiti yang banyak. Dia mahu bau Amir hilang. Dia mahu sisa-sisa air mani yang telah mengering itu lenyap ditelan air dan buih.
Sekitar jam 10 pagi, Azzatul melangkah ke halaman belakang untuk menyidai cadar yang telah bersih. Bau haruman floral dari pelembut kain menusuk hidungnya, memberikan sedikit rasa tenang yang palsu.
Namun, ketenangan itu hanya bertahan beberapa saat sebelum satu suara yang sangat dia kenali menyapa dari balik pagar.
"Wanginya bau sabun... Tapi bau Ustazah lagi wangi sebenarnya."
Azzatul tersentak. Dia memegang erat sepit kain di tangannya, urat hijau timbul di belakang tangannya yang putih. Dia menoleh dengan pandangan yang tajam dan dingin. Di sana, Amir berdiri sambil menyandarkan badannya pada pagar, hanya memakai kain pelikat dan singlet putih yang menonjolkan otot lengannya.
"Encik Amir, saya dah cakap semalam, kan? Tolong jangan ganggu saya. Dan tolong... jangan sebut lagi pasal hal tu!" suara Azzatul tegas, nada seorang guru yang sedang memberi amaran terakhir.
Amir tidak melantunkan kemarahan. Sebaliknya, wajahnya berubah menjadi sayu, satu riak wajah yang nampak begitu jujur dan penuh penyesalan.
"Ustazah... saya datang ni bukan nak menyakat. Saya nak minta maaf. Saya minta maaf sungguh-sungguh untuk malam itu. Saya tahu saya dah melampaui batas. Saya tak mahu Ustazah sedih, saya tak mahu Ustazah gelisah setiap kali nampak saya," kata Amir dengan nada yang sangat rendah dan manja, seolah-olah dia adalah pihak yang paling terluka.
Azzatul terdiam sejenak. Hatinya yang keras mula sedikit bergetar. Dia benci apabila Amir menggunakan nada lembut sebegini.
"Maaf awak takkan ubah apa-apa, Amir. Saya dah khianati suami saya. Awak dah rampas apa yang sepatutnya saya jaga," balas Azzatul, suaranya mula serak.
"Saya tak rampas, Ustazah... kita berdua yang hanyut. Tapi saya tak nak kita jauh macam ni. Saya nak gembirakan hati Ustazah balik. Saya nak kita jadi jiran yang macam dulu, yang boleh bergelak tawa. Saya rindu nak tengok Ustazah senyum, bukan muka 'sarjan' macam ni," usik Amir di hujung ayatnya, cuba mencairkan suasana.
"Henti-hentikanlah sikap annoying awak tu, Amir! Saya benci! Awak buat saya rasa tak keruan!" Azzatul menyidai kain terakhir dengan kasar sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, mengabaikan Amir yang masih berdiri di situ dengan wajah yang penuh romantik.
Sepanjang tengah hari, Azzatul mengurung diri. Dia cuba membaca al-Quran untuk menenangkan jiwa, namun fikirannya seringkali melayang kepada cara Amir meminta maaf tadi.
Sikap Amir yang pandai bermain emosi, sekejap romantik, sekejap manja, sekejap menyakitkan hati, membuatkan Azzatul rasa seperti sedang dipermainkan dalam satu permainan catur yang dia pasti akan kalah.
Pukul 5 petang, loceng rumahnya berbunyi berkali-kali. Azzatul mengeluh. Dia sudah menjangkakan itu adalah Amir. Dengan perasaan geram, dia membuka pintu utama.
"Amir, saya dah kata jangan....!" Kata-katanya terhenti.
Di hadapan pintunya, bukan sekadar Amir yang berdiri, tetapi sebuah gubahan bunga mawar putih yang sangat besar yang diletakkan di dalam bakul rotan yang cantik. Di sebelah bakul itu, terdapat sebuah kotak kecil dari kedai kek terkenal dan satu nota ringkas.
Amir berdiri di pagar rumahnya, hanya memandang dari jauh dengan tangan di dalam saku seluar tracksuit.
Amir tidak menghampiri, seolah-olah mahu memberi ruang kepada Azzatul. Azzatul mengambil nota itu dengan tangan yang menggigil.
"Untuk Ustazah yang saya hormati. Bunga putih untuk simbol kemaafan. Kek ni untuk maniskan semula hati awak yang tengah pahit dengan saya. Saya tak nak awak benci saya, Azza. Saya cuma nak awak tahu, saya sentiasa ada di sini. Maafkan saya sekali lagi."
Azzatul memandang bunga-bunga itu. Harumannya menusuk kalbu. Keikhlasan yang ditunjukkan Amir walaupun dia tahu ada niat lain di sebaliknya mula meruntuhkan tembok pertahanannya buat kali kesekian.
Dia memandang Amir di seberang pagar. Amir hanya memberikan senyuman nipis yang penuh ikhlas, bukan senyuman mengejek, tetapi senyuman seorang lelaki yang tahu bahawa dia mahu menambat semula hati wanita itu.
Azzatul membawa masuk bunga dan kek itu ke dalam rumah. Dia terduduk di meja makan, merenung mawar putih itu. Dia benci sikap Amir yang terlalu romantik begini, kerana setiap kali Amir berbuat baik, dia akan semakin sukar untuk melupakan sentuhan lelaki itu malam kelmarin.
Amir benar-benar tidak mahu dia menjauh, dan Azzatul sedar, dia juga mula merasa takut jika Amir benar-benar berjaya menembusi hatinya yang dihuni suaminya, Azman.
Malam itu, hening yang merayap di ruang tamu rumah Azzatul Alana terasa sedikit berbeza. Dia duduk bersimpuh di atas sejadah, baru sahaja usai menunaikan solat Isyak. Doanya panjang, namun fikirannya bercelaru.
Di tangannya, telefon pintar itu menyala, memaparkan wajah Azman di skrin melalui panggilan video.
"Sayang... abang rindu sangat. Maafkan abang sebab tak dapat balik minggu ni. Rasa berdosa pula biarkan Azza sorang-sorang kat sana, terpaksa uruskan semua benda sendiri," suara Azman kedengaran begitu tulus, sarat dengan nada kerinduan yang mendalam.
Azzatul tersenyum, namun senyumannya terasa tawar di bibir sendiri. Dia merapatkan telefon ke wajahnya, memerhatikan setiap garis wajah suaminya yang nampak letih namun penuh kasih.
"Tak apa, abang. Azza faham. Abang kan tengah berjuang untuk anak bangsa. Azza cuma... Azza cuma sunyi. Dah hampir masuk minggu ketiga kita tak jumpa." Luah Azzatul.
Azzatul berbicara dengan nada manja yang dia simpan khas hanya untuk Azman. Dia memerlukan suara itu. Dia memerlukan kewujudan Azman untuk menghalau segala kekusutan, rasa bersalah, dan imej-imej nista yang menghantui kotak fikirannya sejak malam kelmarin.
Azzatul mahu melepaskan segala beban rahsia itu ke dalam pelukan suaminya, namun realiti jarak memisahkan mereka.
"Sabar ya, sayang? Minggu depan abang balik, abang janji kita ganti balik semua masa yang hilang. Abang nak peluk Azza puas-puas," kata Azman lagi, membuatkan hati Azzatul berdenyut pedih.
Bagaimana jika abang tahu? Bagaimana jika abang nampak kesan yang ditinggalkan jiran sebelah di tubuh ini? Azzatul berperang dengan air mata yang hampir luruh.
Selepas hampir sejam berbual dan melepaskan rindu yang hanya mampu disalurkan melalui gelombang digital, talian diputuskan.
Azzatul mematikan lampu bilik dan bergerak ke ruang tamu. Dia menghidupkan televisyen, sekadar mahu mendengar bunyi latar agar rumah itu tidak terasa seperti kubur yang sepi.
Namun, fikirannya melayang jauh. Memori tentang bagaimana dia menyerahkan tubuhnya kepada Amir, bagaimana dia merintih nikmat di bawah henjutan lelaki itu, dan bagaimana dia mengizinkan mahkota rahsianya dicemari, kembali menghujam tangkai hatinya.
Tiba-tiba, telefonnya yang terletak di atas sofa berdering nyaring.
AMIR JIRAN calling...
Darah Azzatul seolah-olah berhenti mengalir. Dia memandang nama itu dengan perasaan gementar yang amat sangat. Dia tidak menjawab.
Panggilan itu mati, namun sesaat kemudian ia berdering lagi. Amir seolah-olah tidak tahu erti putus asa.
Kali ketiga, keempat, Azzatul tetap membiarkannya. Dia mahu lari. Dia mahu memutuskan segala talian dengan lelaki yang telah meruntuhkan benteng imannya itu. Seketika kemudian, rentetan mesej WhatsApp masuk bertalu-talu.
Amir: "Ustazah, tolonglah jawab. Saya tahu awak ada kat dalam. Saya nampak cahaya TV dari luar."
Amir: "Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tahu saya dah buat awak rasa sedih. Saya tak niat nak lukakan hati awak."
Amir: "Tolong... saya cuma nak dengar suara awak kejap je. Biar saya minta maaf secara betul."
Azzatul mengetap bibir. Rasa geram dan takut bercampur aduk. Dia mencapai telefon dan menaip dengan laju, jarinya bergetar hebat.
Azzatul: "Amir! Jangan ganggu saya! Awak sedar tak apa yang awak dah buat? Saya ni isteri orang! Apa yang jadi malam tu satu dosa besar, satu pengkhianatan yang saya takkan maafkan diri saya sendiri. Tolong... kalau awak masih ada rasa hormat pada saya sebagai jiran, berhenti hubungi saya!"
Hanya sesaat selepas mesej dihantar, telefonnya kembali berdering. Nama Amir terpampang lagi. Kali ini, Azzatul menarik nafas panjang, cuba mencari ketegasan yang sering dia gunakan di bilik guru. Dia menekan butang hijau.
"Amir! Awak faham bahasa ke tidak?!" sergah Azzatul, suaranya sedikit meninggi.
"Assalamualaikum, Ustazah... Akhirnya, dapat juga saya dengar suara awak. Walaupun garang, tapi suara ni yang saya rindu sangat nak dengar malam ni," suara Amir kedengaran di hujung talian. Sangat rendah, sangat romantik, dan sarat dengan nada menggoda yang membuatkan bulu roma Azzatul meremang.
"Tak payah nak beri salam kalau niat awak cuma nak menganggu saya, Amir! Berhenti hubungi saya. Saya serius!" tegas Azzatul.
"Ustazah, saya telefon ni bukan nak menganggu. Saya betul-betul nak minta maaf. Saya tak boleh tidur mengenangkan muka Ustazah yang sedih petang tadi. Saya akui, saya salah. Saya terlanjur dalam perasaan saya terhadap awak. Malam tu... saya minta maaf kalau saya buat awak rasa terhina. Saya cuma mahu awak rasa dihargai, bukan disakiti," pujuk Amir.
Nada suaranya kedengaran sangat tulus, seolah-olah dia adalah seorang kekasih yang sedang merayu kemaafan.
Azzatul terdiam. Ketegasannya seolah-olah dipancung oleh nada lembut Amir. Dia meramas bantal kecil di ribanya.
"Awak dah buat saya jadi isteri yang derhaka, Amir. Macam mana saya nak maafkan awak? Macam mana saya nak maafkan diri saya sendiri?" Azzatul melepaskan marahnya.
"Saya tahu bebannya berat pada awak, Ustazah. Sebab tu saya mahu awak lepaskan sikit beban tu pada saya. Jangan simpan sorang-sorang. Maafkan saya, ya? Tolonglah... supaya saya boleh tidur malam ni tanpa rasa seperti seorang penjahat," Amir merayu lagi, suaranya semakin lunak dan manja.
Azzatul melepaskan keluhan yang sangat panjang. Dia penat berperang dengan perasaannya sendiri.
"Yelah... saya maafkan. Tapi dengan syarat, ini yang terakhir. Jangan buat lagi. Dan jangan ungkit lagi pasal malam tu!" kata Azzatul dengan nada sedikit geram, namun ada sedikit kelembutan yang mula menyelinap masuk tanpa dia sedari.
Amir di hujung talian melepaskan tawa kecil yang lega.
"Alhamdulillah... Lega rasa hati saya. Terima kasih, Ustazah. Awak memang seorang yang berhati mulia. Patutlah saya... ah, tak apalah." Amir menghentikan kata-katanya.
"Dah, saya dah maafkan. Awak boleh letak telefon sekarang," kata Azzatul, cuba mengembalikan jarak yang sepatutnya.
"Eh, kejaplah. Janganlah laju sangat nak lari dari saya. Oh ya, saya nak tanya... macam mana dengan bunga mawar putih dan kek yang saya bagi petang tadi? Ustazah dah makan? Sedap tak?" tanya Amir menukar topik, suaranya kembali bertukar menjadi ceria.
Azzatul menjeling ke arah pasu bunga di sudut meja makan. Bunga mawar itu masih segar, malah dia sendiri yang memotong hujung batangnya agar ia tahan lebih lama.
Begitu juga dengan kek coklat di dalam peti sejuk yang sudah pun dia makan separuh sambil menonton TV tadi. Namun, egonya masih teguh.
"Bunga tu? Saya dah buang dalam tong sampah besar kat luar tu. Kek tu pun saya dah bagi kat kucing liar. Saya tak nak simpan apa-apa barang dari awak dalam rumah ni," bohong Azzatul dengan suara yang paling dingin yang dia mampu buat.
Amir ketawa besar. Bunyi tawanya garau dan maskulin, memenuhi ruang pendengaran Azzatul.
"Ooo... kucing liar ya? Untung kucing tu dapat makan kek mahal. Tapi saya rasa Ustazah bohong. Saya kenal Ustazah. Ustazah kan suka benda yang cantik-cantik. Mesti bunga tu tengah ada dalam tangan sekarang, kan?" Amir kembali mengusik Azzatul.
"Amir! Jangan perasan boleh tak?!" Azzatul mendengus geram.
"Ustazah ni... kalau tengah geram macam ni pun, saya boleh bayangkan betapa comelnya muka Ustazah. Mesti hidung Ustazah kembang kempis, pipi merah-merah. Comel sangat. Macam budak kecik yang tengah merajuk sebab tak dapat aiskrim," usik Amir lagi.
"Amir! Saya ni ustazah, awak tau! Jaga sikit mulut tu!" Azzatul cuba berlagak tegas, namun dia tidak dapat menahan hujung bibirnya daripada tersenyum kecil.
Sikap Amir yang annoying tapi romantik ini benar-benar mencabar tahap kesabarannya.
"Ya, Ustazah saya ni yang paling garang, paling tegas, tapi paling lembut hati sebenarnya. Saya minta maaf tau kalau usikan saya ni buat ustazah marah. Saya cuma nak tengok ustazah ceria balik. Saya tak nak ustazah terus berkurung dalam rasa bersalah. Kita jiran, kan? Jiran kena buat jiran lain gembira," kata Amir dengan nada yang kembali menggoda dan penuh manja.
Azzatul terdiam sejenak. Kata-kata Amir itu seolah-olah satu ubat bius yang menenangkan kegelisahannya.
Amir pandai memujuk. Amir tahu bila mahu menekan, dan bila mahu melepaskan.
"Dah lah, Amir. Saya nak tidur. Jangan telefon saya lagi malam ni. Esok saya nak sekolah," kata Azzatul, kali ini suaranya tidak lagi sekeras tadi.
"Baiklah, Ustazah kesayangan saya. Pergi tidur, rehatkan fikiran. Mimpi indah ya? Kalau mimpi saya, jangan lupa senyum macam tadi. Selamat malam, Azza..." Amir sengaja menjatuhkan panggilan "Ustazah" di saat akhir, menggantikannya dengan nama panggilan manja yang membuatkan jantung Azzatul berdegup kencang semula.
Talian diputuskan. Azzatul memandang telefonnya lama. Dia marah, dia geram, tapi di satu sudut kecil hatinya, dia merasa satu kehangatan yang aneh.
Amir telah berjaya meruntuhkan tembok ketegasannya sekali lagi hanya dengan kuasa kata-kata. Dia melangkah masuk ke bilik, dan sebelum memejamkan mata, dia sempat mengerling ke arah bunga mawar putih di meja makan. Bunga itu tetap di situ, sama seperti bayangan Amir yang kini mula bermain kembali dalam fikirannya. Azzatul bencikan perkara itu. Bencikan bayangan Amir yang kembali dalam fikirannya.
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.