Skip to content
Ustazah AA
Chapter3

Bab 3

Jari Manis · 13 min read

Hari rabu, malam itu, atmosfera di taman perumahan mewah itu terasa statik, seolah-olah angin juga enggan bertiup.

Di unit rumah nombor 42, Amir duduk bersandar di kerusi besi pada meja bulat di halaman rumahnya. Di hadapannya, secawan kopi hitam yang sudah sejuk dibiarkan begitu sahaja. Di jemarinya, sebatang rokok menyala, kepulan asap putihnya menari-nari sebelum hilang ditelan kegelapan malam.

Amir melayan perasaan. Fikirannya hanya tertumpu pada satu subjek, Azzatul Alana. Jiran sebelahnya yang bagaikan mawar di dalam balang kaca, cantik, namun mustahil untuk disentuh.

Setiap kali dia memejamkan mata, wajah tegas Azzatul yang tersembunyi di sebalik tudung labuh itu muncul, membuatkan hatinya tidak keruan.

Dia tahu dia sedang bermain dengan api, namun api itulah yang memberikan kehangatan pada jiwanya yang kosong.

Sementara itu, di dalam rumah hujung, Azzatul Alana sedang menikmati sisa-sisa malam dengan santai.

Jika di sekolah dia adalah lambang ketegasan yang dibalut jubah besar, di rumah, dia hanyalah seorang wanita biasa.

Malam itu, dia hanya mengenakan kain batik yang diikat kemas di pinggang dan t-shirt muslimah berlengan panjang yang sedikit longgar. Rambutnya yang panjang dan hitam pekat, yang biasanya disembunyikan di balik tudung labuh, dibiarkan terurai bebas menyentuh bahu.

Azzatul sedang duduk di meja makan, menghadap tumpukan buku karangan pelajarnya. Dia merasa bebas. Tanpa tudung, tanpa kacamata yang sering melongsor, dia merasa menjadi dirinya sendiri.

Azzatul sesekali mengelap lehernya yang sedikit berpeluh akibat bahang malam, tidak menyedari bahawa hanya beberapa meter dari dinding rumahnya, seorang lelaki sedang meratapi rindu kepada kepadanya.

Tiba-tiba, takt!

Kegelapan yang pekat merentap segala penglihatan. Kipas syiling yang tadinya berpusing ligat mengeluarkan bunyi wrrr perlahan sebelum berhenti sepenuhnya.

Azzatul tergamam. Pen di tangannya terlepas ke lantai, menghasilkan bunyi dentuman kecil yang terasa kuat dalam kesunyian mendadak itu.

"Ya Allah... blackout?" bisiknya cemas.

Jantungnya mula berdegup kencang. Naluri pertama seorang wanita yang tinggal sendirian adalah rasa terancam. Dia segera meraba-raba di atas meja mencari telefon pintarnya.

Cahaya skrin telefon yang terang menyilaukan matanya seketika. Dia melihat ke arah tingkap, lampu jalan di luar masih menyala, dan rumah Amir juga nampak terang di bahagian anjung.

"Rumah aku saja? ..." Detik cemas itu membuatkan dia teringat akan auratnya.

Walaupun gelap, rasa malu sebagai seorang ustazah tetap menebal. Dalam kekalutan itu, dia mencapai tudung sarung hitam yang tersidai di kerusi berdekatan, menyarungkannya dengan pantas tanpa sempat melihat cermin. Dia tidak mahu ada sebarang risiko jika dia perlu keluar memeriksa kotak elektrik.

Amir yang tadi sedang mengelamun, tersentak apabila melihat lampu di rumah Azzatul terpadam serentak. Dia mematikan rokoknya di asbak, matanya tajam memerhatikan bayang-bayang di sebalik jendela rumah sebelah.

Amir risau keadaan Azzatul. Amir tahu Azzatul berseorangan dan dia tidak mahu wanita dambaannya berada dalam kerisauan dan kegelisahan akibat kegelapan yang menyapa tiba-tiba itu.

Dan Amir tahu, inilah peluang yang ditunggu-tunggunya, bukan untuk mengambil kesempatan yang keji, tetapi untuk membuktikan bahawa dia adalah lelaki yang boleh diharap.

Amir melihat Azzatul keluar ke beranda dengan lampu suluh telefon yang melilau-lilau.

"Ustazah? Kenapa tu? Ada masalah elektrik ke?" Amir bertanya, suaranya tenang namun cukup kuat untuk menembusi pagar.

Azzatul berpaling, cahaya lampu suluhnya terkena pada wajah Amir. Dia nampak Amir berdiri di tepi pagar dengan wajah yang prihatin.

"Eh, Encik Amir. Saya tak tahu... tiba-tiba je gelap. Rumah orang lain okey je." Azzatul kelihatan resah.

"Itu maksudnya trip dekat kotak utama tu. Mungkin ada litar pintas atau barang elektrik Ustazah yang dah rosak. Bahaya kalau biar, nanti boleh terbakar litar tu," Amir memberi amaran yang masuk akal, sengaja menambah sedikit nada kecemasan supaya Azzatul membenarkannya membantu.

Azzatul teragak-agak.

"Err... habis tu macam mana ya? Saya tak pandai benda ni." Azzatul benar-benar buntu.

"Ustazah buka pagar. Biar saya tengokkan. Jangan risau, saya takkan masuk dalam rumah kalau Ustazah tak izin. Saya cuma tengok kotak DB dekat luar ni je," kata Amir penuh diplomasi.

Azzatul akhirnya mengangguk. Dia membuka kunci pagar kecil dengan tangan yang sedikit menggigil.

Amir masuk dengan langkah yang penuh sopan. Dia membawa sebuah beg alatan hitam dan sebuah lampu suluh LED yang besar.

Amir mula memeriksa kotak litar yang terletak di dinding beranda.

Azzatul berdiri di sisinya, memegang lampu suluh telefon untuk membantu penglihatan Amir. Kedudukan mereka sangat rapat. Bau wangian Amir yang bercampur dengan sedikit aroma tembakau dan kopi menerpa deria bau Azzatul.

Ia adalah bau 'lelaki' yang sangat dominan, sesuatu yang jarang dirasainya memandangkan Azman seorang yang sangat menjaga kebersihan dan tidak merokok.

"Ustazah pegang lampu ni jap. Tolong suluh dekat suis yang hitam tu," pinta Amir lembut.

Tangan Azzatul dan Amir bersentuhan seketika semasa peralihan lampu suluh itu. Azzatul terasa seperti ada aliran elektrik kecil yang menjalar ke tangannya.

Azzatul segera menarik tangannya, namun Amir tetap tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Ustazah janganlah takut dengan saya. Saya ni manusia, bukan hantu," Amir berseloroh, cuba mencairkan kedinginan Azzatul.

"Saya tak takut. Saya cuma... tak biasa," jawab Azzatul perlahan.

Azzatul membetulkan tudung sarungnya yang terasa senget. Dalam cahaya malap, Amir sempat melirik ke arah kain batik yang dipakai Azzatul.

Corak bunga-bunga kecil pada kain batik itu nampak begitu tradisi, sangat kontra dengan imej moden Azzatul sebagai guru.

Di mata Amir, Azzatul nampak jauh lebih cantik dan menawan dalam persalinan rumah sebegitu.

"Sebenarnya, Ustazah..." Amir memulakan bicara sambil tangannya ligat memusing skru.

"Saya minta maaf kalau selama ni saya buat Ustazah rasa rimas. Saya cuma seorang jiran yang kagum dengan ketegasan Ustazah. Susah nak cari wanita yang betul-betul menjaga batas macam Ustazah zaman sekarang ni." Puji Amir.

Azzatul terdiam. Pujian itu kedengaran tulus, tidak seperti usikan-usikan sebelum ini.

"Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri, Encik Amir. Saya tak mahu timbulkan fitnah." Suara Azzatul tidak setegas selalu.

"Saya tahu. Dan sebab itulah saya hormat Ustazah. Tapi ingat, Ustazah... fitnah tu boleh datang kalau kita terlalu menutup diri juga. Orang akan kata kita sombong. Kadang-kadang, senyuman sikit pada jiran itu pun sedekah, kan?" Amir memandangnya sekilas dengan senyuman yang sangat manis.

Azzatul merasa hatinya sedikit lembut.

"Yelah... saya minta maaf kalau saya terlalu berkasar selama ni." Suara Azzatul sedikit mendatar dan lembut.

"Tak apa. Saya dah maafkan sebelum Ustazah minta lagi," kata Amir.

Tiba-tiba, dia menekan satu suis utama. Zapp! Seluruh rumah Azzatul kembali terang benderang.

Cahaya lampu yang tiba-tiba terang membuatkan Azzatul memejamkan mata seketika. Apabila dia membuka mata, dia mendapati Amir sedang memerhatikannya dengan pandangan yang sangat dalam.

Untuk pertama kalinya, Azzatul tidak melarikan pandangan. Dia melihat ada keikhlasan dalam mata Amir, namun ada juga sesuatu yang lain, sesuatu yang dia sendiri takut untuk namakan.

"Dah okey dah. Nanti beritahu Encik Azman, suruh dia periksa water heater dekat bilik air atas. Saya rasa punca dia dari situ," pesan Amir sambil mengemas barangannya.

"Terima kasih, Encik Amir. Saya tak tahu apa nak jadi kalau Encik Amir tak ada tadi," kata Azzatul dengan nada yang jauh lebih lembut daripada biasa.

"Sama-sama. Oh ya, Ustazah..." Amir berhenti di depan pintu pagar kecil.

"Kain batik tu... nampak sesuai sangat dengan Ustazah. Nampak ayu. Dah lama saya tak tengok orang pakai kain batik dekat taman macam ni." Amir cuba memuji dalam nada berseloroh.

Muka Azzatul merona merah. Dia baru teringat dia hanya berkain batik. Dia segera menunduk malu.

"Eh... terima kasih. Saya masuk dulu."

Amir melangkah keluar dengan perasaan yang sangat bahagia. Walaupun hanya sekejap berduan dengan wanita yang didambakan, itu cukup buat hati Amir berbunga-bunga.

Amir tahu, malam ini dia bukan sahaja membaiki bekalan elektrik, tetapi dia telah membaiki persepsi Azzatul terhadapnya. Dia telah berjaya masuk ke dalam radar 'selesa' wanita itu.

Azzatul pula, sebaik sahaja menutup pintu rumah, menyandarkan tubuhnya pada daun pintu.

Jantungnya masih berdegup kencang, bukan lagi kerana takut gelap, tetapi kerana kata-kata Amir yang terakhir tadi. Dia melihat kain batik yang dipakainya.

"Kain batik pun dia perhati..." bisiknya sendiri.

Malam itu, Azzatul tidak terus menyambung kerjanya. Dia duduk di sofa, memikirkan tentang kebaikan Amir. Dan Amir sendiri tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Benih-benih keraguan yang sangat halus mula tertanam, dan Amir, si jurutera yang bijak, tahu benar bagaimana untuk menyiram benih itu sehingga ia tumbuh menjadi sesuatu yang tidak dapat dikawal lagi.

**

Khamis pagi menjelma dengan sisa-sisa ingatan tentang malam yang gelap itu.

Bagi Azzatul Alana, sujud Subuhnya pagi itu terasa lebih panjang daripada biasa. Ada sesuatu yang mengganggu fokusnya-satu perasaan yang dia sendiri sukar untuk definisikan.

Setiap kali dia teringat akan sentuhan jari yang tidak sengaja dan bauan maskulin Amir di bawah cahaya lampu suluh, jantungnya akan berdegup di luar rentak.

"Astaghfirullahalazim..." Azzatul meraup wajahnya selepas memberi salam.

Azzatul segera bangun, mencapai jubah berwarna coklat tanah dan tudung labuh krim. Dia perlu kembali menjadi 'Ustazah Azzatul' yang kebal, yang tegas, dan yang tidak mudah goyah.

Namun, sebaik sahaja dia melangkah keluar untuk ke sekolah, matanya secara automatik mencari susuk tubuh di sebelah rumah.

Amir sedang memanaskan enjin pacuan empat rodanya. Kali ini, Amir tidak meluru ke pagar. Dia hanya mengangkat tangan dan melemparkan senyuman tipis dari jauh, seolah-olah memberi ruang kepada Azzatul untuk bernafas.

Azzatul sekadar mengangguk kecil sebelum memacu Axianya keluar. Sepanjang pemanduan, dia merasa pelik. Kenapa Amir tidak menyapanya seperti biasa? Adakah Amir berkecil hati dengan sikapnya? Atau adakah itu sebahagian daripada strategi lelaki itu? Persoalan itu berputar di kepalanya sehingga dia sampai ke sekolah.

Petang itu, Azzatul pulang sedikit lewat kerana ada mesyuarat panitia agama. Jam sudah menunjukkan angka 5.45 petang apabila dia membelok masuk ke lorong rumahnya.

Dari jauh, dia melihat kereta Amir juga baru sahaja memasuki perkarangan rumah.

Mereka keluar dari kenderaan masing-masing pada waktu yang hampir serentak. Suasana petang itu sangat tenang, hanya kedengaran bunyi burung-burung yang kembali ke sarang.

Azzatul menjinjing beg sekolahnya yang berat. Dia melihat Amir yang sedang melonggarkan tali leher, nampak segak walaupun wajahnya kelihatan sedikit letih selepas seharian di tapak projek.

Entah kekuatan dari mana, Azzatul tidak terus meluru masuk ke dalam rumah. Dia berhenti di tepi pagar pemisah.

"Encik Amir," panggil Azzatul perlahan.

Amir yang baru mahu melangkah ke pintu rumahnya, menoleh. Matanya bersinar apabila melihat Azzatul yang memulakan bicara dahulu. Dia menghampiri pagar dengan senyuman yang paling manis.

"Ya, Ustazah? Ada apa-apa lagi yang trip ke dekat rumah tu?" usik Amir, suaranya rendah dan kedengaran sangat mesra.

Azzatul tersenyum nipis, buat pertama kalinya dia tidak mempamerkan wajah 'singa' di hadapan lelaki itu.

"Eh, tak ada. Semuanya elok. Saya cuma nak... nak ucapkan terima kasih sekali lagi sebab tolong saya malam tadi. Kalau Encik Amir tak ada, agaknya saya dah bermalam dalam gelap." Azzatul cuba bersikap bersahaja.

Amir menyandarkan lengannya pada pagar besi, kedudukannya kini sangat hampir dengan Azzatul.

"Sama-sama, Ustazah. Kan saya dah cakap, itu tanggungjawab saya sebagai jiran. Lagipun, saya ikhlas. Saya tak mahu tengok Ustazah susah."

Azzatul menundukkan pandangannya, membetulkan kacamata yang tidak senget pun.

"Saya minta maaf juga sebab selama ni saya macam... err, sombong dengan Encik Amir. Saya bukan apa, saya cuma jaga batas."

"Saya faham, Azza," Amir menyebut nama pendeknya tanpa gelaran 'Ustazah'.

Nama itu meniti di bibir Amir dengan nada yang sangat lembut, membuatkan bulu roma Azzatul meremang sedikit.

"Seorang wanita yang menjaga maruah itu sangat mahal nilainya. Saya tak pernah anggap Ustazah sombong. Saya cuma anggap Ustazah seorang yang berprinsip."

Azzatul mengangkat muka, matanya bertembung dengan mata Amir. Kali ini, dia tidak segera melarikan pandangan. Ada satu kehangatan yang menjalar di hatinya apabila dipuji sedemikian rupa.

"Terima kasih sebab faham. Suami saya pun ada pesan, kalau ada apa-apa hal kecemasan, minta tolong Encik Amir." Kata Azzatul.

Amir tertawa kecil.

"Nampaknya Encik Azman lebih percayakan saya daripada Ustazah sendiri ya?" Seloroh Amir.

Azzatul turut ketawa, namun dengan nada yang lebih sopan.

"Bukan macam tu... saya cuma rasa segan. Encik Amir pun kerja, mesti penat. Lepas tu kena tolong saya pula." Azzatul mencari alaasan.

"Penat saya hilang bila tengok Ustazah senang dan tak gelisah. Dan penat saya lebih hilang bila tengok Ustazah boleh senyum dan berbual dengan saya macam ni petang ni," kata Amir, berani memberikan satu hint romantik yang halus.

Azzatul merasa mukanya mula terasa hangat. Dia segera membetulkan beg di bahunya.

"Okeylah, saya masuk dulu. Nak kena masak sikit untuk makan malam." Ustazah sedikit gementar dengan kata-kata Amir itu.

"Ustazah masak apa hari ni?" tanya Amir, cuba memanjangkan lagi detik indah itu.

"Mungkin goreng telur dengan kicap je. Malas nak masak berat-berat bila sorang-sorang ni," jawab Azzatul jujur.

"Eh, rugilah air tangan Ustazah kalau cuma goreng telur. Tapi tak apa, janji Ustazah makan. Jangan sampai sakit, nanti susah Encik Azman kat sana duk pikirkan isterinya," pesan Amir dengan nada yang sangat prihatin.

Azzatul mengangguk. "Terima kasih, Encik Amir. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, Ustazah," sahut Amir.

Sebaik sahaja Azzatul masuk ke dalam rumah, dia menyandarkan tubuh pada pintu yang tertutup. Jantungnya berdegup sangat kencang. Dia menyentuh pipinya yang terasa panas.

Perbualan tadi sangat singkat, tetapi impaknya jauh lebih besar daripada sebarang ceramah agama yang pernah dia hadiri.

Amir pula, masih berdiri di pagar untuk seketika. Dia menghidu udara yang ditinggalkan Azzatul, haruman bedak lembut dan sedikit bau fabrik tudung yang harum.

Amir tersenyum penuh bahagia. Dia tahu, kedinginan Azzatul sudah mula mencair. Tembok yang dulunya nampak mustahil untuk dipanjat, kini sudah mempunyai tangga-tangga kecil yang dibina atas nama 'terima kasih' dan 'tolong-menolong'.

Malam itu, Azzatul makan nasi dengan telur gorengnya dengan perasaan yang melayang. Dia berkali-kali melihat ke arah dinding rumah sebelah, tertanya-tanya apa yang sedang dilakukan oleh Amir.

Buat pertama kalinya sejak dia berkahwin, malam itu, fikirannya tidak seratus peratus pada Azman yang berada di Pahang. Ada satu nama baru yang mula menulis sejarah di dalam kotak fikirannya: Amir.

Azzatul cuba menepis pikirannya itu. Dia cuma menganggap Amir hanya sebatas jirannya saja, tidak lebih dari itu.


Tiga minggu telah berlalu sejak malam di mana kegelapan menyatukan dua jiwa dalam satu perbualan yang jujur.

Sejak tragedi blackout itu, suasana di antara unit nombor 42 dan rumah di hujung lorong itu tidak lagi sebeku dahulu.

Meskipun Azzatul Alana masih memegang teguh prinsipnya sebagai seorang isteri dan pendidik agama, tembok ais yang dibinanya mula menunjukkan rekahan-rekahan halus yang tidak mampu disembunyikan lagi.

Azzatul masih tetap Azzatul yang dikenali umum, tudung labuhnya masih terjaga, tutur katanya masih teratur, dan kedinginannya terhadap lelaki bukan mahram masih ada.

Namun, terhadap Amir, ada sedikit kelonggaran yang diberikan. Dia tidak lagi memalingkan muka dengan kasar jika Amir menyapa. Sebaliknya, dia membalas dengan senyuman nipis yang cukup untuk membuatkan jantung Amir berdegup kencang sepanjang hari.

Bagi Azzatul, melayan Amir hanyalah sebatas tuntutan berjiran. Namun bagi Amir, setiap patah perkataan yang keluar dari bibir ustazah itu adalah bait-bait puisi yang paling indah.

Amir sudah cukup bahagia hanya dengan dapat menatap wajah ayu di balik kacamata itu setiap pagi dan petang.

Baginya, Azzatul adalah sebuah lukisan yang hanya boleh dilihat, namun belum boleh disentuh.

Setiap Jumaat malam, rumah Azzatul akan kembali bernyawa. Deruman enjin kereta Azman adalah isyarat bahawa tempoh 'puasa' rindu Azzatul telah berakhir.

Selama lima hari bekerja, Azzatul mengunci segala keinginan wanitanya rapat-rapat di bawah jubah besarnya. Hanya pada hujung minggulah, dia melepaskan segala bebanan itu ke bahu suaminya.

Azman, sebagai seorang suami yang penyayang, tidak pernah membiarkan Azzatul kehausan kasih sayang. Di atas katil yang mereka kongsi, Azzatul akan menanggalkan segala imej ustazahnya. Dia menjadi wanita yang paling manja, menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Azman dalam penyatuan yang suci.

Persetubuhan yang dilakukan dengan penuh kasih sayang itu menjadi satu-satunya punca kepuasan nafsu Azzatul.

Namun, ada satu ruang kosong yang mula merayap masuk tanpa disedari. Kepuasan itu hanya bertahan selama dua hari.

Apabila hari Isnin menjelma, Azzatul kembali menjadi 'janda' di rumah sendiri, dan di saat itulah, bayangan perhatian Amir mula mengisi ruang-ruang kosong dalam fikirannya.


Ahad petang, langit di daerah Perak itu kelihatan mendung, seolah-olah memahami kegalauan hati Azzatul. Di hadapan pintu rumah, Azman sedang mengemas beg pakaiannya ke dalam bonet kereta.

Azzatul berdiri di sisinya, memegang erat lengan suaminya, seolah-olah tidak mahu melepaskan pegangan itu.

"Abang... cepatlah pindah sini. Azza rasa tak keruanlah sorang-sorang," bisik Azzatul, suaranya sedikit serak menahan sebak.

Azman berpaling, mengucup dahi isterinya lama.

"Sabar sayang. Doakan permohonan abang lulus. Abang pun tak sanggup nak tinggalkan Azza macam ni. Jaga diri ya? Ingat pesan abang, kalau ada apa-apa, beritahu Abang ataupun kalau terdesak sangat, minta la bantuan jiran, Amir."

Azzatul mengangguk lemah. Nama Amir yang disebut Azman itu membuatkan jantungnya berdesir pelik. Azzatul sendiri sedang bergelut dengan perasaan rimas yang mula bertukar menjadi rasa selesa terhadap jiran sebelah itu.

Sebaik sahaja kereta Azman bergerak meninggalkan perkarangan taman, Azzatul merasakan satu kesunyian yang amat berat menghempap bahunya. Dia berdiri kaku di tepi pagar, menghantar pemergian suaminya dengan pandangan kosong.

"Ustazah..."

Satu suara garau dan lembut menyapa dari sebelah. Azzatul tersentak.

Azzatul melihat Amir sedang berdiri di halaman rumahnya, mengenakan t-shirt putih yang melekat di tubuh sasa itu, sedang memegang gunting pokok.

Azzatul segera menyapu hujung matanya yang sedikit basah.

"Eh, Encik Amir. Tak keluar ke petang ni?"

Amir melangkah menghampiri pagar pemisah. Dia dapat melihat sisa kesedihan pada wajah Azzatul.

Hatinya turut merasa pedih melihat wanita pujaannya itu menangis kerana lelaki lain, namun dia tetap mengukir senyuman penenang.

"Tak ke mana pun. Saja nak kemas laman ni sikit. Ustazah okey? Nampak sedih je hantar Encik Azman tadi," tanya Amir dengan nada yang sangat prihatin.

Azzatul tersenyum tawar.

"Biasalah, Encik Amir. Hampir setiap minggu macam ni, tapi tetap rasa berat hati nak lepaskan dia balik Pahang." Luah Azzatul.

Amir menyandarkan badannya pada pagar besi.

"Saya faham. Bukan senang nak lalui perhubungan jarak jauh ni. Tapi Ustazah jangan risau, saya kan ada kat sebelah ni? Kalau Ustazah rasa sunyi atau perlukan kawan berbual, saya sentiasa ada di sini." Kata Amir sambil tersenyum manis.

Azzatul memandang Amir sejenak. Kata-kata itu kedengaran sangat tulus, namun ada satu getaran 'berani' yang tersirat di sebaliknya.

Kali ini, Azzatul tidak membalas dengan ketegasan. Dia hanya mengangguk kecil.

"Terima kasih, Encik Amir. Saya masuk dulu ya. Nak rehat sekejap."

"Rehatlah, Ustazah. Jangan fikir banyak sangat," balas Amir lembut.

Azzatul melangkah masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja pintu dikunci, dia menyandarkan tubuhnya.

Kata-kata Amir tadi, "Saya sentiasa ada di sini", terus bergema dalam fikirannya.

Azzatul sedar, pertahanannya semakin hari semakin menipis.

Kesunyian setiap malam tanpa suami di sisi adalah musuh yang paling besar, dan Amir adalah ubat yang paling dekat yang ditawarkan kepadanya.

Show 0 comments

Log in to join the conversation.

  • No comments yet. Be the first.

Chapters

  1. 01 Bab 1
  2. 02 Bab 2
  3. 03 Bab 3
  4. 04 Bab 4
  5. 05 Bab 5
  6. 06 Bab 6
  7. 07 Bab 7
  8. 08 Bab 8
  9. 09 Bab 9
  10. 10 Bab 10
  11. 11 Bab 11
  12. 12 Bab 12
  13. 13 Bab 13
  14. 14 Bab 14
  15. 15 Bab 15
  16. 16 Bab 16
  17. 17 Bab 17: Epilog