Bab 13
Jari Manis · 13 min read
Hujung minggu itu, Azzatul Alana seolah-olah cuba memacu takdirnya sendiri. Dia mahu membuktikan kepada dunia, dan terutama kepada dirinya sendiri, bahawa dia masih isteri yang setia.
Sebaik sahaja matahari Sabtu terbit, dia tidak memberikan ruang kepada fikirannya untuk melayang ke rumah sebelah. Dia memastikan setiap detik harinya diisi dengan kehadiran Azman, suaminya yang sah, sebagai benteng daripada gangguan bayang-bayang Amir yang kian menghantui.
"Abang, jom kita jalan-jalan di Ipoh hari ni? Azza nak makan angin dengan abang," ajak Azzatul sambil membetulkan kolar baju kemeja Azman.
Azzatul memberikan senyuman paling manis, penuh keceriaan yang digubah rapi.
Azman yang baru sahaja bersarapan, dengan perasaan segar selepas malam yang memuaskan, mengucup dahi isterinya.
"Boleh, sayang. Ke mana saja Azza nak pergi, abang bawa. Kita ganti balik masa dua minggu yang abang tak ada." Kata Azman dengan nada yang ceria.
Mereka memulakan perjalanan pendek itu dengan penuh kemesraan. Azzatul berpakaian cantik, baju kurung moden berwarna pastel yang menonjolkan kelembutannya sebagai seorang ustazah.
Sepanjang perjalanan dari rumah ke bandar Ipoh, Azzatul sengaja menggenggam erat tangan Azman di atas batang gear. Dia tidak mahu ada ruang kosong. Dia mahu merasakan kehangatan kulit suaminya untuk memadamkan memori sentuhan kasar Amir yang masih berbekas di ingatannya.
Mereka berhenti di Lorong Panglima, Concubine Lane. Suasana yang riuh dengan pelancong dan kedai-kedai antik sedikit sebanyak membantu Azzatul melupakan seketika kegelisahannya.
Azman melayani setiap kerenah Azzatul dengan sabar. Mereka bergambar bersama, ketawa kecil apabila melihat aksi-aksi lucu pelancong, dan singgah menikmati sejuknya ais kepal di bawah terik matahari.
"Azza nampak gembira sangat hari ni. Abang rasa macam kita tengah honeymoon balik," usik Azman sambil merangkul bahu Azzatul.
Azzatul menyandarkan kepalanya ke bahu Azman.
"Memang pun. Azza cuma nak hargai setiap saat dengan abang. Azza tak nak fikir pasal benda lain." Luah Azzatul dengan manja.
Di sebalik kata-kata manja itu, Azzatul sebenarnya sedang berperang. Setiap kali dia melihat lelaki sasa yang lalu lalang, fikirannya secara tidak sengaja akan membandingkan mereka dengan Amir. Dia segera beristighfar, mencengkam lengan Azman lebih kuat. Dia benci betapa mudahnya Amir menyelinap masuk ke dalam kotak fikirannya walaupun dia sedang berada di pelukan suaminya.
Petang Sabtu diteruskan ke Tasik Cermin. Keindahan tasik yang dikelilingi gunung batu kapur itu sepatutnya memberikan ketenangan, namun bagi Azzatul, keheningan di situ malah membuatkan dia lebih sensitif.
Setiap kali Azman membisikkan kata-kata cinta ke telinganya, Azzatul teringat akan bisikan erotis Amir di bilik air dan di atas katil.
Dia cuba fokus pada Azman. Dia mencium pipi suaminya di tempat yang tersorok daripada pandangan orang, cuba menaikkan semula ghairah sucinya.
Mereka menghabiskan waktu malam dengan makan malam romantik di sebuah restoran berkonsepkan kolonial di tengah bandar Ipoh.
Azzatul melayan Azman dengan penuh manja, menyuap makanan ke mulut suaminya, dan berbual tentang impian masa depan mereka. Dia mahu Azman percaya bahawa segalanya baik-baik saja.
Hari Ahad menjelma dengan suasana yang lebih sayu. Azzatul tahu, petang nanti Azman akan berangkat semula ke Pahang, dan dia akan kembali sendirian di rumah besar itu, hanya dipisahkan oleh pagar dengan lelaki yang telah merosakkan standard kepuasannya.
Pagi itu, mereka bersarapan di sebuah kedai kopi lama yang terkenal dengan roti bakar dan kopi putihnya.
Azzatul memakai tudung bawal yang dililit kemas, menampakkan wajahnya yang berseri namun tersimpan seribu rahsia. Sepanjang sarapan, dia tidak henti-henti memegang tangan Azman.
"Azza... kalau Sayang sunyi sangat, abang akan usaha untuk minta tukar cepat-cepat ke Perak," kata Azman, seolah-olah dapat menghidu kegelisahan yang tersembunyi di sebalik mata isterinya.
"Tak apa, abang. Azza boleh tahan. Cuma... abang kena selalu telefon Azza tau?" balas Azzatul.
Di dalam hatinya, dia menjerit:
Cepatlah balik, abang! Selamatkan Azza daripada Amir!
Tengah hari Ahad, mereka sempat singgah di Kek Lok Tong. Berjalan di dalam gua yang sejuk itu, Azzatul merasa sedikit aman. Dia memeluk pinggang Azman erat. Dia mahu bau suaminya melekat kuat di hidungnya, agar apabila Azman pergi nanti, dia tidak akan tergoda lagi dengan bau Amir yang sering menusuk dari sebelah rumah.
Jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Kereta Azman sudah siap dipanaskan di anjung rumah. Azzatul berdiri di tepi pintu kereta, matanya mula berkaca-kaca. Perpisahan kali ini terasa jauh lebih berat berbanding minggu-minggu sebelumnya.
Azzatul takut akan dirinya sendiri. Dia takut apabila Azman hilang dari pandangan, pertahanannya akan runtuh semula di bawah godaan Amir.
"Abang gerak dulu ya, sayang? Jaga diri, jaga maruah. Kalau ada apa-apa, terus telefon abang," pesan Azman sambil mencium dahi dan kedua-dua pipi isterinya.
Azzatul mengangguk. Dia mencium tangan Azman lama-lama, menghirup bauan suaminya buat kali terakhir.
"Abang pun... jaga diri kat sana. Jangan gatal tengok perempuan lain tau. Azza tunggu abang minggu depan." Usik Azzatul.
"Ishh Sayang ni. Abang cuma ada Sayang seorang je dalam hati Abang. Takkan ada yang lain tau boleh ganti.. " Kata Azman dengan semangat dan penuh romantik.
"Azza pun sama Abang.." Azzatul yang terharu mendengar kata-kata suaminya terus memeluk erat tubuh Azman.
Azzatul mahu merasai kehangatan tubuh suaminya sebelum suaminya berangkat pulang ke Pahang.
Sebaik sahaja kereta sedan putih Azman memacu keluar dari pagar dan hilang di hujung simpang, Azzatul merasa seolah-olah oksigen di sekelilingnya disedut keluar.
Deruman enjin kereta Azman semakin sayu kedengaran, meninggalkan Azzatul Alana berdiri kaku di halaman rumah.
Keheningan petang Ahad itu terasa sangat menekan, seolah-olah setiap inci ruang udara yang ditinggalkan suaminya segera diisi oleh rasa gelisah yang tidak bertepi.
Azzatul masih memegang erat punca kain bajunya, matanya merenung kosong ke arah jalan raya yang sudah sepi.
Belum pun sempat dia melangkah masuk untuk mengunci diri, bunyi seretan selipar dan aroma tembakau yang kuat menerpa deria baunya.
Azzatul tersentak. Dia tahu siapa yang sedang mendekat tanpa perlu berpaling.
Amir berdiri di balik pagar yang setinggi dada, menyandarkan tubuh sasanya dengan gaya yang cukup santai. Dia hanya memakai kemeja-T nipis berwarna hitam yang menonjolkan setiap lekuk otot dadanya, manakala sebatang rokok masih berasap di celah jarinya.
Matanya yang tajam merenung Azzatul dengan pandangan yang menggoda, pandangan seorang lelaki yang tahu bahawa pesaingnya baru sahaja mengosongkan medan perang.
"Dah bertolak dah dia?" tanya Amir, suaranya rendah dan serak-serak basah, memecah kesunyian petang.
Azzatul menarik nafas panjang, cuba memanggil semula watak 'Ustazah' yang tegas. Dia membetulkan tudungnya dan berpaling sedikit, namun tidak berani menentang mata Amir sepenuhnya.
"Ya, baru saja. Awak ni memang tak ada kerja lain ke, Amir? Asyik nak memerhati rumah saya saja." Dengus Azzatul.
Amir melepaskan kepulan asap rokok ke udara, matanya mengecil memerhatikan gerak-geri Azzatul.
"Kerja saya banyak, Ustazah. Tapi bila nampak awak berdiri sayu macam ni, kerja yang banyak pun boleh tertangguh. Saya tak sanggup tengok muka awak sedih bila suami awak balik." Amir kelihatan sangat prihatin petang ini.
Amir melangkah setapak lagi merapati pagar, membuatkan jarak antara mereka hanya dipisahkan oleh pagar dinding. Dia mematikan rokoknya, memberikan perhatian sepenuhnya kepada wanita di hadapannya.
"Azza..." panggil Amir. Kali ini nadanya sangat lembut, manja, dan penuh dengan nada romantik yang boleh menggetarkan tangkai hati mana-mana wanita yang sedang kesunyian.
"Jangan panggil saya nama tu, Amir. Berapa kali saya nak ingatkan awak?" balas Azzatul, namun suaranya tidak lagi sekeras selalu.
Keletihan emosi selepas melayani Azman dan kini harus berhadapan dengan Amir membuatkan pertahanannya terasa rapuh.
"Okey, Ustazah... maafkan saya," Amir tersenyum nipis, satu senyuman yang sangat memikat.
"Saya cuma nak cakap, saya rindu sangat kat awak, Ustazah. Walaupun saya nampak ustazah keluar masuk dengan dia dua hari ni, rindu saya tak pernah padam. Dapat tengok muka ustazah sekarang, dengar suara ustazah marahkan saya... itu pun dah cukup buat hati saya berbunga semula." Amir meluahkan rasa hatinya.
Azzatul memalingkan wajahnya ke arah lain. Kata-kata Amir itu terasa seperti siraman air manis yang beracun.
Dia benci betapa mudahnya Amir meluahkan perasaan rindu terhadap isteri orang sepertinya tanpa rasa bersalah.
"Awak tak patut cakap macam ni, Amir. Saya isteri Azman. Apa yang jadi antara kita... itu satu kesilapan. Tolonglah hormat saya," rintih Azzatul.
Amir ketawa kecil, satu ketawa yang kedengaran sangat manja.
"Hormat? Saya sentiasa hormat awak, Ustazah. Tapi hati saya tak boleh berbohong. Seminggu saya tunggu saat ni. Seminggu saya cuma mampu tengok ustazah dari jauh, kena marah dengan ustazah pagi-pagi. Ustazah tahu tak, suara garang ustazah tu la yang saya buat peneman tidur saya setiap malam?" Luah Amir lagi.
Azzatul terasa mukanya membahang. Dia teringat kembali bagaimana dia melancap di bilik air malam tadi sambil membayangkan wajah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini.
Rasa malu dan berdosa bercampur aduk dengan satu getaran ghairah yang mula terbit semula di pangkal rahimnya.
"Awak memang gila, Amir," bisik Azzatul.
"Gila sebab awak, Ustazah," balas Amir berani.
Amir merapatkan wajahnya ke pagar, matanya merenung tepat ke dalam mata Azzatul.
"Dua hari ni... dia layan ustazah macam mana? Dia buat ustazah puas macam saya buat? Atau ustazah masih dahaga?" Amir cuba menduga.
Pertanyaan Amir yang sangat berani dan erotis itu membuatkan jantung Azzatul berdegup kencang.
Dia merasa seolah-olah Amir dapat membaca rahsia di dalam bilik tidurnya bersama Azman. Dia teringat betapa dia terpaksa berpura-pura orgasme bersama suaminya, sedangkan standard kepuasannya telah diletakkan terlalu tinggi oleh batang Amir.
"Amir! Berhenti cakap pasal tu!" Azzatul menjerit kecil, separuh geram separuh lagi kerana rasa terangsang yang mula mencengkam.
"Okey, okey... saya berhenti. Saya tak nak ustazah masuk rumah dalam keadaan marah," Amir mengangkat tangan tanda menyerah, namun matanya tetap nakal memerhatikan bibir Azzatul yang sedang mengetap geram.
"Pergilah masuk, rehat. Saya cuma nak ustazah tahu... saya ada kat sini."
Azzatul tidak membalas. Dia segera berpaling dan melangkah masuk ke dalam rumah dengan jantung yang berdegup tidak menentu.
Sebaik sahaja pintu utama dikunci, dia menyandarkan belakangnya pada pintu. Nafasnya tercungap-cungap.
Di luar, Amir masih berdiri di situ, memandang pintu rumah Azzatul dengan senyuman. Dia tahu, walaupun Azman baru sahaja pulang, benih keinginan yang dia tanam dalam diri ustazah itu sudah mula bercambah semula. Dan malam yang sunyi selepas kepulangan suami adalah waktu yang paling subur untuk benih itu membesar.
Azzatul memegang dadanya yang berombak. Bau rokok Amir seolah-olah masih melekat di fikirannya, menenggelamkan haruman lavender yang dia gunakan untuk Azman tadi. Dia takut. Dia sangat takut yang malam ini, dia akan tewas lagi.
Malam Ahad itu terasa sangat dingin. Jam di dinding menunjukkan pukul 9.00 malam. Azzatul duduk di atas sofa, cuba membaca naskah tafsir untuk menenangkan jiwanya yang bergelora sejak kepulangan Azman petang tadi.
Namun, setiap kali dia cuba fokus, wajah Amir yang sedang tersenyum sinis di balik pagar tadi terus muncul. Tiba-tiba, telefonnya bergetar.
Amir: "Ustazah, saya lapar. Jom teman saya keluar makan kejap? Saya nak makan kat kedai tomyam hujung simpang tu je."
Azzatul memejamkan mata. Dia sudah menjangkakan ini. Dengan pantas dia menaip balasan.
Azzatul: "Amir, tolonglah. Suami saya baru je bertolak balik Pahang. Tak manis kalau jiran-jiran nampak saya keluar dengan awak malam-malam macam ni. Saya ni isteri orang, tolong faham!"
Amir: "Alah, kita pergi kedai yang jauh sikit kalau Ustazah risau jiran nampak. Saya cuma nak kawan makan je. Sunyilah makan sorang-sorang. Please... kali ni je."
Azzatul tetap berkeras. Ketegasannya sebagai seorang ustazah kembali memuncak.
"Tak boleh! Saya tak nak. Jangan paksa saya."
Suasana sepi seketika. Azzatul menyangka Amir sudah berputus asa. Namun, seminit kemudian, telefonnya berdering. Azzatul menjawab dengan nada geram.
"Amir, awak nak apa lagi? Saya dah kata tak nak, tak naklah!"
"Ustazah..." suara Amir di hujung talian kedengaran berubah. Tidak lagi nakal, tetapi lebih kepada nada memujuk.
"Saya bukannya nak buat apa-apa pun. Saya cuma nak ada teman makan je. Ustazah tak kesian ke kat saya? Saya dah tolong macam-macam kat Ustazah." Amir cuba memujuk.
"Saya hargai bantuan awak, tapi bukan dengan cara macam ni," balas Azzatul.
"Okey, macam ni lah," Amir menarik nafas panjang.
"Ustazah ingat tak kos baiki kereta haritu? Kan saya bayar kat bengkel kawan saya tu. Saya tak minta pun Ustazah bayar balik satu sen pun, sebab saya ikhlas nak tolong. Tapi takkanlah ajak teman makan sepinggan nasi pun Ustazah nak berkira?" Amir cuba mengungkit.
Azzatul tergamam. Jantungnya berdegup kencang. Dia mendengus geram, rahangnya diketup rapat.
Inilah perkara yang paling dia takutkan, makan budi yang akhirnya menjadi jerat.
"Sebab inilah saya tak nak makan budi awak, Amir! Saya dah cakap haritu saya nak bayar, tapi awak yang beria-ia kata tak payah! Sekarang awak bangkitkan semula. Kan haritu saya dah teman awak makan, tak cukup lagi ke!?" Azzatul menjerit kecil, separuh mahu menangis kerana rasa terhimpit.
"Saya bukan ungkit untuk minta duit, Ustazah sayang... Saya cuma nak masa ustazah sekejap je. Teman saya makan. Lepas tu saya hantar ustazah balik terus. Janji," pujuk Amir semula dengan nada yang sangat manja dan romantik, seolah-olah dia sedang merayu pada kekasih hati.
Azzatul terduduk lesu. Dia memandang pintu rumahnya yang terkunci. Hutang hampir RM2,500 itu bukanlah jumlah yang kecil bagi seorang guru sepertinya, apatah lagi dia mempunyai komitmen lain.
Amir bijak menggunakan kelemahannya.
"Hanya makan! Awak janji jangan buat apa-apa, dan jangan panggil saya dengan panggilan bukan-bukan sepanjang kita keluar" tegas Azzatul akhirnya, kalah dalam pergelutan moral itu.
Di seberang sana, Amir hampir melonjak kegembiraan. Dia mengekek ketawa kecil, hatinya berbunga-bunga.
"Janji, Ustazah! Saya janji. Sepuluh minit lagi saya tunggu depan rumah. Ustazah pakai cantik-cantik tau, tapi jangan wangi sangat, nanti saya tak tahan pula." Amir cuba berseloroh.
"Amir!"
"Okey, okey! Jumpa kejap lagi," Amir memutuskan talian.
Azzatul meletakkan telefon dengan perasaan yang sangat berkecamuk.
Dia rasa dikhianati oleh keadaan, namun di satu sudut kecil hatinya yang paling dalam, sudut yang dia cuba nafikan, ada satu rasa teruja yang mula menjalar. Dia akan keluar dengan Amir. Lelaki yang telah memberikan puncak orgasme yang hebat dalam hidupnya.
Azzatul melangkah ke arah almari, mencari baju yang tidak terlalu menonjol namun tetap kemas.
Di hadapan cermin besar yang memantul imej dirinya, Azzatul Alana berdiri dengan nafas yang tidak teratur. Jantungnya berdegup mengikut rentak jarum jam yang seolah-olah berdetak lebih laju malam itu.
Dia melihat pantulan seorang wanita yang dikenali sebagai "Ustazah", seorang isteri yang baru sahaja melepaskan suaminya pulang ke perantauan beberapa jam yang lalu. Namun sekarang, dia sedang bersiap untuk keluar dengan lelaki lain.
Azzatul memilih sebuah jubah berwarna hijau lembut yang longgar, materialnya dari kain yang tidak menampakkan bentuk badan.
Dia memadankannya dengan tudung bawal labuh berwarna krim yang menutup dada dengan sempurna.
Dandannya cukup sederhana, hanya sedikit bedak nipis untuk menutup kepucatan wajahnya dan sedikit pelembap bibir yang tidak berwarna.
Dia mahu kelihatan seperti seorang ustazah yang bermaruah, bukan seorang wanita yang ingin menggoda.
"Ini hanya untuk membalas budi. Hanya makan sepinggan nasi," bisiknya kepada diri sendiri, cuba memujuk sekeping hati yang sedang meronta ketakutan atau mungkin, meronta keterujaan yang terselubung.
Dia mencapai beg tangan dan melangkah keluar. Sebaik sahaja pintu rumah dikunci, dia melihat Ford Ranger milik Amir sudah sedia menanti di hadapan pagar.
Lampu yang menyala di dalam kereta itu menampakkan susuk tubuh Amir yang sedang bersandar santai di tempat duduk pemandu.
Azzatul berjalan perlahan, setiap langkahnya terasa berat. Amir segera keluar dan membukakan pintu untuknya.
Haruman maskulin yang tajam, campuran bau perfume mewah dan sedikit aroma tembakau terus menyerbu rongga pernafasan Azzatul sebaik sahaja pintu itu dibuka.
"Ustazah... cantiknya ustazah malam ni. Hijau ni buat ustazah nampak sangat tenang," puji Amir dengan suara yang rendah dan romantik.
Matanya merayap dari hujung tudung bawal Azzatul sehingga ke wajahnya yang nampak sedikit gelisah.
Azzatul tidak membalas. Dia segera masuk dan duduk tegak, memandang tepat ke hadapan.
Sebaik sahaja Amir masuk dan menutup pintu, ruang di dalam kereta itu terasa sangat sempit. Bau haruman jubah Azzatul yang berbau softener mula bersaing dengan bau maskulin Amir, menciptakan satu suasana yang sangat intim dan menyesakkan.
Amir tidak terus memandu. Dia berpaling menghadap Azzatul, tangannya diletakkan di atas batang gear, sangat dekat dengan paha Azzatul.
"Kenapa diam? Marah lagi pasal tadi? Saya betul-betul nak ajak makan je, Ustazah. Tak ada niat lain," kata Amir dengan nada manja yang mampu mencairkan ais yang paling keras.
"Dah tahu saya marah, kenapa paksa juga? Awak tahu kan saya tak selesa? Kalau jiran lain nampak, jatuh maruah saya, Amir," balas Azzatul, suaranya sedikit bergetar.
Amir ketawa kecil, satu tawa yang kedengaran sangat seksi di celah kesunyian malam.
"Sebab itu saya nak bawa Ustazah pergi kedai yang jauh sikit. Tak ada siapa kenal kita kat sana. Kita cuma jadi Amir dan Azzatul... bukan Amir dan Ustazah." Suara amir yang lembut menusuk terus ke hati Azzatul.
Azzatul tergamam tanpa mampu berkata-kata.
Amir mula memandu keluar dari kawasan perumahan. Dia menghidupkan radio, dan sebuah lagu balada romantik mula berkumandang perlahan.
Azzatul cuba memandang ke luar tingkap, memerhatikan lampu-lampu jalan yang melintasi mereka, namun dia sedar Amir sesekali mengerling ke arahnya.
Berada di dalam ruang yang tertutup dengan lelaki yang telah memberikan kepuasan puncak kepadanya adalah satu penyiksaan yang indah. Dia dapat merasakan pandangan Amir yang seolah-olah sedang "menelanjangi" jubah hijau yang dipakainya.
"Ustazah tahu tak? Seminggu ni saya tak boleh berhenti fikir pasal malam tu," Amir memulakan bicara, suaranya sengaja diperlahankan mengikut rentak lagu.
"Setiap kali saya nampak ustazah keluar dengan Azman, saya rasa cemburu yang amat sangat. Saya bayangkan saya yang pegang tangan ustazah, saya yang peluk awak, Azza." Luah Amir.
"Amir, tolonglah... jangan cakap pasal tu lagi. Saya dah maafkan awak, tapi itu tak bermakna saya nak buat lagi," kata Azzatul, namun dia menyedari suaranya tidak lagi kedengaran tegas. Ia kedengaran seperti satu rayuan yang lemah.
"Saya tak minta kita buat lagi malam ni, Azzatul. Saya cuma nak ustazah tahu perasaan saya. Saya hargai pengorbanan ustazah keluar malam ni. RM2,500 itu tak ada nilai kalau nak dibandingkan dengan satu jam saya dapat duduk berdua dengan awak macam ni," kata Amir lagi.
Tangannya perlahan-lahan merayap di atas batang gear, dan secara tidak sengaja atau mungkin sengaja, jarinya menyentuh hujung kain jubah Azzatul.
Sentuhan kecil itu membuatkan Azzatul tersentak. Dia merasakan satu getaran elektrik menjalar dari hujung kain itu terus ke pangkal rahimnya.
Dia mahu menarik kain itu, namun tubuhnya seolah-olah membeku. Dia merasai gelora yang hebat di dalam dirinya, satu pertarungan antara iman dan nafsu yang kian memuncak.
Azzatul memejamkan mata. Di dalam kegelapan itu, dia bukan lagi membayangkan Azman yang suci, tetapi dia membayangkan tangan Amir yang kasar itu mula merayap masuk ke bawah jubah hijaunya.
Azzatul sedar, dia sedang berjalan menuju ke arah kemusnahan, namun haruman Amir dan melodi romantik di dalam kereta itu membuatkan dia tidak mahu berpaling lagi.
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.