Bab 7
Jari Manis · 13 min read
Di dalam kafe yang berhawa dingin itu, suasana yang tadinya sarat dengan emosi hiba perlahan-lahan mula berubah warna.
Amir, dengan kebijaksanaan seorang lelaki yang tahu membaca rentak hati wanita, tidak membiarkan Azzatul terus tenggelam dalam kesedihan. Dia sedar, setelah air mata tumpah, hati wanita perlukan tawa sebagai penawar.
"Ustazah tahu tak," Amir memulakan bicara sambil memusing-musingkan sudu di dalam cawan kopinya.
"Masa mula-mula ustazah pindah dulu, saya ingat saya dah tersalah masuk rumah."
Azzatul yang baru sahaja mengesat sisa air mata di pipinya, mengerutkan dahi.
"Kenapa pula?." Tanya Azzatul hairan.
" Ye la. Saya ingat sebelah rumah saya tu kem tentera," Amir membuat muka serius.
"Sebab setiap pagi saya tengok ada seorang 'sarjan' pakai tudung labuh, jalan tegak, muka serius gila sampai burung yang tengah terbang pun boleh patah balik sebab takut tengok muka Ustazah." Amir cuba berseloroh.
Azzatul tergamam seketika sebelum dia mendengus geram. Dia mencapai sudu kecilnya dan seolah-olah mahu melontarkannya ke arah Amir.
"Amir! Sampai hati kata saya macam tu! Saya cuma jaga maruah, bukannya saya ni sarjan!" Omel Azzatul geram.
Amir ketawa besar, bunyi tawanya yang garau memenuhi sudut kafe yang sunyi itu.
"Hah, tengok tu! Muka mendengus macam tu lah yang buat burung patah balik. Tapi... bila Ustazah marah macam ni, baru nampak seri tu ada balik. Tadi nampak macam bunga layu sangat."
Azzatul memuncungkan bibirnya, satu aksi spontan yang dia sendiri tidak sedar telah dilakukan di hadapan lelaki bukan mahram.
"Saya tegas sebab saya kena jaga batas. Encik Amir tu yang selalu sangat nak mengusik saya. Mana saya tak geram." Dengus Azzatul.
"Encik Amir? Tadi panggil Amir je?" Amir menjongketkan keningnya dengan senyuman nakal yang menghiasi bibir.
Muka Azzatul merona merah. Dia tersasul lagi.
"Eh, saya... saya tersalah sebutlah tu. Jangan nak perasan sangat."
"Tak apa, saya suka. Rasa macam kita ni dah kawan lama pula," Amir menyambung usikannya.
"Ustazah perasan tak, masa kita kat pasar raya, Puan Salmah tu punya la pandang saya macam saya ni menantu pilihan dia? Saya rasa kalau Ustazah tak ada kat situ, mesti dia dah tanya nombor telefon saya nak kenenkan dengan anak dara dia."
Azzatul ketawa kecil, kali ini tawanya benar-benar ikhlas.
"Puan Salmah tu memang macam tu. Dia memang suka cari menantu untuk anak-anak dia. Tapi kesianlah anak dia kalau dapat menantu yang kuat menyakat macam Amir ni. Boleh darah tinggi hari-hari."
"Eh, saya ni menantu idaman tau. Pandai baiki elektrik, pandai hantar jiran pergi sekolah, pandai pujuk ustazah yang tengah merajuk..." Amir mengenyitkan matanya.
"Amir! Tolonglah... jangan nak perasan sangat boleh tak?" Azzatul mendengus lagi, namun kali ini ada getaran kegembiraan dalam suaranya.
Sepanjang satu jam mereka berada di kafe itu, Amir terus melancarkan peluru-peluru jenaka yang membuatkan Azzatul hampir terlupa akan keletihan fizikal dan mentalnya di sekolah tadi.
Amir bercerita tentang pengalamannya di tapak projek, tentang pekerja-pekerjanya yang pelbagai ragam, dan tentang betapa dia sendiri pernah tersilap masuk ke tandas wanita kerana terlalu mengantuk.
Azzatul ketawa sehingga matanya mengecil di balik kacamata. Dia merasa sangat ringan. Beban yang menghimpit dadanya sejak pagi tadi seolah-olah terbang ditiup angin usikan Amir.
"Terima kasih, Amir," kata Azzatul akhirnya, selepas tawanya reda.
"Saya rasa... saya rasa jauh lebih baik sekarang. Dah lama saya tak ketawa macam ni." Luah Azzatul.
Amir memandang Azzatul dengan pandangan yang sangat lembut. Keikhlasan terpancar di wajahnya.
"Sama-sama, Ustazah. Itu niat saya. Saya tak nak tengok Ustazah sedih. Ustazah nampak jauh lebih cantik bila ketawa macam ni daripada bila jadi sarjan tadi." Amir masih mengusik.
Azzatul menundukkan wajahnya, meramas jarinya sendiri. Hatinya kembali berbunga-bunga. Perhatian Amir yang konsisten, kemampuannya untuk menceriakan suasana, dan kesanggupannya untuk menjadi pendengar setia telah mewujudkan satu ruang selesa yang sangat berbahaya.
"Jomlah kita balik. Dah lewat ni. Nanti apa pula kata orang kalau nampak kita lama-lama kat sini," ajak Azzatul, walaupun dalam hatinya, dia seolah-olah mahu waktu berhenti seketika.
Amir mengangguk.
"Jom. Syaratnya satu, esok pagi jangan tukar jadi sarjan balik ya?"
Azzatul hanya menjeling manja sebagai jawapan. Dalam perjalanan pulang, suasana di dalam kereta tidak lagi kaku.
Azzatul mula bercerita tentang impian-impiannya, tentang cita-citanya untuk menyambung pelajaran, dan Amir mendengar dengan penuh minat.
Malam itu, di dalam biliknya, Azzatul tidak lagi menangis. Dia tidur dengan senyuman yang masih tersisa di bibir. Namun, jauh di sudut hati, satu suara halus mula berbisik; Adakah tawa ini satu pengkhianatan kepada rindu yang sepatutnya hanya milik Azman?
Azzatul cuba menepis suara itu. Dia hanya mahu menikmati rasa hidup yang baru sahaja diberikan oleh Amir, tanpa menyedari bahawa setiap tawa yang dikongsi adalah satu lagi paku yang mencengkam erat benteng kesetiaannya.
Jumaat pagi itu, Azzatul Alana bangun dengan perasaan yang sangat berat. Biasanya, hari Jumaat adalah hari yang paling dinantikannya kerana itu tandanya Azman akan memacu pulang dari Pahang.
Namun, perbualan telefon malam tadi menghancurkan harapannya. Azman terpaksa menguruskan Program Perkhemahan Perdana yang berlangsung sepanjang hujung minggu.
"Sayang, maafkan abang ya? Abang pun rindu sangat, tapi ini amanah. Sabar ya? Minggu depan abang balik, kita ganti balik masa yang hilang," suara Azman terngiang-ngiang di telinganya.
Azzatul memandang siling bilik. Dia bukan sekadar rindukan suara atau wajah suaminya. Sebagai wanita yang baru enam bulan mengecap nikmat perkahwinan, tubuhnya mula menuntut hak yang fitrah.
Seminggu menanggung gejolak nafsu yang tidak bertepi, dia berharap hujung minggu ini menjadi penawar, namun dia terpaksa menelan pahitnya penantian untuk seminggu lagi.
Rasa 'dahaga' itu menjalar ke setiap sarafnya, membuatkan dia rasa gelisah dan sensitif terhadap apa sahaja sentuhan atau bau yang mengingatkannya kepada kasih sayang seorang lelaki.
Tepat jam 12.30 tengah hari, loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang awal bagi kakitangan wanita untuk memberi laluan kepada solat Jumaat.
Azzatul melangkah keluar dengan wajah yang kusam. Amir sudah sedia menanti dengan kemeja melayu berwarna biru, lengkap dengan kain samping yang tersidai di bahu.
"Assalamualaikum, Ustazah. Dah sedia nak balik?" sapa Amir.
Matanya melirik ke arah Azzatul yang nampak sedikit tidak bermaya, namun bauan tubuh asli wanita itu yang sedikit berpeluh akibat cuaca panas tetap mampu menggoyahkan iman Amir.
"Waalaikumussalam. Dah... terima kasih, Amir," jawab Azzatul pendek.
Di dalam kereta, Azzatul banyak termenung. Amir perasan ada sesuatu yang tidak kena.
"Ustazah okey? Diam je dari tadi. Selalunya Jumaat macam ni Ustazah paling ceria sebab Encik Azman nak balik, kan?" Amir memancing bicara.
Azzatul mengeluh kecil.
"Dia tak balik minggu ni. Ada program sekolah. Rasa macam... entahlah. Penat sangat rasa minggu ni." Luah Azzatul.
Amir hanya mengangguk faham, namun di dalam hatinya, dia tersenyum. Dia tahu 'penat' yang dimaksudkan Azzatul bukan sekadar penat mengajar di sekolah.
Dia nampak cara Azzatul meramas jari-jemarinya sendiri, satu tanda kegelisahan batin yang cuba disembunyikan.
"Tak apa, Ustazah. Rehatlah petang ni. Pukul 6 petang nanti, saya ambil Ustazah semula. Pomen dah telefon, kereta Axia Ustazah dah siap," kata Amir lembut sebelum menurunkan Azzatul di hadapan rumahnya.
Pukul 6 petang, cuaca mulai redup. Azzatul sudah siap berpakaian jubah ringkas. Dia menanti Amir dengan perasaan berdebar. Keretanya siap, itu bermakna rutin "hantar-jemput" ini akan berakhir. Sepatutnya dia gembira, tapi ada satu sudut kecil hatinya merasa ralat.
Mereka tiba di bengkel. Kereta Axia putih itu sudah berkilat, enjinnya juga kedengaran sangat halus selepas dilakukan pembaikan.
"Okey, ini bilnya Encik," kata Pomen tersebut sambil menghulurkan sekeping kertas.
Azzatul mencapai bil itu dan matanya sedikit terbeliak. RM2,450.00. Dia menelan air liur. Dia tahu simpanannya dan Azman sedikit susut bulan ini kerana baru sahaja membaiki rumah ibu mertuanya.
"Eh, mahal juga ya..." bisik Azzatul, tangannya menggigil sedikit mencari kad bank di dalam beg.
"Tak apa, biar saya bayar," kata Amir selamba sambil menghulurkan kad kreditnya kepada Pomen.
"Eh, jangan! Amir! Mana boleh macam ni! Ini kereta saya!" Azzatul cuba menghalang, mukanya merah padam.
"Ustazah, jangan gaduh kat sini. Malu orang tengok. Simpan duit tu untuk belanja Ustazah sepanjang Azman tak ada. Anggaplah ini hadiah daripada jiran. Lagipun, saya tak nak Ustazah pening kepala fikir pasal duit sekarang ni," kata Amir dengan nada yang sangat tegas tetapi penuh perlindungan.
Transaksi berjaya. Amir menyerahkan kunci kereta kepada Azzatul. Azzatul berdiri kaku di tepi keretanya. Rasa terhutang budi yang menggunung kini menghempap maruahnya. RM2,400 bukan jumlah yang sedikit. Dia memandang Amir dengan pandangan yang bercampur-campur; takut, haru, dan... kagum.
"Kenapa Amir buat semua ni? Saya... saya tak tahu macam mana nak balas," suara Azzatul sayu, matanya mula berkaca.
Amir mendekati Azzatul, berdiri cukup rapat sehingga Azzatul dapat merasakan haba dari tubuh Amir.
"Saya tak minta dibalas dengan duit, Ustazah. Saya cuma nak Ustazah tahu yang saya akan selalu ada untuk jaga ustazah bila ustazah perlukan. Itu dah cukup bagi saya."
Ustazah terkedu. Tiada kata-kata mampu dia ungkapkan.
petang itu, Azzatul memandu keretanya pulang dengan fikiran yang berkecamuk. Dia memandang cermin pandang belakang, melihat Ford Ranger Amir mengekorinya dari belakang untuk memastikan dia sampai dengan selamat.
Hati Azzatul bergetar hebat. Antara rindu pada suami yang jauh dan budi jiran yang berada tepat di depan mata, Azzatul sedar dia kini terperangkap dalam satu hutang rasa yang mungkin akan menuntut bayaran yang jauh lebih mahal daripada wang ringgit.
Malam Sabtu itu terasa lebih sunyi daripada biasa. Azzatul duduk bersandar di sofa ruang tamunya, hanya ditemani cahaya lampu malap dari dapur. Di tangannya, telefon pintar digenggam erat. Tadi, dia cuba menghubungi Azman, namun hanya pesanan ringkas yang diterima:
"Sayang, abang tengah uruskan aktiviti unggun api ni. Budak-budak tengah bersemangat. Mungkin lewat sikit abang masuk tidur. Azza tidur dulu ya? I love you."
Azzatul mengeluh panjang. Dia meletakkan telefon di dada. Rasa rindu yang membuak sejak petang tadi kini bercampur dengan satu gelora yang sukar untuk dia nyatakan secara terbuka.
Sebagai wanita yang baru enam bulan bergelar isteri, tubuhnya mempunyai memori tentang sentuhan dan kehangatan.
Seminggu berjauhan, ditambah pula dengan berita Azman tidak pulang, membuatkan setiap saraf di tubuhnya terasa sensitif. Dia mendambakan pelukan, namun yang ada hanyalah angin sejuk dari pendingin hawa yang menyapa kulitnya melalui baju kelawar satin yang dipakainya.
Tiba-tiba, skrin telefonnya menyala. Satu pesanan daripada Amir.
Amir: "Ustazah, saya lapar. Nak keluar makan tapi malas nak makan sorang-sorang. Jom temankan saya? Kita cari kedai makan yang tenang sikit, hilangkan stres Ustazah hari ni."
Azzatul menelan air liur. Jantungnya berdegup laju. Dia segera menaip balasan dengan jari yang sedikit menggigil.
Azzatul: "Maaf Amir, saya tak boleh. Dah pukul 9 malam. Tak manis saya keluar dengan lelaki lain masa suami saya tak ada."
Amir, yang berada di sebelah rumah, tersenyum melihat balasan itu. Dia tahu Azzatul sedang bergelut. Dia tidak berputus asa.
Amir: "Ustazah, saya faham batas tu. Saya tak ajak buat apa-apa pun. Cuma makan. Anggaplah ini sebagai cara Ustazah balas budi saya pasal kereta petang tadi. Saya pun sunyi, Ustazah pun sunyi. Daripada kita berdua melayan perasaan dalam rumah masing-masing, lebih baik kita keluar ambil angin. Fikiran Ustazah pun akan lebih tenang lepas ni."
Azzatul terdiam melihat perkataan 'balas budi'. Wang RM2,450 yang dibayar Amir petang tadi seolah-olah terpampang di depan matanya. Dia merasa terhutang budi yang amat sangat.
Dan di satu sudut hatinya yang paling gelap, dia mengakui kata-kata Amir, dia sangat sunyi. Dia perlukan suara manusia yang nyata, bukan sekadar teks di WhatsApp.
Dia melihat cermin. Wajahnya nampak kusam dan matanya sayu. Akhirnya, dengan nafas yang berat, dia membalas.
Azzatul: "Yelah... tapi janji, makan saja. Dan tolong panggil saya Ustazah macam biasa kalau di luar. Saya bersiap kejap."
Azzatul mengenakan jubah berwarna biru gelap dan tudung sarung hitam. Dia tidak mahu nampak terlalu bersiap, namun bau harum daripada softener pakaiannya tetap kuat menusuk hidung apabila dia melangkah masuk ke dalam Ford Ranger Amir.
"Terima kasih sebab sudi teman, Ustazah," sapa Amir. Matanya melirik ke arah Azzatul.
Malam ini, Azzatul nampak berbeza. Mungkin kerana dia sedang menahan gejolak nafsu dan rindu pada suaminya, wajahnya nampak lebih lembut dan bibirnya yang pucat tanpa gincu itu nampak sangat menggoda di mata Amir.
"Saya buat ni sebab nak balas budi Amir pasal petang tadi je. Jangan fikir lain," kata Azzatul, suaranya sedikit serak.
Amir memandu ke sebuah kedai makan di pinggir bandar yang agak tersorok. Suasana di situ tenang, dengan lampu-lampu neon yang malap dan muzik latar yang perlahan.
Amir tidak henti-henti berbual, cuba mengalihkan fikiran Azzatul daripada rasa bersalah.
"Ustazah, saya tahu Ustazah rindukan Encik Azman. Tapi Ustazah kena ingat, Ustazah pun manusia. Perlu ada masa untuk diri sendiri. Jangan terlalu tekan diri dengan tanggungjawab sampai Ustazah lupa nak bahagia," kata Amir lembut semasa mereka duduk bertentangan di meja makan.
Azzatul hanya menunduk, menguis-nguis makanan di depannya.
"Bahagia saya adalah bila suami saya ada di sisi, Amir. Tapi keadaan tak mengizinkan." Luah Azzatul.
"Kalau keadaan tak mengizinkan dia ada, kenapa Ustazah tak izinkan orang yang ada di depan mata ni untuk gembirakan Ustazah?" Amir bertanya dengan nada yang sangat provokatif, namun tetap sopan.
Azzatul mengangkat muka. Matanya bertembung dengan mata Amir yang tajam dan penuh makna.
Pada saat itu, Azzatul merasakan satu getaran yang hebat di seluruh tubuhnya. Kehadiran Amir yang dominan, bauan maskulinnya, dan perhatiannya yang tidak berbelah bahagi mula meruntuhkan sisa-sisa benteng yang dia bina.
Dalam diam, Azzatul merasai satu sensasi yang dia sendiri takut untuk namakan. Kerinduannya pada Azman mula bercampur aduk dengan tarikan fizikal Amir yang berada tepat di hadapannya.
Azzatul tahu dia sedang bermain dengan api, namun pada malam yang sunyi ini, kehangatan api itu terasa jauh lebih diperlukan daripada kesejukan kesetiaan yang sepi.
Malam itu, kota seolah-olah berkonspirasi untuk melemahkan jiwa yang sedang lara. Selepas makan malam yang diisi dengan perbualan yang menyentuh dasar hati, Amir tidak terus memandu pulang ke taman perumahan mereka.
Amir membelokkan stereng ke arah jalan yang mendaki, menuju ke sebuah puncak bukit yang terkenal dengan pemandangan lampu kota yang terbentang luas bagaikan hamparan permata di atas baldu hitam.
Azzatul hanya diam di kerusi penumpang. Dia sedar arah tujuan Amir, namun lidahnya kelu untuk membantah.
Di dalam fikirannya, imej Azman yang sedang sibuk dengan unggun api di sekolah mula memudar, digantikan dengan kehadiran Amir yang sangat nyata di sisinya.
Keheningan malam di dalam kereta itu terasa sangat berat, sarat dengan ketegangan yang tidak terucap.
Apabila kereta berhenti di satu sudut yang terlindung oleh pepohon rimbun, Amir tidak mematikan enjin. Ada cahaya malap dari skrin Dashboard yang menerangi ruang antara mereka.
"Cantik, kan?" bisik Amir, suaranya rendah dan dalam, memecah kesunyian yang mencekam.
Azzatul memandang ke luar tingkap. Lampu-lampu kota berkelipan di bawah sana, namun matanya tidak benar-benar melihat keindahan itu.
Pikirannya lebih tertumpu pada debaran di dadanya yang kian menggila.
"Ya... cantik," jawab Azzatul perlahan. Suaranya kedengaran rapuh, seolah-olah bila-bila masa sahaja dia akan pecah seribu.
Amir memusingkan badannya, menyandarkan siku pada konsol tengah, menatap wajah Azzatul dari sisi.
Dalam cahaya yang samar, garis wajah ustazah itu nampak begitu cantik, hidung yang mancung kecil, bulu mata yang lentik di balik kacamata, dan bibir yang mungil yang seringkali mengucapkan kalimah-kalimah suci, namun malam ini kelihatan bergetar menahan seribu rasa.
"Ustazah... luahkanlah. Apa yang ada di sini?" Amir menyentuh dadanya sendiri, memberi isyarat kepada hati Azzatul.
"Saya nampak awak tengah berperang dengan diri sendiri. Jangan biarkan dinding itu menghimpit awak sampai sesak."
Azzatul menoleh perlahan. Air mata yang sejak tadi ditahan akhirnya luruh, membasahi pipinya yang mulus.
"Saya penat, Amir... saya penat jadi kuat. Saya rindu dia, tapi rindu ni menyakitkan. Saya rasa terasing dalam perkahwinan saya sendiri. Saya dahaga... bukan sekadar cinta, tapi kehadiran. Saya perlukan seseorang untuk pegang tangan saya bila saya takut, untuk peluk saya bila saya sejuk. Tapi saya sorang-sorang..." Azzatul teresak-esak. Dia meluahkan segala-galanya, tentang sunyinya malam-malam yang dilalui, tentang gejolak nafsunya sebagai wanita muda yang baru mengecap nikmat kelamin namun terpaksa 'berpuasa' dalam jangka masa yang lama, dan tentang betapa dia merasa berdosa kerana merasa selesa dengan Amir.
Amir mendengar dengan penuh khusyuk. Dia tidak memotong, tidak menghakimi. Dia menjadi telaga yang menampung segala air mata Azzatul.
"Azza..." Amir menyebut nama itu dengan nada yang paling lembut, seolah-olah nama itu adalah sebuah mantera.
"Awak bukan robot. Awak wanita. Awak punya keperluan, punya rasa. Tuhan ciptakan awak dengan hati yang boleh merasa rindu, dan tubuh yang boleh merasa keinginan. Adakah salah kalau awak cuma mahu rasa dihargai sebagai seorang wanita?"
Amir mula bermain kata dengan puitis, menyusun ayat yang meracuni logik Azzatul.
"Kesetiaan itu indah, tapi kesetiaan yang menyeksa jiwa itu adalah satu penjara. Saya tak minta awak tinggalkan dia. Saya cuma nak jadi penawar untuk malam yang sunyi ni. Biar saya jadi tempat awak bersandar, walau cuma untuk seketika."
Azzatul memandang Amir dengan pandangan yang berbelah bahagi. Akalnya menjerit mengingatkan tentang statusnya sebagai isteri orang, tentang jubah dan tudung labuh yang dipakainya sebagai simbol kesucian.
Namun, tubuhnya, nafsu yang telah terpendam seminggu ini, memberikan isyarat yang berbeza.
Haruman maskulin Amir yang bercampur dengan bau kulit lelaki itu terasa sangat memabukkan dalam jarak yang begitu dekat.
Amir merapatkan kedudukannya. Dia menghulurkan tangan, menyapu air mata di pipi Azzatul dengan ibu jarinya.
Sentuhan kulit ke kulit itu terasa seperti aliran elektrik yang menyambar terus ke rahim Azzatul.
Azzatul memejamkan mata, kepalanya sedikit mendongak, menikmati sentuhan yang sudah lama dia dambakan.
"Amir... jangan..." bisik Azzatul, namun tangannya secara tidak sedar mencengkam lengan sasa Amir.
"Shh... jangan fikir. Rasakan saja," bisik Amir tepat di telinga Azzatul.
Nafas hangat Amir menerpa leher Azzatul yang terlindung di balik tudung, membuatkan bulu romanya meremang hebat.
Amir menggunakan jarinya untuk mengangkat dagu Azzatul. Dia menatap mata yang redup dan basah itu dengan penuh keinginan yang membara.
Perlahan-lahan, Amir merapatkan wajahnya. Azzatul dapat merasakan nafas Amir yang berbau kopi dan mint menyapa bibirnya.
Dunia seolah-olah berhenti berputar. Segala hukum, segala batas, dan segala bayangan suaminya hilang ditelan kegelapan malam. Yang ada hanyalah keperluan yang mendesak.
Apabila bibir mereka bertemu, ia bukan sekadar ciuman biasa. Ia adalah satu letupan emosi dan nafsu yang telah lama terpendam.
Bibir Amir yang hangat dan menuntut bertaut erat dengan bibir Azzatul yang lembut dan menggeletar.
Azzatul pada mulanya kaku, namun apabila Amir mula menghisap bibir bawahnya dengan penuh berahi, Azzatul akhirnya menyerah kalah.
Dia cuba membalas ciuman itu dengan pasrah, seolah-olah sedang mencari air di tengah padang pasir.
Tangan Amir naik merangkul leher Azzatul, menarik wanita itu lebih dekat. Bunyi nafas yang tercungap-cungap dan decapan basah memenuhi ruang kereta yang gelap itu. Ciuman itu terasa puitis namun erotis, satu penyatuan antara dua jiwa yang lapar akan sentuhan.
Di bawah rembulan yang tersembunyi di sebalik awan, Azzatul Alana, sang ustazah yang selama ini menjadi lambang kesucian, telah pun menyeberangi garisan yang paling berbahaya.
Dalam pelukan Amir, dia melupakan dunianya, membiarkan nafsunya yang membara memadamkan api imannya buat seketika.
Hening malam itu menjadi saksi, bagaimana dinding kaca yang dijaga rapi akhirnya berkecai di bawah ciuman seorang jiran yang tahu benar di mana letaknya titik kelemahan seorang wanita yang kesunyian.
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.