Bab 1
Jari Manis · 5 min read
"Hei Dira, bangunlah dah pukul berapa ni. Kamu tak sembahyang subuh ke pagi tadi?" Bebel Hajah Kalsom setelah melihat anak bongsunya itu masih lagi terbungkang di atas katil.
"Dira hari ni 'cuti' lah." Balas Adira tanpa membuka mata dan memandang ke wajah ibunya.
"Tak kira lah kamu 'cuti' ke tak, tapi tetap kena bangun awal juga. Anak dara apa pukul 10 pun belum bangun lagi ni?! Dah, cepat bangun!" Marah Hajah Kalsom sebelum beredar dari dalam bilik anaknya itu.
Dengan perasaan malas, Dira bangun dari pembaringannya. Dia kemudian menanggalkan satu persatu pakaian yang membaluti tubuhnya. Terasa geram dengan sikap ibunya yang suka membebel kepada dirinya.
Dia ingat apabila SPM tamat sahaja dia boleh bermalas-malasan, tapi itu sudah pasti tidak menjadi kenyataan selagi dia tinggal bersama ibunya. Namun apa boleh buat sebab di mana lagi dia mahu tinggal jika bukan di rumah ini.
Dia kemudian mencapai tuala, lalu terus sahaja keluar dari dalam bilik tidurnya. Ketika melintas di ruang tamu untuk menuju ke bilik mandi, terlihat ibunya sedang duduk di atas sofa dan menonton televisyen.
"Ehh Dira, kamu ni tak malu ke berbogel macam tu je?!" Tegur Hajah Kalsom setelah melihat anaknya tanpa seurat benang membaluti tubuh.
"Alah mak ni kenapa, bukan ada orang lain pun kat rumah ni selain kita?" Adira tidak mengerti kenapakah ibunya tiba-tiba marah sedangkan selama ini dia sudah biasa seperti itu.
"Mana lah tahu tiba-tiba ada orang datang, kan dah tak pasal-pasal nampak kamu tu. Lagi satu kamu tu dah besar, dah habis SPM dah pun. Janganlah ke hulur ke hilir berbogel macam budak-budak lagi." Tegur Hajah Kalsom.
"Yelah-yelah." Adira cuba beredar menuju ke bilik mandi.
"Lagi satu mak nak tanya ni." Tiba-tiba kedengaran suara Hajah Kalsom lagi.
"Apa lagi mak, orang nak mandi lah." Adira semakin geram dengan sikap ibunya.
"Kamu taknak kerja ke sambil-sambil tunggu keputusan SPM keluar ni?" Soal Hajah Kalsom.
"Eyy mak ni, nanti-nanti lah Dira pikir." Adira terus berlalu menuju ke bilik mandi.
Di dalam bilik mandi, Adira terus menyangkut tualanya dan menuju ke kolah. Dia hanya memerhati air kolah tersebut tanpa berbuat apa-apa. Dirinya tidak terasa ingin mandi langsung ketika ini.
Soalan yang diaju oleh ibunya berlegar-legar di benak fikirannya. Bukannya dia tidak mahu mencari pekerjaan sambil menunggu keputusan peperiksaan, namun dia tidak tahu kerja apakah yang ada di kampungnya ketika ini.
Rakan-rakannya ramai yang telah mehuju ke kota untuk mencari pekerjaan. Dia juga terasa ingin keluar dari kampung ini, namun dia sangat risaukan akan ibunya. Dia tidak sampai hati untuk meninggalkan wanita itu keseorangan di rumah.
"Yang kamu tenung air kolah dari tadi tu kenapa?" Tiba-tiba wajah Hajah Kalsom muncul di pintu bilik mandi.
"Eyy mak ni kenapa, boleh tak jangan kacau Dira 24 jam?!" Getus Adira.
"Dah yang kamu biar pintu bilik mandi ni terbuka je kenapa, tak reti nak tutup ke kalau nak mandi tu?" Soal Hajah Kalsom pula.
"Apa kena dengan mak hari ni? Memang selama ni Dira tak pernah pun kunci pintu kan bila mandi, kenapa yang mak terkejut sangat ni?" Adira tidak mengerti.
"Dah, mulai hari ni mak nak kamu sentiasa tutup pintu bila mandi. Faham?" Hajah Kalsom memberi peringatan.
"Yelah-yelah." Adira kemudian terus sahaja menutup pintu itu.
Hajah Kalsom hanya menggelengkan kepala dengan sikap anaknya. Semakin difikirkan mengenai gadis itu, semakin kerisauan menyelubungi dirinya. Ini kerana anaknya sudahpun dewasa, namun masih berperangai seperti kanak-kanak.
Dia risau jika dia sudah tiada satu hari nanti, bagaimanakah keadaan gadis itu. Ini membuatkan dia menjadi semakin risau. Disebabkan itulah hari ini dia terpaksa berkeras dengan gadis itu.
Dia mahu melihat gadis itu berperangai seperti orang dewasa dan juga mampu berdikari. Jadi bila dia sudah tiada, gadis itu mampu meneruskan hidup dengan disiplin yang tinggi dan tanpa sebarang masalah.
====================
"Macam mana dekat daycare tadi, best tak jumpa kawan-kawan baru?" Soal Darius.
"Tak best lah, budak-budak kat situ suka buat Eya. Papa, Makda mana? Kenapa Makda dah taknak jaga Eya lagi?" Soal Afiyah kepada ayahnya.
"Makda sakit, jadi dia dah tak boleh nak kerja dekat rumah kita lagi." Jelas Darius. Ketika dua beranak itu sedang berbual, tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dibuka.
"Lambat U balik hari ni?" Soal Darius.
"I banyak kerja." Acuh tak acuh sahaja jawapan Erika.
"U, I nak cakap sikit ni." Ujar Darius.
"Nak cakap apa, I penat lah baru balik kerja ni." Erika tidak terasa ingin berbual dengan lelaki itu.
"I rasa nak ambil babysitter baru lah untuk jaga Eya, gantikan Makda. I risau takut apa-apa jadi dekat Eya kalau tinggalkan dekat daycare tu." Jelas Darius.
"Ikut U lah, itu pun nak bagitahu I ke?" Erika terus berlalu pergi meninggalkan ruang tamu.
Darius hanya memerhati wanita itu berlalu pergi menuju ke kamar tidur mereka. Beliau tidak mengerti dengan sikap wanita itu semenjak dua menjak. Kenapakah wanita itu bersikap dingin terhadap dirinya?
Apakah salahnya sehingga wanita itu berperangai sedemikian rupa? Adakah wanita itu sudah bosan hidup bersamanya? Semua persoalan itu hanya berlegar di fikirannya tanpa mendapat sebarang jawapan.
"Papa! Papa!" Lamunan Darius terhenti setelah mendengar panggilan daripada anaknya.
"Ye sayang, kenapa?" Soal Darius.
"Cakap nak tengok kartun sama-sama dengan Eya, jomlah duduk sama-sama dengan Eya." Pinta Afiyah.
Darius menuruti permintaan anak kecilnya itu lalu duduk di atas sofa bersama-sama. Walaupun hubungannya bersama dengan Erika semakin dingin, namun demi anak mereka yang berusia 4 tahun itu, beliau tetap kuatkan semangat.
====================
"Kamu nak pergi mana lagi pulak tu?" Soal Hajah Kalsom setelah melihat Adira sedang bersiap-siap.
"Nak pergi mana lagi, nak pergi cari kerja lah. Duduk rumah mak bising, nak keluar rumah cari kerja tak kan mak nak bising jugak kot?" Sindir Adira tanpa melihat wajah ibunya kerana sibuk mengenakan bedak di wajah.
"Kamu nak pergi cari kerja dekat mana?" Soal Hajah Kalsom lagi.
"Kat mana lagi, kat pekan lah. Kat dalam kampung ni mana ada kerja kosong pun." Balas Adira dengan matanya masih mengadap cermin untuk menyiapkan diri.
"Kamu nak pergi pekan dengan siapa, naik apa?" tambah Hajah Kalsom lagi.
"Dengan Rudi, naik motor." Balas Adira.
"Bukannya mak nak halang kamu berkawan dengan dia, tapi tak manis lah anak dara naik motor berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram ni. Nanti apa pula orang kampung cakap." Leter hajah Kalsom.
"Dah tu Dira nak pergi pekan naik apa, takkan nak pergi jalan kaki kot? Mak ni risau sangat, pedulikan jelah apa orang kampung cakap." Balas Adira. Ketika itu jugalah kedengaran bunyi motosikal di luar rumah.
"Ok lah tu pun Rudi dah sampai. Dira pergi dulu." Adira cuba berlalu dari situ.
"Dira, mak nak tanya sikit." Hajah Kalsom memanggil anaknya semula.
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.