Skip to content
Bintang di Langit
Chapter2

Bab 2 : Mencari kerja

Jari Manis · 4 min read

"Ok lah tu pun Rudi dah sampai. Dira pergi dulu." Adira cuba berlalu dari situ.

"Dira, mak nak tanya sikit boleh?" Hajah Kalsom memanggil anaknya semula.

"Apa lagi ni mak? Dira dah lambat ni." Adira semakin rimas dengan ibunya.

"Kamu taknak pakai tudung ke?" Soal Hajah Kalsom.

"Eyy taknak lah pakai lagi sebab nampak macam orang tua. Dah lah mak, Dira pergi dulu." Adira kemudian berlalu menuju ke luar rumah.

Hajah Kalsom hanya melihat anak bongsunya itu membonceng motosikal Rudi sebelum mereka beredar. Tidak tahu kenapa semenjak dua menjak ini dia berasa sungguh tidak sedap hati melihat perangai gadis sunti itu.

====================

"Selamat pagi Encik Darius." Tegur Aminah kepada majikannya.

"Selamat pagi." Ringkas jawapan Darius sebelum cuba memasuki pejabatnya.

"Emm, Encik Darius nak kopi ke teh pagi ni?" Aminah sempat menyoal lelaki itu.

"Buatkan jelah pape pun." Balas Darius.

"Baiklah encik." Baru sahaja Aminah ingin beredar, tiba-tiba namanya dipanggil oleh Darius.

"Awak tahu tak mana-mana agensi mencari pembantu rumah?" Soal Darius.

"Kenapa, encik nak pakai maid ke?" Aminah pula menyoal.

"Haah. Risau saya nak hantar anak saya ke daycare." Jelas Darius.

"Yelah nanti saya carikan. Saya pergi buat air untuk dulu ye." Aminah kemudian beradar dari situ.

Darius hanya memerhatikan langkah setiausaha peribadinya itu menjauh dari situ. Terasa beruntung mendapat setiausaha seperti Aminah. Rasanya sudah hampir enam tahun wanita itu bekerja di sampingnya.

Darius kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi di dalam bilik pejabatnya. Terasa tiada daya untuk menghabiskan kerja-kerjanya yang menimbun. Fikirannya kini bercelaru mengenangkan hal di rumah.

Sudahlah pembantu rumahnya terpaksa berhenti secara tiba-tiba, kini beliau runsing pula memikirkan sikap Erika. Tidak tahu kenapakah wanita itu menjadi sungguh dingin terhadapnya semenjak dua menjak ini.

Bila difikirkan balik, rasanya beliau tidak melakukan hal yang membuatkan wanita itu terguris hati. Jadi apakah punca wanita itu bersikap sedemikian? Adakah kerana wanita itu sudahpun bosan hidup dengannya?

"Ni airnya encik." Kemunculan Aminah dengan membawa segelas air mematikan lamunan Darius.

"Terima kasih." Ucap Darius.

====================

"Macam mana, dapat tak kerja?" Soal Rudi lalu menghulur topi keledar.

"Entahlah macam tak dapat je. Penatlah macam ni ke hulur ke hilir cari kerja. Baik duduk rumah je tidur." Omel Adira sambil memuncungkan bibirnya.

"Alah janganlah putus asa, nanti mesti dapat punya. Ehh nak tak kita pergi makan steamboat dekat depan sana? Lepas makan, kita gi lepak dekat tepi pantai." Pelawa Rudi.

"Saya mana ada bawa duit nak makan steamboat." Balas Adira.

"Apa pikir pasal duit ni. Of course lah saya yang bayar, jomlah pergi." Ajak Rudi.

Adira kemudian bersetuju dengan ajakan itu, lalu terus membonceng motosikal lelaki itu. Rudi tidak membuang masa lalu terus menderu motosikalnya menuju ke destinasi yang mereka ingin tujui.

Kedua-dua mereka menghabiskan masa di kedai makan tersebut lebih kurang satu jam. Setelah selesai menjamu selera, pasangan tersebut terus menuju ke tepi pantai yang berada betul-betul di hadapan kedai makan tersebut.

"Awak nak lepak pantai ni lama ke?" Soal Adira sambil berjalan berpegangan tangan dengan lelaki itu.

"Kenapa awak tanya, awak tak suka spent time dengan saya ke?" Rudi berasa hairan.

"Bukan tak suka, tapi hari dah malam lah awak. Saya takut mak saya risau." Jelas Adira.

"Alah kita lepak sekejap je, nanti saya hantar lah awak balik. Awak, jom lepak kat hujung sana nak? Kat situ takde orang." Pelawa Rudi.

"Yelah." Adira mengalah dengan permintaan lelaki itu.

Kedua-dua mereka kemudian duduk di celah-celah batu yang agak besar. Rudi memandang sekaliling untuk melihat jika ada kelibat orang lain di situ. Terasa sungguh lega apabila tidak melihat sesiapa pun.

Tanpa membuang masa, beliau terus menarik wajah Adira supaya rapat ke wajahnya. Bibir gadis itu dicari lalu beliau terus mencium gadis itu dengan penuh rakus. Adira sungguh terkejut dengan perlakuan lelaki itu.

Namun dia tidak membantah dan membiarkan sahaja perilaku Rudi. Ini bukanlah kali pertama mereka bercium, malah sudah berkali-kali. Namun dia agak terkejut disebabkan ia dilakukan secara spontan.

"Kalau awak dah kerja nanti, mesti susah kan kita nak lepak-lepak macam ni lagi." Ujar Rudi sebaik bibir mereka berpisah.

"Kenapa pulak? Boleh jelah kita jumpa selalu. Lagipun saya pun tak tahu lah dapat kerja ke tak." Balas Adira.

"Awak taknak ke kita buat lebih dari ni?" Rudi tersenyum sinis.

"Berapa kali dah saya nak cakap yang saya taknak. Saya hanya akan serahkan tubuh saya dekat awak masa lepas kita kahwin nanti." Adira tetap dengan pendiriannya.

"Kalau macam tu takpe lah, tapi boleh tak saya nak hisap breast awak?" Pinta Rudi.

"Taknak lah saya." Adira menolak permintaan itu.

"Alah sikit je, please." Rayu Rudi.

"Ehmm yelah-yelah, tapi sikit je tau." Adira akhirnya mengalah dengan rayuan itu.

Walau berat hati, namun Adira tetap menyelak bajunya sedikit ke atas. Begitu juga dengan coli yang berada di sebelah dalam. Rudi merayapkan tangannya ke dada Adira memandangkan beliau tidak dapat melihat akibat kegelapan malam.

Kini terasa sungguh lembut di tangannya apabila berjaya menjumpai apa yang diingininya. Sudah terlalu lama beliau mengidam, akhirnya berjaya juga mendapatkan apa yang beliau inginkan selama ini.

Tanpa membuang masa, beliau terus memasukkan puting yang berada di hujung gunung itu ke dalam mulutnya. Terasa sungguh bertuah rasanya dapat menikmati gunung segar milik gadis itu. Adira hanya mampu mengetap bibir menikmati hisapan itu.

"Assalamualaikum!" Tiba-tiba kedengaran suara garau menegur pasangan tersebut. Rudi cepat-cepat menarik mulutnya, manakala Adira terus membetulkan semula bajunya.

"Korang berdua buat apa ni?" Adira dan Rudi terus memandang ke arah suara tersebut.

Seorang lelaki dengan bersongkok kini sedang berdiri betul-betul di belakang pasangan itu. Terdapat ada tiga lagi lelaki di belakangnya termasuk salah seorangnya memakai vest berwarna kuning dan tertera perkataan polis.

"Kami tak buat apa-apa, kami duduk-duduk je dekat sini." Ujar Rudi dengan suaranya kedengaran agak terketar-ketar.

"Jangan nak tipu, kami nampak apa yang kamu berdua buat. Dah, ikut kami ke pejabat agama sekarang." Arah pegawai tersebut.

"Tolong lah kami encik, kami tak buat pape pun." Kini Adira pula merayu. Dia sudah mula ketakutan jika perkara ini sampai ke telinga ibunya.

Show 0 comments

Log in to join the conversation.

  • No comments yet. Be the first.

Chapters

  1. 01 Bab 1
  2. 02 Bab 2 : Mencari kerja
  3. 03 Bab 3 : Pembantu rumah
  4. 04 Bab 4 : Minta cerai
  5. 05 Bab 5 : Kecurangan
  6. 06 Bab 6 : Minuman itu
  7. 07 Bab 7 : Keputusan SPM
  8. 08 Bab 8 : Cubaan menodai
  9. 09 Bab 9 : Terima kasih
  10. 10 Bab 10 : Tugasan lain
  11. 11 Bab 11 : Merelakan
  12. 12 Bab 12 : Sesalan
  13. 13 Bab 13 : Cubaan melamar
  14. 14 Bab 14 : Love scammer
  15. 15 Bab 15 : Kecelakaan
  16. 16 Bab 16 : Kembali ke rumah
  17. 17 Bab 17 : Perlu mengubah sikap
  18. 18 Bab 18 : Luka di dahi
  19. 19 Bab 19 : Melepaskan nafsu
  20. 20 Bab 20 : Mungkin kali terakhir
  21. 21 Bab 21 : Pemergian
  22. 22 Bab 22 : Sesama jenis
  23. 23 Bab 23 : Membawa pulang
  24. 24 Bab 24 : Merawat
  25. 25 Bab 25 : Melampiaskan nafsu
  26. 26 Bab 26 : Alam pekerjaan
  27. 27 Bab 27 : Kembali semula
  28. 28 Bab 28 : Pulih akhirnya
  29. 29 Bab 29 : Indahnya bertiga
  30. 30 Bab 30 : Selamat tinggal
  31. 31 Bab 31 : Bintang di langit