Bab 3 : Pembantu rumah
Jari Manis · 5 min read
"Kenapa kau buat macam ni, kenapa kau malukan aku?!" Hajah Kalsom memukul-mukul kepala Adira sebaik mereka tiba di rumah.
"Mak tolonglah, sakit mak!" Adira menjerit supaya ibunya menghentikan pukulan ke atas dirinya.
"Tahu pulak sakit, yang kau malukan aku tak fikir ke sakitnya hati aku?!" Hajah Kalsom tidak dapat menahan amarahnya lagi.
"Dira tak buat apa-apa pun dengan Rudi. Sumpah Dira tak buat apa-apa." Adira cuba menerangkan.
"Kau tak payah lah nak menipu aku lagi. Sudah, mulai esok mak nak kau ke rumah kakak kau. Bos dia sekarang tengah cari pembantu rumah, jadi kau kerja je dekat sana." Ujar Hajah Kalsom.
"Hahh!! Mak nak Dira jadi pembantu rumah? Mak dah gila ke? Takkan lah perempuan secantik Dira ni kena kerja jadi pembantu rumah. Dira taknak!" Adira membantah arahan ibunya itu.
"Kau jangan nak membantah boleh tak?! Mak dah lama bersabar dengan perangai kau ni. Tak kira, mulai esok kau ikut kakak kau balik KL, kerja dengan bos dia." Arah Hajah Kalsom.
Adira tidak tahu bagaimana lagi dia mahu membantah arahan ibunya itu. Dia hanya mampu menghentak-hentak kakinya sahaja ke lantai. Namun dia tahu ibunya tidak lagi mempedulikan bantahannya.
====================
"Ting! Tong!" Kedengaran loceng rumah dibunyikan.
"Ingat, duduk dekat rumah orang ni kau kena behave." Ujar Aminah yang kini berada di hadapan sebuah rumah banglo tiga tingkat.
"Yelah." Acuh tak acuh jawapan Adira.
"Kau jangan pulak ke hulur ke hilir berbogel je macam dekat rumah mak." Tambah Aminah lagi.
"Eyy Dira tahu lah, ingat Dira dah gila sangat ke nak bogel dekat rumah orang." Balas Adira dengan suara yang agak kasar.
"Kau ni bukan boleh percaya sangat. Karang tiba-tiba berbogel dekat rumah orang, mahu kena sakit jantung boss aku tu." Ujar Aminah lagi.
Seketika kemudian, pintu pagar rumah banglo itu dibuka. Kedua-dua beradik itu kemudian melangkah kaki memasuki laman rumah tersebut. Kelihatan seorang lelaki sedang menunggu di pintu utama rumah.
"Minta maaf encik kalau lambat sikit, ni lah adik saya yang saya bagitahu haritu." Ujar Aminah sebaik menghampiri lelaki itu.
"It's okay. Jomlah masuk." Pelawa Darius.
"Ehh takpe lah, saya ada kerja lagi nak uruskan ni. Dira, kau pergi lah masuk. Ingat, kerja elok-elok." Aminah memberi peringatan sebelum berlalu pergi. Adira hanya memerhati kakaknya itu meninggalkan dirinya.
"Jomlah masuk, tunggu apa lagi." Darius memanggil Adira.
Adira berasa sungguh gugup melangkah kakinya ke dalam rumah yang asing itu. lebih 17 tahun dia hidup, namun tidak pernah dia tinggal di rumah orang lain selain daripada rumah orang tuanya.
Ini adalah kali pertama dia terpaksa tinggal di rumah orang lain. Terasa menyesal kerana tidak lari dari rumah tempoh hari. Jadi dia kini terpaksa mengikuti arahan ibunya untuk tinggal di rumah yang asing ini.
"Jomlah saya tunjukkan bilik." Darius mengarahkan Adira untuk mengekorinya.
Adira tidak membantah dan hanya mengekori lelaki itu. Di hujung rumah di tinggat bawah itu kelihatan sebuah bilik. Darius membuka pintu bilik itu lalu mempelawa Adira untuk memasuki bilik tersebut.
Walaupun bilik itu adalah bilik paling kecil di rumah tersebut, namun bagi Adira bilik itu sungguh luas jika dibandingkan dengan biliknya di kampung. Di sini lah bakal tempat istirehat baru bagi dirinya.
"Nama awak apa ya?" Soal Darius kerana beliau terlupa walhal sudah diberitahu oleh Aminah.
"Adira, panggil je Dira." Balas Adira yang masih tidak selesa dengan bakal majikannya itu.
"Ok Dira, awak tahu tak tugasan awak dalam rumah ni?" Soal Darius.
"Kemas rumah, masak, basuh baju." Balas Adira walaupun sebenarnya dia tidak tahu dan tidak pernah melakukan kerja rumah. Selama ini hanya ibunya sahaja yang lakukan hal tersebut di rumah.
"Ya itu tugasan sebagai maid, tapi sebab utama saya ambil awak bekerja sebab untuk jaga anak saya. Hah, panjang pun umur. Eya, sini kejap." Darius memanggil anaknya setelah melihat gadis itu memunculkan diri.
"Eya, ni kak Dira. Mulai hari ni kak Dira yang akan jaga Eya dekat rumah." Terang Darius kepada anaknya itu.
"Hai akak, nanti jadi kawan Eya tau." Ujar Afiyah.
"Yelah." Balas Adira lalu mencuit pipi anak kecil itu. Namun di dalam hatinya dia sebenarnya tidak suka akan kanak-kanak. Kakaknya langsung tidak memberitahu yang dirinya perlu menjadi pengasuh.
"Papa, cakap hari ni nak bawak Eya pergi taman." Afiyah cuba mengingatkan ayahnya.
"Ehmm yelah-yelah. Awak tengok-tengokkan rumah ye, saya nak bawa Eya keluar kejap." Arah Darius. Adira hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.
Lelaki itu kemudian terus sahaja membawa anaknya menuju ke luar rumah. Adira hanya memerhati kelibat dua beranak itu hilang dari pandangan. Dia kemudian terus masuk bilik dan merebahkan tubuhnya ke atas katil.
Terasa benci di dalam dirinya apabila terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak dia suka. Bayangkan selepas ini dia terpaksa menjadi pembantu rumah dan melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah itu.
Terasa terlalu rendah dirinya melakukan semua hal itu. Namun apakan daya kerana dia tiada pilihan lain setelah dipaksa oleh ibunya. Tidak dapat dibayangkan yang dia bakal menyediakan makanan kepada orang lain.
Sedangkan di rumah dia langsung tidak berminat untuk masak, bagaimana agaknya terpaksa menyediakan makanan sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Apakah rasa agaknya makanan dari air tangannya.
Memikirkan semua ini membuatkan otaknya berasa sungguh serabut. Ketika itu jugalah dia merasakan tubuhnya berlengas akibat tidak mandi daripada pagi lagi. Dia kemudian mengeluarkan tuala dari dalam begnya.
Satu persatu pakaian di tubuhnya ditanggalkan sehingga dia berada dalam keadaan bertelanjang bulat. Sesudah itu dia terus melilit tualanya ke tubuh lalu berjalan menuju ke luar bilik tidurnya.
Matanya melilau mencari keberadaan bilik mandi setelah tiba di dapur. Setelah berjaya melihat di manakah bilik mandi, dia tidak membuang masa lalu terus sahaja memasuki bilik mandi tersebut.
Perasaannya berasa sungguh lain apabila mahu menggunakan bilik mandi yang asing itu. Namun dia perlu membiasakan diri bermula hari ini. Dia menghabiskan masa yang agak lama untuk membersihkan diri.
Setelah siap membersihkan diri, dia terus mengelap tubuhnya menggunakan tuala, lalu terus keluar dari dalam bilik mandi tersebut tanpa menutupi tubuhnya. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya.
"Akak baru siap mandi ke?" Tiba-tiba kedengaran suatu suara menegurnya.
Adira berasa sungguh terkejut dengan suara tersebut. Dia memalingkan wajahnya dan kelihatan Afiyah sedang berdiri tidak jauh dari situ. Ketika itu jugalah Darius muncul di belakang anaknya.
"Kenapa awak tak pakai baju?!" Darius yang terkejut terus sahaja menutup mata Afiyah menggunakan tangannya.
"Minta maaf encik, saya ingat encik pergi taman lama." Adira cepat-cepat melilit tubuhnya dengan tuala.
"Cepat ke lama saya pergi bukan masalah sekarang ni, yang menjadi masalah sekarang ni kenapa awak berbogel dalam rumah saya?" Darius memaling wajahnya ke arah lain supaya tidak melihat tubuh wanita itu.
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.