Bab 8 : Cubaan menodai
Jari Manis · 5 min read
Adira membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Rudi. Tidak tahu bagaimana lagi dia mahu mengelak daripada bertemu lelaki itu. Tidak tahu kenapakah cintanya terhadap lelaki itu kini semakin pudar.
Semenjak peristiwa dia ditangkap khalwat dengan Rudi, ibunya telah melarang dia berjumpa dengan lelaki itu lagi. Itulah salah satunya kenapa ibunya menghantar dia bekerja jauh ke ibu kota Kuala Lumpur.
Selain daripada larangan ibunya, dia juga merasakan lelaki itu tidak pernah serious dengan hubungan mereka. Dia merasakan yang lelaki itu sebenarnya hanya mahu menikmati tubuhnya sahaja.
Mungkin disebabkan itulah dia mula merasakan tawar hati terhadap lelaki itu. Namun semenjak pulang ke kampung beberapa hari lepas, lelaki itu tidak henti-henti mengajaknya keluar bersama.
Dia menjadi semakin rimas dan tidak tahu alasan apakah lagi mahu diberi untuk mengelak berjumpa lelaki itu. Dia kemudian memaling ke sebelahnya dan terlihat Afiyah sudahpun lena dibuai mimpi.
Rasa sungguh gembira dengan hidup anak kecil itu kerana tidak perlu memikirkan apa-apa masalah. Kalaulah hidupnya semudah hidup Afiyah, sudah pasti dia tidak perlu kusut memikirkan semua ini.
Hampir seminggu Adira kini berada di kampung halamannya. Esok dia akan kembali semula ke ibu kota untuk menyambung kembali tugasnya sebagai pembantu rumah. Hari ini dia mahu menunjukkan kemahiran memasaknya kepada Hajah Kalsom.
Sudah pasti ibunya itu akan terkejut melihat dia sudah mahir memasak. Ditangannya kini terdapat pelbagai barangan yang baru dibeli di pasar pagi. Barang tersebut akan digunakan untuk memasak hidangan tengahari.
Setelah seketika berjalan, dia akhirnya dapat melihat bumbung rumahnya. Dia dengan gembira melajukan langkahannya. Secara tiba-tiba, langkahnya dihalang oleh seorang lelaki yang dikenalinya.
"Awak nak apa lagi, kan saya cakap saya sibuk hari ni." Adira menjadi semakin rimas dengan sikap Rudi.
"Apa yang awak sibuk sangat sampai takde masa nak keluar dengan saya?" Rudi inginkan penjelasan.
"Saya sibuk nak masakkan untuk anak majikan saya." Jelas Adira.
"Setakat memasak bukan lama pun. Tak kan lepas masak awak tak boleh nak keluar dengan saya?" Rudi semakin mendesak.
"Saya nak kena kemas barang lagi, esok saya dah nak balik KL. Dah lah awak, saya dah nak balik ni. Nanti-nanti lah kalau ada masa, kita jumpa lagi." Adira cuba beredar dari situ, namun tangannya dipegang oleh Rudi.
"Saya nak berterus terang dengan awak. Semenjak kita couple tahun lepas, saya dah teringin sangat nak main dengan awak. Boleh tak kalau kita main sekali je?" Pinta Rudi.
"Tu lah sebabnya saya taknak keluar dengan awak, sebab saya tahu awak cuma nakkan benda tu je. Kalau awak setakat nak buat seks dengan saya, better kita putus." Luah Adira.
Dia kemudian merentap tangannya dari genggaman Rudi. Dia kemudian cuba beredar dari situ, namun dikejar oleh lelaki itu. Lelaki itu kemudian memeluk pinggangnya, lalu menarik tubuh genitnya ke tepi jalan.
"Eh Rudi, awak nak buat apa kat saya?! Lepas lah!" Adira meronta-ronta.
"Aku tak kira, hari ni aku akan pastikan aku dapat rasa tubuh kau. Aku dah tak boleh tahan lagi." Ujar Rudi.
Beliau kemudian menarik tubuh Adira menuju ke dalam kebun pisang berhampiran dengan rumah Hajah Kalsom. Ketika itu jugalah terlihat sebuah kereta Toyota Vellfire berwarna putih melintas di jalan tersebut.
"Baik kau lepas, kalau tak aku jerit." Adira masih lagi meronta-ronta.
"Jerit lah bukan ada orang boleh dengar pun. Aku tak kira, hari ni aku nak juga rasa tubuh kau." Nekad Rudi.
Beliau terus sahaja menarik tubuh Adira yang bersaiz kecil itu ke dalam kebun pisang milik ibu kepada gadis itu. Beliau yakin tiada siapa di kebun ketika ini kerana hari sudahpun menjengah ke tengahari.
Sudah pasti ibu kepada gadis itu sudahpun pulang ke rumahnya. Beliau juga yakin tiada sesiapa yang akan lalu lalang di situ memandangkan rumah dan kebun gadis itu berada di hujung kampung.
Setelah yakin kawasan itu agak jauh dari jalan raya, Rudi terus sahaja membaringkan tubuh Adira di atas tanah. Direnung tubuh munggil itu dari hujung rambut ke hujung kaki dengan penuh syahwat.
"Tolonglah Rudi jangan buat aku macam ni." Mata Adira kini mula berkaca.
"Janganlah kedekut sangat. Ingat tak dulu kau dah pernah bagi aku hisap tetek kau. Jadi takde apa yang kau perlu kedekut dengan aku." Rudi mengelak baju Adira sehingga ke paras atas dada.
Walaupun pernah menghisap payudara gadis itu, namun kerana waktu malam jadi beliau tidak dapat melihat bentuk payudara itu dengan jelas. Jadi hari ini beliau mahu melihat sepuas-puasnya.
Tangannya merayap ke dada gadis itu lalu cuba membuka cangkuk di coli. Baru sahaja cangkuk itu hendak dibuka, tidak semena-mena Rudi merasakan satu hentakan kuat hinggap di kepalanya.
Akibat hentakan itu, beliau tergolek di atas tanah. Matanya terus mencari apakah gerangan yang menyakiti kepalanya. Beliau kemudian terlihat seorang lelaki berada di belakangnya dengan tangan memegang sebatang kayu.
"Woi, kau nak buat apa kat aku hah?!" Teriak Rudi sebaik melihat lelaki itu caba menghampirinya.
Namun lelaki itu tidak membalas, sebaliknya terus menghayun kayu di tangannya ke arah tubuh Rudi. Teriakan mula terpacul di mulut Rudi sebaik menerima pukulan demi pukulan daripada lelaki itu.
Tidak tahan akan serangan lelaki tu, Rudi mengambil keputusan untuk lari dari itu. Niatnya untuk menikmati tubuh Adira kini dilupakan. Apa yang penting sekarang adalah menyelamatkan diri daripada terus disakiti.
"Awak tak apa-apa?" Soal lelaki itu sebaik menghampiri Adira.
"Encik Darius!" Adira terus memeluk tubuh lelaki itu seraya menangis sepuas-puasnya.
Dia yang dari tadi sudah ketakutan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kini berasa sungguh bersyukur atas kehadiran majikannya itu. Tidak dapat digambarkan betapa lega hatinya ketika ini.
"Siapa lelaki tu? Apa yang dia cuba buat dekat awak?" Soal Darius yang hanya membiarkan gadis itu menangis di dadanya.
Namun persoalan Darius tidak dibalas oleh Adira, sebaliknya dia terus menangis di dada lelaki itu. Darius hanya membiarkan perilaku Adira kerana beliau mengerti sudah pasti gadis itu dalam keadaan trauma.
"Ehh encik Darius, awal sampai? Bukan encik cakap nak datang esok ke ambil budak-budak ni?" Soal Hajah Kalsom sebaik melihat majikan anaknya di muka pintu.
"Sepatutnya memang nak datang esok sebab ada kerja lagi dekat office, tapi saya dah rindu sangat dekat Eya. Tu yang saya datang je hari ni." Jawab Darius.
"Hah Dira, bukan kamu tadi cakap nak pergi beli barang basah ke? Mana barangnya?" Hajah Kalsom beralih ke arah anaknya yang kini muncul di belakang Darius. Namun persoalan itu tidak dibalas oleh Adira, sebaliknya gadis itu terus berlari menuju ke dalam bilik.
"Ehh mak tanya ni? Apa kena dengan budak ni?" Hajah Kalsom mengomel setelah persoalannya tidak diendahkan oleh anaknya itu.
"Takpe lah makcik, biar saya yang pergi beli barang basah. Eya mana? Saya nak bawa dia sekali lah pergi kedai." Ujar Darius.
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.