Skip to content
Bintang di Langit
Chapter15

Bab 15 : Kecelakaan

Jari Manis · 5 min read

Semakin Darius menghampiri kawasan kemalangan itu, semakin kencang jantungnya berdegup. Ketika tiba berhampiran kawasan nahas, seperti mahu gugur jantungnya apabila melihat nombor plat kereta tersebut.

Nombor plat itu jelas menunjukkan kereta itu adalah milik bekas isterinya. Beliau tidak menunggu lama lalu terus menuju ke kereta itu dan cuba membuka pintu kereta. Namun pintu itu tidak dapat dibuka kerana remuk terus.

Beliau dapat melihat dengan jelas wajah wanita yang pernah sebantal dengannya itu sedang dipenuhi dengan cecair berwarna merah. Terasa sungguh remuk hatinya melihat keadaan wanita itu sekarang.


Erika membuka perlahan-lahan kelopak matanya kerana terasa begitu berat. Matanya berkelip-kelip kerana cahaya lampu di siling begitu silau. Setelah matanya dibuka dengan luas, dia memandang sekeliling.

Kelihatan sungguh asing persekitaran di dalam bilik itu. Namun melihat akan peralatan di sekelilingnya, tahulah dia bahawa dia kini berada di dalam hospital. Dia tidak dapat mengingati apa yang sebenarnya terjadi.

Apa yang dia ingat cumalah berlaku pertengkaran antara dia dan Borhan. Selepas itu, dia tidak dapat mengingati apa-apa lagi. Sedang dia cuba mengingati semula, kedengaran pintu bilik wad dibuka.

"Darius? U buat apa dekat sini?" Soal Erika yang terkejut melihat wajah bekas suaminya di muka pintu.

"Buat apa U tanya, mestilah lawat U." Balas Darius setelah menghampiri katil Erika.

"Macam mana U tahu yang I masuk wad?" Soal Erika lagi.

"Sebab I yang bawa U ke hospital, mestilah I tahu." Balas Darius sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sebelah katil.

"Apa yang jadi dekat I? Dah berapa lama I ada dekat sini?" Bertalu-talu soalan diaju oleh Erika.

"U tak ingat ke macam mana U accident? U dah ada dekat wad ni dekat 3 minggu." Jelas Darius.

Erika berasa sungguh terkejut mendengar yang dia sudah berada di wad tersebut selama tiga minggu. Ini bermakna dia berada dalam keadaan koma yang sungguh panjang. Ini semua berpunca daripada Borhan.

"Masa I accident tu ada lelaki dengan I dalam kereta. U tahu tak kat mana lelaki tu?" Soal Erika.

"Masa ambulans sampai, lelaki tu dibawa sekali dengan U ke hospital. Tapi lepas tu dengar cerita dia dah discharge. Siapa lelaki tu?" Darius inginkan kepastian.

"Client I." Erika cuba berdalih. Dia tidak mahu menceritakan siapakah sebenarnya lelaki itu. Dia kemudian cuba bangkit daripada pembaringannya.

"U nak pergi mana pulak tu. U kan baru sedar, baring jelah." Arah Darius.

"Tiba-tiba I rasa nak kencing. I nak pergi toilet kejap." Jawab Erika. Ketika cuba bangun, dia tidak mampu menggerakkan langsung kedua-dua belah kakinya. Dia kemudian menyelak selimut yang menutupi kakinya.

"Kenapa dengan kaki I ni? Kenapa kaki I tak boleh nak gerak langsung ni?" Soal Erika dengan wajahnya menjadi pucat. Darius hanya terdiam kerana tidak tahu bagaimana mahu menerangkan perkara sebenar.

"Please tell me, what happen to me?" Rayu Erika yang kini semakin tidak keruan.

"Doktor bagitahu yang U lumpuh dari pinggang ke hujung kaki." Walaupun berat, namun Darius tetap perlu berterus terang.

"Arghhh!!!" Tiada kata-kata yang mampu diucapkan selain teriakan penuh kekecewaan oleh Erika.

Dia tidak tahu apa yang akan dia terpaksa tempuhi sepanjang kehidupan dia selepas ini. Dia merasakan dunianya kini sudahpun gelap gelita. Masa depannya kini musnah begitu sahaja dalam sekelip mata.

Terasa menyesal dia mengenali lelaki bernama Borhan. Jika dia tidak bertemu dengan lelaki itu dahulu, sudah pasti hidupnya tidak seperti sekarang. Namun sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Dia hanya mampu berteriak dan menangis sepuas-puasnya disebabkan sesalan yang membelenggu dirinya. Darius hanya mampu tertunduk di lantai tanpa mampu berkata apa-apa dan menenangkan wanita itu.


"Dira, abang ada benda penting nak bagitahu ni." Ujar Darius sebaik mereka selesai makan malam.

"Benda apa yang penting sangat tu?" Adira mula berasa hairan.

"Sebelum ni kan abang ada bagitahu yang Erika disahkan lumpuh." Darius memulakan bicara.

"Ya abang ada bagitahu hari tu. Jadi, kenapa?" Soal Adira.

"Erika tu anak yatim piatu. Dia takde siapa-siapa lagi dalam hidup dia sekarang ni. Jadi takde siapa yang akan jaga dia lepas ni." Jelas Darius.

"Jadi abang nak bawa dia balik sini dan jaga dia?" Adira cuba meneka.

"Itu pun kalau Dira tak keberatan." Balas Darius.

"Kenapa pulak nak minta izin dari saya? Saya kan cuma pembantu rumah je dekat sini, jadi saya takde hak pun nak buat keputusan semua tu." Balas Adira.

"Awak lebih dari seorang pembantu rumah di sini, jadi pendapat awak perlu abang dengar." Ujar Darius. Ketika itu jugalah kelibat Afiyah muncul di ruang tamu.

"Eya, sini kejap sayang." Darius memanggil anaknya itu.

"Ada apa papa?" Soal Afiyah sebaik menghampiri ayahnya.

"Eya rindu mama tak? Eya nak tak mama balik tinggal dengan kita?" Soal Darius.

"Eya tak rindu pun dekat mama." Balas Afiyah acuh tak acuh.

"Ehh kenapa pula tak rindu? Dia kan mama Eya." Darius agak terkejut mendengar jawapan anaknya itu.

"Sebab akak kan ada. Akak jaga Eya lagi best dari mama." Balas Afiyah.

"Janganlah bandingkan akak dengan mama. Walau macam mana sekalipun, mama Eya tetap darah daging Eya. Jadi Eya tetap kena tinggal dengan mama juga." Adira pula menyampuk.

"Ikut lah, tapi akak tetap jaga Eya kan?" Afiyah inginkan kepastian.

"Mesti lah. Akak tetap ada di samping Eya." Adira meyakinkan anak kecil itu.

"Kalau macam tu takpe lah. Ok lah Eya nak masuk bilik dulu, mengantuk." Afiyah kemudian beredar dari situ untuk menuju ke bilik tidurnya.

"Awak memang betul ke ni tak kesah kalau saya bawa balik Erika?" Darius mengulangi persoalannya kepada Adira.

"Kan saya dah cakap yang saya takde hak nak tentukan keputusan abang. Terpulang dekat abang lah nak bawak dia balik ke tidak." Ujar Adira.

"Kalau awak dah cakap macam tu takpe lah. Saya nak tanya lagi boleh, awak dah fikir jawapan untuk lamaran saya hari tu?" Darius inginkan jawapan.

"Kan saya dah cakap yang saya taknak fikir lagi pasal hal kahwin ni. Saya harap abang dapat bagi saya ruang." Pinta Adira.

"Baiklah abang paham, abang takkan paksa. Satu lagi abang nak tanya, awak tak rindu ke nak buat macam hari tu?" Soal Darius.

"Buat macam hari tu? Buat apa abang maksudkan ni?" Adira tidak mengerti.

Darius tidak menjawab, sebaliknya terus sahaja memeluk pinggang gadis itu seraya melemparkan senyuman. Kini tahulah Adira yang lelaki itu maksudkan adalah membuat hubungan seks seperti dahulu.

Dia juga sebenarnya merindui untuk melakukannya lagi, namun tidak berani untuk meminta. Sudah pasti dia tidak mahu melepaskan peluang ini. Dia kemudian membalas pelukan Darius dengan memaut leher lelaki itu.

Show 0 comments

Log in to join the conversation.

  • No comments yet. Be the first.

Chapters

  1. 01 Bab 1
  2. 02 Bab 2 : Mencari kerja
  3. 03 Bab 3 : Pembantu rumah
  4. 04 Bab 4 : Minta cerai
  5. 05 Bab 5 : Kecurangan
  6. 06 Bab 6 : Minuman itu
  7. 07 Bab 7 : Keputusan SPM
  8. 08 Bab 8 : Cubaan menodai
  9. 09 Bab 9 : Terima kasih
  10. 10 Bab 10 : Tugasan lain
  11. 11 Bab 11 : Merelakan
  12. 12 Bab 12 : Sesalan
  13. 13 Bab 13 : Cubaan melamar
  14. 14 Bab 14 : Love scammer
  15. 15 Bab 15 : Kecelakaan
  16. 16 Bab 16 : Kembali ke rumah
  17. 17 Bab 17 : Perlu mengubah sikap
  18. 18 Bab 18 : Luka di dahi
  19. 19 Bab 19 : Melepaskan nafsu
  20. 20 Bab 20 : Mungkin kali terakhir
  21. 21 Bab 21 : Pemergian
  22. 22 Bab 22 : Sesama jenis
  23. 23 Bab 23 : Membawa pulang
  24. 24 Bab 24 : Merawat
  25. 25 Bab 25 : Melampiaskan nafsu
  26. 26 Bab 26 : Alam pekerjaan
  27. 27 Bab 27 : Kembali semula
  28. 28 Bab 28 : Pulih akhirnya
  29. 29 Bab 29 : Indahnya bertiga
  30. 30 Bab 30 : Selamat tinggal
  31. 31 Bab 31 : Bintang di langit