Skip to content
Bintang di Langit
Chapter17

Bab 17 : Perlu mengubah sikap

Jari Manis · 5 min read

"Hello mak, ada apa telefon malam-malam ni?" Soal Adira sebaik panggilan bersambung.

"Mak lupa nak bagitahu yang siang tadi posmen ada hantar surat untuk kamu." Balas Hajah Kalsom.

"Apa isi surat tu?" Adira ingin tahu.

"Surat tawaran sambung belajar di kolej kejururawatan. Kamu berminat tak?" Soal Hajah Kalsom.

"Entahlah tak tahu nak cakap macam mana. Takpe lah mak, bagi Dira fikir dulu ya." Jawab Adira sebelum memutuskan panggilan.

Dia sebenarnya kurang berminat untuk mengikuti bidang kejururawatan. Dahulu dia memohon ke kolej itu hanya kerana mengikuti rakan-rakan sekelas yang lain. Dia tidak terasa untuk menyambung kerja di hospital.

Baginya lebih baik menamatkan pelajaran dan menyambung kerja di pejabat di mana waktu kerja adalah lebih tetap. Namun dia tidak tahu sama ada akan mendapat tawaran menyambung belajar di tempat lain ataupun tidak.


"Kenapa Eya layan I macam tu ye? Dia benci I ke?" Soal Erika ketika mereka menuju ke bilik.

"Bukan benci, tapi rasa agak janggal je. Yelah U kan dah tinggalkan rumah ni hampir 6 bulan, mestilah dia rasa janggal." Balas Darius yang sedang menolak kerusi roda tersebut.

"Yeke sebab janggal? I rasa kan orang gaji kita tulah yang hasut Eya supaya layan I macam tu." Erika cuba mengagak.

"Yang U ni kenapa tiba-tiba nak bersangka buruk dengan orang ni? I kenal Dira tu lah, dia bukan macam tu." Darius menyangkal dakwaan Erika.

"Yelah tu, entah-entah dia nak jadi boss besar dalam rumah ni. U tak nampak ke dia nak duduk semeja masa makan tadi?!" Ujar Erika.

"Apa yang peliknya dia makan sekali dengan kita, dia jugak yang masak semua hidangan tu." Balas Darius.

"Hey, ada ke dekat restoran yang chef tu makan sekali dengan costumer? Takde kan? Jadi mana boleh dia sebagai maid je dalam rumah ni nak lebih-lebih." Lantang suara Erika.

"Tapi Eya dah anggap dia tu macam ahli keluarga sendiri, jadi biar jelah." Ujar Darius.

"Yang tu lagi lah I tak boleh terima. I taknak dia cuba curi Eya dari I." Balas Erika.

"Ikut U lah." Darius kemudian mendukung tubuh Erika, lalu membaringkan tubuh wanita itu ke atas katil. Ketika beliau cuba beredar, tangannya tiba-tiba dipegang.

"U nak pergi mana?" Soal Erika lalu menarik tangan lelaki itu supaya tidak pergi.

"Nak pergi masuk bilik I lah, nak pergi mana lagi." Balas Darius.

"U tidur sini malam ni ye, please." Pinta Erika.

"Berapa kali I dah cakap yang kita ni dah bercerai, kita dah tak boleh tidur sekatil lagi." Jelas Darius.

"Kalau macam tu kita rujuk semula ya." Cadang Erika.

"Sorry, but I can't." Darius menolak.

"Tapi kenapa? Sebab I cacat? U tak boleh terima perempuan yang tak boleh berjalan macam I sebab U akan rasa I menyusahkan U?" Erika cuba mendapatkan kepastian.

"Bukan sebab U cacat, tapi sebab apa yang U dah buat dekat I sebelum ni. Susah I nak terima macam tu je." Ujar Darius sebelum beredar dari bilik itu.

Erika tidak mampu lagi menghalang lelaki itu pergi kerana dia sedar akan kesilapannya yang dahulu. Mana mungkin lelaki itu senang-senang menerima dia kembali setelah dia meninggalkan lelaki itu secara tiba-tiba.

Ini semua kerana dia mempercayai kata-kata lelaki bernama Borhan. Dia meninggalkan seorang lelaki yang baik seperti Darius untuk mengejar cinta dusta Borhan. Dia juga meninggalkan anak kecilnya yang memerlukan perhatian seorang ibu.

Kini dia kembali semula ke rumah itu dan lagak bersahaja seperti tiada apa yang berlaku. Mana mungkin dirinya mampu diterima secara baik oleh Darius mahupun Afiyah. Sepatutnya dia bersyukur mampu kembali ke rumah itu.

Dia perlu bersyukur Darius sanggup mengutipnya semula setelah apa yang pernah berlaku di antara mereka. Sepatutnya dia yang perlu mengubah sikap. Dia bertekat mahu cuba mengambil semula hati kedua-dua mereka semula.


Erika menunggu kehadiran Darius untuk mengusungnya keluar, namun kelibat lelaki itu tidak muncul-muncul. Jadi dia mengambil keputusan untuk menggerakkan sendiri kerusi itu menuju ke luar bilik.

"Darius mana?" Soal Erika sebaik tiba di dapur dan terlihat Adira sedang menyiapkan sarapan.

"Aba.. Encik dah keluar dari pagi tadi. Maybe dia pergi main golf dengan kawan-kawan dia kot. Kenapa puan tak panggil saya? Saya boleh tolong tolakkan kerusi." Balas Adira.

"Takpe I boleh buat sendiri, I bukannya budak-budak lagi nak kena minta orang tolong. Eya mana?" Erika menyoal lagi.

"Masih dalam bilik lagi. Nanti dah siap saya sediakan breakfast, saya panggil dia." Jawab Adira.

"U masak apa untuk breakfast?" Soal Erika lagi.

"Saya masak maggi goreng." Balas Adira.

"What, maggi goreng?! Ewww, so kampung. I nak U buang semua tu. I nak U buat baked sweet potato dengan peanut butter, lepas tu sliced apples." Arah Erika.

"Tapi saya tak rasa yang Eya nak makan benda-benda tu." Adira cuba mengagak.

"Hey, I ni mama dia. I tahu lah apa yang dia perlu untuk kebaikan tubuh dia. Jangan nak ajar I." Terang Erika.

Adira mengalah dengan arahan itu lalu mengalihkan masakan yang telah dia sediakan dan mula menyediakan makanan yang telah diarah. Walaupun mengikuti arahan, namun di dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu.

Terlalu banyak songeh oleh wanita yang sudahpun tiada perhubungan dengan majikannya. Sepatutnya dia tidak perlu pun mendengar arahan daripada wanita itu memandangkan bukan wanita itu yang membayar gajinya.

Namun atas dasar hormat kepada majikannya dan juga atas dasar simpati dengan keadaan wanita itu, dia turuti sahaja. Dia sendiri tidak tahu berapa lamakah dia mampu bertahan di dalam rumah tersebut.


Erika menanti dengan sabar kemunculan anak tunggalnya. Seketika menanti, akhirnya muncul juga anak kecil itu bersama-sama dengan pembantu rumahnya. Dia berasa sungguh gembira melihat wajah itu.

"Eya dah bangun. Lena tak tidur malam tadi?" Soal Erika sebaik anak kecil itu menghampiri meja makan. Persoalan itu hanya dibalas dengan anggukan oleh Afiyah.

"Hari ni mama hidangkan makanan special untuk Eya, makanlah ye nak." Ujar Erika dan cuba mengambil kredit atas masakan Adira.

"Eyy benda apa ni? Akak, mana maggi yang Eya minta? Kan malam tadi Eya dah pesan masakkan maggi goreng untuk Eya." Afiyah beralih pula kepada Adira.

"Janganlah makan benda-benda macam tu, tak baik untuk kesihatan. Kita makan yang ni ye sayang." Erika kemudian menghulur pinggan yang sudahpun dihidang dengan baked sweet potato.

"Taknak! Eya nak maggi goreng jugak!" Afiyah tetap dengan pendiriannya lalu menolak semula pinggan tersebut.

Erika tidak tahu bagaimana lagi mahu memujuk anak tunggalnya itu. Dia akhirnya mengalah dan mengarahkan Adira menyediakan semula maggi goreng. Hanya perasaan geram sahaja berada di jiwanya.

Show 0 comments

Log in to join the conversation.

  • No comments yet. Be the first.

Chapters

  1. 01 Bab 1
  2. 02 Bab 2 : Mencari kerja
  3. 03 Bab 3 : Pembantu rumah
  4. 04 Bab 4 : Minta cerai
  5. 05 Bab 5 : Kecurangan
  6. 06 Bab 6 : Minuman itu
  7. 07 Bab 7 : Keputusan SPM
  8. 08 Bab 8 : Cubaan menodai
  9. 09 Bab 9 : Terima kasih
  10. 10 Bab 10 : Tugasan lain
  11. 11 Bab 11 : Merelakan
  12. 12 Bab 12 : Sesalan
  13. 13 Bab 13 : Cubaan melamar
  14. 14 Bab 14 : Love scammer
  15. 15 Bab 15 : Kecelakaan
  16. 16 Bab 16 : Kembali ke rumah
  17. 17 Bab 17 : Perlu mengubah sikap
  18. 18 Bab 18 : Luka di dahi
  19. 19 Bab 19 : Melepaskan nafsu
  20. 20 Bab 20 : Mungkin kali terakhir
  21. 21 Bab 21 : Pemergian
  22. 22 Bab 22 : Sesama jenis
  23. 23 Bab 23 : Membawa pulang
  24. 24 Bab 24 : Merawat
  25. 25 Bab 25 : Melampiaskan nafsu
  26. 26 Bab 26 : Alam pekerjaan
  27. 27 Bab 27 : Kembali semula
  28. 28 Bab 28 : Pulih akhirnya
  29. 29 Bab 29 : Indahnya bertiga
  30. 30 Bab 30 : Selamat tinggal
  31. 31 Bab 31 : Bintang di langit