Skip to content
Bintang di Langit
Chapter21

Bab 21 : Pemergian

Jari Manis · 5 min read

"Tuan, terima kasih kerana telah menjadi majikan yang sungguh baik kepada saya selama enam bulan saya berada di sini. Saya tidak tahu bagaimana mahu membalas segala jasa yang tuan berikan kepada saya.

Saya ingin memohon maaf kepada tuan kerana tidak memberitahu terlebih dahulu yang saya ingin berhenti kerja. Saya telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran setelah menerima tawaran belajar.

Bukanlah saya tidak mahu memberitahu terlebih dahulu, namun saya takut saya tidak mampu mengucapkan perpisahan. Ini memandangkan saya sudahpun mula jatuh cinta terhadap tuan dan sungguh menyayangi Afiyah.

Saya berharap dengan ketiadaan saya nanti, tuan dapatlah memberi sepenuh perhatian kepada Afiyah. Saya juga berharap tuan dapat membuka hati untuk menerima semula kehadiran puan Erika dalam hidup tuan.

Dalam keadaan puan sebegitu, dia sangat mengharapkan seseorang untuk berada di sisinya setiap masa. Saya berharap tuan dapat memberi peluang kedua kepada dia dan membina semula mahligai indah.

Saya rasa sampai di sini sahaja coretan saya. Sekali lagi saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap yang saya lakukan di sepanjang saya berada di sini. Salam sayang dari pembantu rumah tuan, Adira."

Air mata Darius mula mengalir setelah membaca coretan yang ditulis oleh Adira. Beliau tidak dapat menerima pemergian gadis itu begitu sahaja. Ini kerana pada sebelah malam tadi, mereka baru sahaja melakukan hubungan seks.

Pemergian Adira yang secara tiba-tiba ini telah memberi tamparan yang kuat kepada dirinya. Beliau berlari ke luar rumah untuk melihat sama ada gadis itu masih lagi belum jauh. Namun sayang tiada sesiapa berdekatan rumahnya.

Beliau sendiri tidak tahu sudah berapa lamakah Adira telah meninggalkan rumah mereka. Adakah gadis itu pulang ke kampung halamannya, atau terus menuju ke tempat dia bakal melanjutkan pelajaran?


Dua minggu sudah berlalu semenjak pemergian Adira daripada rumah Darius. Sehingga ke hari ini beliau tidak mendapat sebarang perkhabaran daripada gadis itu. Malah kakaknya, Aminah juga tidak mahu membuka mulut.

"Sayang, makan lah sikit."Pujuk Erika.

"Taknak! Eya nak kak Dira!" Bentak Afiyah.

"Makanlah sikit. Kalau Eya taknak makan, macam mana nak baik?" Erika masih lagi memujuk.

Namun Afiyah masih lagi dengan sikap keras kepalanya. Erika sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu memujuk anak tunggalnya itu. Demam panas Afiyah sehingga kini masih lagi tidak surut-surut.

"U, demam Eya tak baik-baik lagi ni. Macam mana?" Soal Erika setelah meninggalkan bilik tidur anaknya itu.

"Nak buat macam mana lagi, doktor cakap dia demam teruk sebab rindukan seseorang. Selagi dia tak lepaskan rindu dia, selagi tu lah macam tu je keadaan dia." Jelas Darius.

"U taknak cari Adira ke? Pujuk dia kerja semula dengan kita." Cadang Erika.

"I pun tak tahu mana dia sekarang ni." Balas Darius.

"Bukan Eya ada bagitahu I ke yang dia pernah tidur dekat kampung Adira. U mesti tahu kan kampung Adira dekat mana? Taknak cari dekat kampung dia ke?" Soal Erika lagi.

"Bukan taknak cari, tapi dia dah cakap yang dia nak sambung belajar. Tak kan kita nak paksa dia kerja jadi orang gaji dekat rumah kita sampai bila-bila pulak." Jawab Darius.

"Dah tu macam mana dengan Eya? Tak kan U nak biarkan anak kita macam tu je? I tak sampai hati lah tengok keadaan Eya macam tu." Ujar Erika.

"Kita tengoklah keadaan dia beberapa minggu ni macam mana, lepas tu baru kita pikir jalan penyelesaian." Jelas Darius.

Erika hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu bagaimana lagi untuk memujuk Darius mencari Adira. Dia tahu bukanlah Afiyah sahaja yang menderita akibat pemergian Adira, Darius juga begitu.

Dia tahu lelaki itu sungguh mencintai Adira dan pemergian pembantu rumah mereka itu telah menyebabkan lelaki itu terluka sedalam-dalamnya. Dia tahu lelaki itu hanya lagak bersahaja, namun menangis di dalam hati.


Dua tahun sudah berlalu semenjak Adira melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej kejururawatan. Terlalu banyak yang suka dan duka terjadi sepanjang dua tahun ini, namun dia berjaya hadapi dengan tenang.

Walaupun dia tahu bekas majikannya dahulu kerap mencarinya termasuk menggunakan kakaknya, namun dia tetap berjaya menyorokkan diri. Kini dia sedang menjalankan latihan industri di sebuah hospital.

"Encik Jehad, doktor dah panggil untuk mulakan rawatan physiotherapy." Ujar Adira kepada seorang pesakit yang sedang berada di luar unit tempat dia ditugaskan.

Seorang rakan kepada pesakit itu kemudian menawarkan diri untuk menolak kerusi roda pesakit itu. Lelaki itu kemudian mengekori Adira untuk menuju ke unit physiotherapy sambil menolak kerusi roda.

Setelah menghantar pesakit ke dalam, Adira keluar semula dari dalam bilik tersebut bersama-sama rakan kepada pesakit tersebut. Kelihatan suasana sepi akibat kedua-dua mereka tidak tahu apa yang perlu diperkatakan.

"Rajin kan awak teman patients ni. Saya selalu nampak awak dengan dia." Akhirnya Adira memecah kesunyian.

"Awak perasan erk? Saya sebenarnya banyak terhutang budi dengan dia. Even saya temankan dia kat sini pun belum tentu saya mampu balas segala jasa dia." Jelas lelaki itu.

"Yeke sampai macam tu sekali? Best kan kalau ada kawan yang sentiasa tolong kita bila kita susah." Ujar Adira.

"Nak cari kawan macam tu memang susah, ikut nasib jugaklah." Balas lelaki itu.

"Emm lagi satu saya nak tanya boleh, kenapa setiap kali saya nampak awak, mesti akan ada luka dan lebam kat seluruh tubuh awak? Awak kerja apa sebenarnya ni sampai luka-luka teruk ni?" Adira cuba mendapatkan jawapan yang bermain di fikirannya.

"Ni semua sebab saya training. Saya kan MMA fighter." Jawab lelaki itu sambil mengusap-usap lengannya yang dipenuhi dengan lebam.

"MMA fighter? Benda apa tu?" Adira tidak mengerti.

"Sukan tempur. Kalau awak tak tahu maknanya awak kurang tengok tv lah ni. Awak kena banyakkan tengok tv lepas ni." Balas lelaki itu.

"Takde masa lah saya. Banyak kerja kat hospital ni saya nak kena buat." Jelas Adira.

"Emm by the way, nama saya Razak. Boleh saya tahu nama cik misi siapa?" Soal lelaki itu walaupun beliau sudah melihat tanda nama di dada Adira.

"Nama saya Adira." Adira memperkenalkan diri.

"Ok lah awak, saya nak kena pergi dulu ni. Tolong tengok-tengokkan Jehad ya." Pinta Razak.

"Janganlah risau sebab tu memang dah tugas saya tengok-tengokkan patients dekat sini." Balas Adira.

Dia kemudian hanya melihat sahaja kelibat Razak berlalu pergi dari situ. Tidak tahu kenapakah ada perasaan ganjil setiap kali melihat kelibat lelaki itu. Apa yang menarik pada lelaki itu pun dia sendiri tidak tahu.

*(PS :- Sesiapa yang tak ingat babak ni, boleh baca semula cerita Tempur & Cinta bab 15)

Tidak jauh dari tempat dia berdiri, ada mata yang sedang memerhatikan dirinya. Kelihatan pemilik mata itu berasa agak marah dan cemburu melihat Adira berbual-bual dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Show 0 comments

Log in to join the conversation.

  • No comments yet. Be the first.

Chapters

  1. 01 Bab 1
  2. 02 Bab 2 : Mencari kerja
  3. 03 Bab 3 : Pembantu rumah
  4. 04 Bab 4 : Minta cerai
  5. 05 Bab 5 : Kecurangan
  6. 06 Bab 6 : Minuman itu
  7. 07 Bab 7 : Keputusan SPM
  8. 08 Bab 8 : Cubaan menodai
  9. 09 Bab 9 : Terima kasih
  10. 10 Bab 10 : Tugasan lain
  11. 11 Bab 11 : Merelakan
  12. 12 Bab 12 : Sesalan
  13. 13 Bab 13 : Cubaan melamar
  14. 14 Bab 14 : Love scammer
  15. 15 Bab 15 : Kecelakaan
  16. 16 Bab 16 : Kembali ke rumah
  17. 17 Bab 17 : Perlu mengubah sikap
  18. 18 Bab 18 : Luka di dahi
  19. 19 Bab 19 : Melepaskan nafsu
  20. 20 Bab 20 : Mungkin kali terakhir
  21. 21 Bab 21 : Pemergian
  22. 22 Bab 22 : Sesama jenis
  23. 23 Bab 23 : Membawa pulang
  24. 24 Bab 24 : Merawat
  25. 25 Bab 25 : Melampiaskan nafsu
  26. 26 Bab 26 : Alam pekerjaan
  27. 27 Bab 27 : Kembali semula
  28. 28 Bab 28 : Pulih akhirnya
  29. 29 Bab 29 : Indahnya bertiga
  30. 30 Bab 30 : Selamat tinggal
  31. 31 Bab 31 : Bintang di langit