Skip to content
Bintang di Langit
Chapter14

Bab 14 : Love scammer

Jari Manis · 5 min read

"Dia akan umpan wanita-wanita yang dahagakan perhatian sehingga lemas dalam dakapan dia. Lepas tu dia akan guna ayat-ayat manis supaya mangsa-mangsa dia rela serahkan duit dekat dia." Kata-kata Jasnita terngiang-ngiang di telinga Erika ketika ini.

Pada mulanya dia tidak mahu mempercayai kata-kata wanita yang dia sendiri tidak kenali itu. Namun jika difikir balik sepanjang perkenalannya dengan Borhan, telah banyak duit yang dia telah pinjamkan kepada lelaki itu.

Borhan sentiasa memberi alasan duit itu digunakan untuk membuat pelaburan. Beliau berjanji setelah pelaburan itu membuahkan hasil, beliau akan membayar semula semua hutang-hutangnya.

Sepanjang tempoh perkenalan mereka, Erika rasa dia sudahpun memberi pinjam sebanyak RM120000. Setelah mendengar cerita daripada Jasnita tempoh hari, hatinya menjadi tidak tenteram memikirkan hubungannya dengan Borhan.

Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Jasnita bahawa Borhan adalah love scammer. Dia menjadi rungsing memikirkan hal ini kerana telah banyak duit dan barangan telah dia serahkan kepada lelaki itu.

Malah dia juga telah bercerai dengan Darius yang telah dia kenali lebih sepuluh tahun semenjak daripada zaman kolej lagi. Ini semua demi mengejar cinta yang dijanjikan oleh lelaki bernama Borhan.

Ini membuatkan dia menjadi semakin gusar adakah keputusan yang dilakukan olehnya tepat ataupun sebaliknya. Sedang dia mengelamun panjang di hentian bas, kelihatan sebuah kereta BMW 7-series tiba di hadapannya.

"Sorry, lama ke tunggu?" Soal Borhan sebaik Erika memasuki perut kereta.

"U bawa kereta I pergi mana seminggu ni?" Soal Erika setelah menutup pintu kereta.

"I pergi uruskan business I lah, buat apa lagi." Balas Borhan sebelum memulakan pemanduan.

"Uruskan business ke pergi angkut betina lain guna kereta ni, lepas tu mengaku dekat diorang yang U ni kaya raya." Sindir Erika.

"Apa yang U merepek ni? I memang pergi jumpa client I lah untuk urusan business. Sejak bila U berkira sangat dengan I ni?" Borhan menjadi geram disindir oleh wanita itu.

"Lelaki kalau bercakap bukan boleh percaya sangat pun." Balas Erika.

"Suka hati U lah kalau nak percaya ke tak." Borhan malas untuk bertekak.

"U cakap lepas I bercerai dengan husband I, U terus nak kahwin dengan I. Tapi dah berapa bulan I tunggu, bila kita nak kahwin ni?" Soal Erika.

"Kan I dah cakap tunggu sampai business I stabil dulu, nanti kita kahwin lah." Balas Borhan.

"Business apa yang U buat sebenarnya ni? Tiap-tiap bulan I bagi U 20k, takkan tak cukup-cukup lagi untuk stabilkan business U tu?" Erika inginkan kepastian.

"U ni kenapa tiba-tiba nak mengungkit ni? Buat masa sekarang ni U tak perlu tahu lah business apa yang I buat. Haa lagi satu, bulan ni U tak bagi lagi duit dekat I. Bila U nak bagi?" Borhan pula menyoal.

"I tak akan bagi duit dekat U selagi U tak hantar rombongan meminang. I dah penat menunggu." Balas Erika.

"Kalau U taknak bagi takpe, tapi video-video seks kita ni I akan sebarkan." Ugut Borhan sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket.

Erika sungguh terkejut mendengar ugutan daripada Borhan. Maka percayalah dia bahawa lelaki itu sebenarnya tidak mencintainya, tetapi hanya mempergunakannya. Dia sendiri tidak ingat mengenai kewujudan video lucah mereka.

Mungkin lelaki itu mencuri-curi ambil ketika mereka melakukan hubungan seks. Ini membuatkan dia menjadi takut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika ini. Dia kemudian cuba merampas telefon bimbit tersebut.

"U ingat I nak bagi ke?" Borhan menyentap telefon bimbitnya daripada dirampas oleh Erika.

"Baik U delete video-video tu, kalau tak..." Erika pula cuba mengugut.

"kalau tak, U nak buta apa?" Borhan cuba menguji. Secara tiba-tiba Erika memegang stereng kereta, lalu cuba menggerakkan kereta itu ke kiri dan ke kanan.

"Ehh U nak buat apa ni? U dah gila ke?" Borhan menepis tangan wanita itu.

"I lebih rela mati daripada biarkan U sebarkan video I." Erika kini nekad.

Dia kembali memegang stereng kereta, lalu menggerakkan stereng itu ke kiri dan ke kanan. Kali ini kereta menjadi terhuyung hayang kerana Borhan gagal mengawal. Beliau tidak menyangka wanita itu nekad melakukan perkara gila.


Kelihatan sebuah kereta toyota vellfire berwarna putih sedang diparkir di hadapan sebuah pasar basah. Seketika kemudian seorang gadis muda keluar daripada perut kereta bersama dengan seorang kanak-kanak.

"Akak, kita nak cari apa dalam ni?" Soal Afiyah.

"Kita cari barang basah sekejap untuk akak masak malam nanti." Balas Adira.

"Dah tu bila kita nak pergi tengok wayang ni? Cakap nak temankan Eya tengok cerita Barbie." Soal Afiyah.

"Sekejap lah. Lepas kita beli barang basah ni, papa hantar kita ke Midvalley." Jelas Adira.

"Yelah." Afiyah akur lalu memegang tangan Adira.

"Encik taknak teman kitorang cari barang kat dalam ke?" Soal Adira kepada Darius.

"Ehem..Ehem.." Darius berdehem.

"Eh silap, abang taknak teman kitorang ke?" Adira yang masih lagi janggal itu tetap mengubah panggilannya.

"Korang pergi lah masuk dulu, abang nak hisap rokok dulu. Nanti dah siap, abang masuk." Balas Darius.

"Kalau macam tu kitorang masuk dulu ye." Adira kemudian menarik tangan Afiyah dan menuju ke dalam pasar.

Darius menuju ke bawah pokok berhampiran, lalu mengeluarkan sekotak rokok. Beliau menyalakan sebatang rokok, lalu mula merokok tanpa mempedulikan orang ramai di kawasan sekeliling.

Beliau berasa gembira kerana hubungannya dengan Adira kini semakin rapat dan melebihi hubungan di antara majikan dan perkerja. Malah pada sebelah malam tadi, mereka berdua sempat melakukan hubungan seks.

Ini menunjukkan hubungan mereka mampu dibawa ke peringkat yang lebih jauh. Namun beliau tidak tahu bilakah gadis itu akan memberi jawapan atas lamarannya tempoh hari. Beliau semakin tidak sabar menanti jawapan.

Sedang beliau mengelamun mengenai hubungannya bersama Adira, tiba-tiba matanya terpandang sebuah kereta BMW berwarna biru melintas di hadapannya. Kereta itu kelihatan sama seperti kereta Erika.

Tiba-tiba fikirannya teringankan akan bekas isterinya itu. Tidak tahu bagaimanakah kehidupan wanita itu semenjak mereka bercerai. Sejak dari hari itu tiada khabar langsung mengenai wanita itu.

Malah Erika juga tidak pernah sekalipun menjenguk Afiyah di rumah. Bagaimanakah seorang ibu sanggup tidak melihat anaknya selama berbulan-bulan. Darius menjadi pelik di manakah hati dan perasaan wanita itu pergi.

"Mabuk ke pemandu kereta tu? Takkan lah siang-siang dah mabuk?" Darius berbicara sendirian setelah melihat kelibat kereta BMW sebentar tadi dipandu secara terhuyung-hayang.

Darius tidak mahu mengambil tahu kerana mereka tiada kaitan dengannya. Beliau kemudian memadamkan api rokok, lalu berjalan menuju ke dalam pasar. Beliau mahu menemani Adira mencari barang dapur.

"Bammm!!!" Tiba-tiba kedengaran bunyi yang sungguh kuat.

Darius menoleh ke belakang, lalu kelihatan kereta BMW sebentar tadi telah bertembung dengan sebuah lori. Tidak tahu kenapakah hatinya menjadi sungguh tidak sedap, lalu beliau terus berlari ke arah kereta tersebut.

Semakin beliau menghampiri kawasan kemalangan itu, semakin kencang jantungnya berdegup. Ketika tiba berhampiran kawasan nahas, seperti mahu gugur jantungnya apabila melihat nombor plat kereta tersebut.

Show 0 comments

Log in to join the conversation.

  • No comments yet. Be the first.

Chapters

  1. 01 Bab 1
  2. 02 Bab 2 : Mencari kerja
  3. 03 Bab 3 : Pembantu rumah
  4. 04 Bab 4 : Minta cerai
  5. 05 Bab 5 : Kecurangan
  6. 06 Bab 6 : Minuman itu
  7. 07 Bab 7 : Keputusan SPM
  8. 08 Bab 8 : Cubaan menodai
  9. 09 Bab 9 : Terima kasih
  10. 10 Bab 10 : Tugasan lain
  11. 11 Bab 11 : Merelakan
  12. 12 Bab 12 : Sesalan
  13. 13 Bab 13 : Cubaan melamar
  14. 14 Bab 14 : Love scammer
  15. 15 Bab 15 : Kecelakaan
  16. 16 Bab 16 : Kembali ke rumah
  17. 17 Bab 17 : Perlu mengubah sikap
  18. 18 Bab 18 : Luka di dahi
  19. 19 Bab 19 : Melepaskan nafsu
  20. 20 Bab 20 : Mungkin kali terakhir
  21. 21 Bab 21 : Pemergian
  22. 22 Bab 22 : Sesama jenis
  23. 23 Bab 23 : Membawa pulang
  24. 24 Bab 24 : Merawat
  25. 25 Bab 25 : Melampiaskan nafsu
  26. 26 Bab 26 : Alam pekerjaan
  27. 27 Bab 27 : Kembali semula
  28. 28 Bab 28 : Pulih akhirnya
  29. 29 Bab 29 : Indahnya bertiga
  30. 30 Bab 30 : Selamat tinggal
  31. 31 Bab 31 : Bintang di langit