Bab 9 : Terima kasih
Jari Manis · 5 min read
"Takpe lah makcik, biar saya yang pergi beli barang basah. Eya mana? Saya nak bawa dia sekali lah pergi kedai." Ujar Darius.
"Ehh tak payah lah susah-susah pergi belikan. Biar makcik suruh je si Dira tu pergi. Entah kemana pulak dia pergi tadi, boleh pulak balik rumah berlenggang je." Hajah Kalsom mengomel lagi.
"Takpe lah biar saya pergi beli. Bagi je Dira rehat, dia penat sangat kot tu." Ujar Darius tanpa memberitahu perihal yang sebenar.
"Kalau macam tu yelah, makcik pergi panggil Eya jap ye." Hajah Kalsom kemudian berlalu pergi bagi mendapatkan anak kepada lelaki itu.
Darius hanya memerhati wanita separuh abad itu berlalu pergi. Bukannya beliau tidak mahu memberitahu apa yang telah terjadi kepada Adira, namun beliau rasa ada baiknya Adira sendiri yang menceritakan perkara sebenar.
Beliau sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Siapakah lelaki yang cuba menyerang Adira sebentar tadi? Kenapakah lelaki itu menyerang Adira dan adakah Adira mengenali lelaki tersebut?
"Encik Darius nak terus balik KL bawa Dira ke lepas ni?" Soal Hajah Kalsom sebaik mereka selesai menjamu selera.
"Saya ikut Dira, kalau dia nak ikut balik hari ni, saya gerak lah hari ni." Jelas Darius.
"Hah Dira, kamu nak balik hari ni ke?" Hajah Kalsom beralih pula soalan kepada anaknya.
"Dira rasa Dira nak balik esok lah. Hari ni badan rasa tak sedap sangat." Jelas Adira. Dia sebenarnya masih lagi trauma dengan apa yang telah terjadi kepada dirinya sebentar tadi.
"Kalau macam tu kita gerak esok jelah. Kejap lagi saya pergi pekan cari hotel. Eya nak stay sini ke nak ikut papa tidur hotel?" Darius menyoal anaknya itu.
"Eya tak kisah. Tidur dengan papa boleh, tidur dengan akak pun boleh." Ujar Afiyah.
"Buat apa susah-susah nak cari hotel. Rumah makcik ni banyak bilik kosong, tidur jelah sini." Hajah Kalsom mencelah.
"Ehh takpe lah makcik, saya taknak menyusahkan makcik." Darius menolak pelawaan tersebut.
"Yeke taknak menyusahkan makcik, atau sebab rumah makcik buruk. Tu yang encik Darius taknak tidur sini." Hajah Kalsom cuba meneka.
"Ehh bukan macam tu. Emm baiklah saya tidur sini malam ni." Darius yang serba salah akhirnya akur dengan permintaan wanita itu.
"Hah kan bagus macam tu. Dira, nanti siapkan bilik untuk encik Darius tau." Arah Hajah Kalsom. Adira hanya menganggukkan kepala tanda faham.
Suasana malam ini terasa sungguh sunyi, mungkin disebabkan beliau kini berada di kampung. Jika kebiasaannya walau sudahpun larut malam, suasana sungguh bising akibat kenderaan sentiasa bergerak di atas jalan raya.
Apatah lagi rumahnya sungguh berhampiran dengan lebuh raya. Disebabkan itulah suasana di rumahnya tidak pernah sunyi. Di rumah ini, terasa begitu aman dan tenteram di kala malam menjengah.
"Encik tak tidur lagi?" Tiba-tiba kedengaran suara menegur Darius. Beliau kemudian menoleh ke arah belakang, dan alangkah terkejutnya melihat Adira hanya berkemban tuala singkat sehingga terdedah peha gebunya.
"Belum lagi. Eya dah tidur?" Soal Darius sambil melarikan pandangannya ke tempat lain. Beliau tidak mahu gadis itu sedar beliau merenung tubuhnya. Tiba-tiba kenangan melihat tubuh bogel gadis itu melintas di fikirannya.
"Dah, baru je saya tidurkan. Saya nak ke tandas, tapi nampak encik kat beranda ni. Kenapa, encik panas ke tidur dekat rumah saya sebab takde aircond?" Adira cuba meneka.
"Ehh tak lah, tak panas pun. Saja je duduk luar ni nak menghirup udara segar. Yelah kat KL jarang nak merasa udara segar macam ni." Jelas Darius.
"Emm encik, saya sebenarnya nak ucap terima kasih dekat encik sebab dah selamatkan saya siang tadi." Ucap Adira.
"Tak payah nak ucap terima kasih, dah kebetulan saya lalu dekat situ. Saya nak tanya lah, siapa lelaki tu? Apa yang dia nak buat kat awak?" Soal Darius.
"Dia tu ex-boyfriend saya. Saya pun tak tahu apa yang dia nak buat dekat saya, tapi saya rasa dia nak buat benda tak elok. Nasib baik encik selamatkan saya." Jelas Adira.
"Awak ok tak sekarang ni? Ke trauma lagi?" Soal Darius lagi.
"Saya masih lagi rasa takut tapi sebab encik ada dekat sini, saya rasa lebih selamat." Ujar Adira.
"Jangan risau saya akan tolong apa yang saya mampu. Ok lah saya rasa nak masuk bilik dulu, ada kerja saya nak siapkan." Ujar Darius lalu cuba beredar dari situ.
"Emm Dira, boleh tak saya minta awak buatkan kopi untuk saya?" Darius menambah lagi.
"Baiklah encik, tapi saya nak ke tandas dulu." Ujar Adira sebelum berjalan pergi menuju ke ruang dapur.
Darius hanya memerhati kelibat gadis itu hilang dari pandangan. Matanya sempat meleret ke setiap pelusuk tubuh gadis itu. Baru hari ini beliau perasan yang pembantu rumahnya itu mempunyai tubuh yang sungguh cantik.
Mungkin kerana sayangnya kepada Erika tidak berbelah-bahagi, jadi beliau tidak pernah memandang perempuan lain. Apatah lagi mengidamkan tubuh wanita lain berada di dalam dakapannya.
Beliau kemudian terus menuju ke dalam bilik tidur yang disediakan oleh pemilik rumah. Setibanya di bilik, beliau tidak membuang masa lalu membuka komputer ribanya. Terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan.
Ini kerana semenjak beliau bercerai dengan Erika, beliau tidak mampu fokus pada kerja. Akibatnya kerja di pejabat menjadi semakin bertimbun-timpun. Sedang beliau sibuk menyiapkan kerja, pintu bilik dibuka.
"Ni dia air kopi encik." Adira menghulur segelas air kepada Darius. Dia masih lagi hanya berkemban tuala.
"Terima kasih." Darius menyambut huluran tersebut.
"Kalau takde apa-apa, saya masuk bilik dulu ye?" Adira meminta diri. Ketika cuba beredar, secara tiba-tiba lilitan tualanya terlepas lalu tuala itu terlucut ke bawah.
"Minta maaf encik, buat hal pula tuala ni." Adira mengutip semula tualanya, lalu cuba beredar dari situ.
Namun secara tiba-tiba dia merasakan tangannya dipegang. Adira memaling wajahnya lalu terlihat Darius sudahpun berdiri di belakangnya. Lelaki itu kemudian menarik tangannya supaya tubuh mereka menjadi rapat.
"Ad..Ada apa encik." Soal Adira yang merasa terkejut dengan apa yang dilakukan oleh lelaki itu.
Namun persoalan itu tidak dibalas oleh Darius, sebaliknya beliau memegang kedua-dua belah pipi Adira. Beliau merapatkan wajahnya ke wajah gadis itu, lalu mencari bibir gadis itu. Adira terus sahaja memejam matanya.
Dia tahu apa yang ingin dilakukan oleh lelaki itu, namun dia tidak tahu kenapa dia tidak membantah. Sebaliknya dia merasa teruja dan merelakan apa sahaja yang terjadi. Ketika itu jugalah terasa suam di bibirnya.
Perlahan-lahan dibuka matanya dan terlihat Darius sedang asyik mencium bibirnya. Adira hanya membiarkan sambil tangannya melingkar di pinggang lelaki itu. Dia kemudian memeluk erat tubuh majikannya itu.
Setelah seketika bercium, Darius kemudian merangkul tubuh Adira lalu didukung tubuh kecil itu. Dibawa Adira ke katil, lalu direbahkan tubuh bogel itu ke atas tilam. Beliau kemudian memanjat tubuh gadis itu.
Adira hanya membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh Darius. Dia dapat mengagak apa yang akan terjadi kepada dirinya pada malam ini. Namun apa yang pelik, dia tidak marah dengan perlakuan itu.
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.