Bab 27 : Kembali semula
Jari Manis · 5 min read
Ketika berada di hadapan bangunan unit fisioterapi, mata Adira terpandang sepasang lelaki dan perempuan sedang menunggu di situ. Jantungnya berdegup dengan kencang dan dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
"Encik Darius dan puan Erika buat apa dekat sini?" Adira akhirnya memberanikan diri menegur pasangan tersebut.
"Adira? Ya Allah lamanya kita tak jumpa. U sihat?" Tegur Erika yang sedang duduk di atas kerusi roda.
"Kami datang untuk buat physiotherapy kaki Erika. Dira dah berapa lama kerja dekat hospital ni?" Darius pula mencelah.
"Dah nak enam bulan dah. Puan punya kaki macam mana, dah ok ke jika dibandingkan dengan dulu?" Soal Adira lalu duduk di hadapan Erika dan memegang peha wanita itu.
"Nak ok macam mana kalau sesi physiotherapy jarang sangat datang. Kalau saya tak paksa, memang jangan harap lah dia nak buat." Darius yang menjawab.
"I dah ok sikit dah. Sekarang I dah boleh nak berdiri tapi sekejap jelah." Ujar Erika.
"Insyaallah puan boleh sembuh kalau puan rajin ikut sesi physiotherapy ni." Adira cuba meyakinkan.
"Tu lah sebabnya kami cuba dapatkan private nurse untuk pantau Erika ni sepanjang masa. Jadi baru lah boleh nampak hasil." Ujar Darius.
"Jadi encik Darius ke yang hubungi hospital kami untuk dapatkan private nurse tu?" Soal Adira pula.
"Pihak hospital offer dekat awak ke? Jadi awak terima ke?" Wajah Darius berseri-seri.
"Saya tak pasti lagi nak terima ataupun tidak sebab saya lebih selesa bekerja di hospital." Balas Adira.
"Dira, please. Semenjak U tinggalkan kami, rumah tu jadi sunyi sangat." Rayu Erika. Dia sangat inginkan gadis itu kembali ke pangkuan keluarganya.
"Kita bincang pasal ni lain kali ya. Sekarang jom kita masuk dalam, sesi puan kejap lagi nak mula." Adira kemudian membantu menolak kerusi roda Erika menuju ke dalam bangunan unit fisioterapi.
Sudah terlalu lama rasanya kakinya tidak melangkah ke dalam rumah tersebut. Terlalu banyak perubahan yang telah dilakukan ke atas rumah itu. Dahulu rumah itu hanyalah dua tingkat, kini sudah berubah ke tiga tingkat.
"Dira, dah sampai?" Tiba-tiba muncul Erika yang sedang ditolak oleh seorang wanita separuh abad.
"Puan apa khabar?" Adira kemudian bersalaman dengan Erika.
"Ni mak Munah, pembantu rumah di sini." Erika memperkenalkan wanita yang menolaknya itu kepada Adira. Kedua-dua mereka kemudian bersalaman.
"Mak Munah, boleh panggilkan Eya tak?" Pinta Erika.
Mak Munah menuruti arahan itu lalu menuju ke tingkat atas untuk memanggil anak kepada majikannya itu. Manakala kelihatan Darius baru sahaja memasuki ke dalam rumah dengan membawa beg pakaian Adira.
"Kenapa encik susah-susah bawa beg saya? Saya boleh lah bawa beg saya sendiri." Adira cuba menghalang majikannya itu.
"Takpe, awak bukan lagi pembantu rumah dekat sini. Awak dah jadi private nurse dekat sini, jadi kami kena layan awak baik-baik." Balas Darius.
"Alah, saya tetap Dira yang sama macam dulu." Jawab Adira. Ketika mereka rancak berbual-bual, tiba-tiba muncul seorang anak kecil dari arah tangga.
"Akak Dira!!" Afiyah terus berlari menuju ke arah Adira, lalu terus memeluk gadis itu.
"Eya ingat akak lagi? Dah besar lah Eya sekarang ni." Adira membalas pelukan itu.
Mestilah Eya ingat akak lagi. Akak pergi mana selama ni? Kenapa akak tiba-tiba tinggalkan Eya? Akak tak sayang Eya ke?" Bertalu-talu soalan dilemparkan kepada Adira. Kelihatan mata anak kecil itu mulai berair.
"Akak minta maaf banyak-banyak sebab tinggalkan Eya tanpa cakap apa-apa dulu. Akak janji lepas ni akak tak tinggalkan Eya lagi." Pujuk Adira.
"Dah lah Eya, pergi tunjukkan bilik tidur yang baru untuk kak Dira. Bilik yang lama tu mak Munah dah duduk. Mak Munah, tolong bawakkan beg ni ke bilik Dira." Arah Darius.
"Jom masuk bilik akak, Eya nak main dengan akak puas-puas." Afiyah kemudian menarik tangan Adira.
"Yelah-yelah. Akak pun rindu sangat nak gomol-gomol Eya. Encik, puan, saya masuk bilik sekejap ye." Pinta Adira sebelum berlalu pergi bersama-sama Afiyah dan diikuti Mak Munah.
"U mesti rindu kan dengan pussy ketat Dira?" Soal Erika sebaik kelibat gadis itu hilang dari pandangan.
"Apa yang U merepek ni?" Darius sungguh terkejut mendengar kata-kata Erika.
Namun kata-kata Darius tidak dibalas oleh Erika, sebaliknya wanita itu hanya tersenyum. Dia tahu benar hubungan terlarang lelaki itu bersama Adira. Dia sendiri pernah menyaksikan malam yang basah di antara mereka.
Mata Adira tidak berkelip memandang kaca televisyen yang sedang menyajikan satu perlawanan MMA. Dia sungguh teruja menyaksikan perlawanan itu kerana dia sangat mengenali lelaki yang sedang bertarung.
Sungguh lama rasanya dia tidak melihat lelaki itu, apa khabar kah lelaki itu ketika ini? Adakah lelaki itu masih mengingati akan dirinya? Persoalan itu berlegar-legar di benak fikirannya sambil menonton aksi lelaki itu.
"Sejak bila U minat tengok sukan macam ni?" Tiba-tiba kedengaran suara menegurnya dari arah belakang.
"Eh puan, kenapa guna tongkat ni?" Adira terkejut melihat Erika yang berada di belakangnya berjalan menggunakan tongkat berkaki empat(walking frame). Dia kemudian menghampiri wanita itu dan cuba membantu.
"It's okay. Semenjak I ikut sesi physiotherapy tu, I dah start boleh jalan dah. Tapi kena guna walking frame lah. Insyaallah, tak lama lagi maybe I boleh jalan seperti sedia kala." Balas Erika sebelum melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Jangan risau sebab sepanjang saya ada dekat sini, saya akan pastikan puan ikut setiap jadual sesi rawatan puan." Tegas Adira.
"Baiklah cik misi, saya akan ikut setiap arahan cik misi. Sejak bila U start minat tengok sukan-sukan macam ni?" Erika mengulangi semula soalannya.
"Saya tak minat pun tapi disebabkan lelaki tu saya kenal, tu lah sebabnya saya tengok." Balas Adira.
"U kenal lelaki dalam tv tu? Kawan biasa-biasa ke lebih dari tu?" Erika cuba mengusik gadis itu.
"Takde makna nyelah orang popular macam dia tu ada apa-apa hubungan istimewa dengan perempuan biasa-biasa macam saya." Adira cuba menangkis tekaan Erika.
"Mana ada U setakat biasa-biasa je. U ni cantik lah, jauh lebih cantik jika dibandingkan masa zaman U jadi maid dulu." Puji Erika.
"Mana ada cantik, merepek lah puan ni." Adira tersipu malu setelah dipuji.
"Dira, I sebenarnya nak minta maaf dekat U dengan apa yang I dah buat dekat U dulu." Ucap Erika.
"Puan ni tak habis-habis lah ungkit kisah lama. Saya tak pernah simpan dalam hati lah." Jelas Adira.
"Selagi luka dekat dahi U masih berbekas, selagi tu perasaan bersalah I pada U takkan hilang." Erika kemudian memegang dahi Adira yang terlihat parut kecil dan samar-samar itu.
"Dah lah puan jangan diingat kisah lama. Hubungan puan dengan encik macam mana, dah pulih?" Adira cuba mengubah topik.
"Maybe U belum tahu lagi, tapi kami dah rujuk semula." Jelas Erika.
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.