Bab 16 : Kembali ke rumah
Jari Manis · 5 min read
Kedengaran loceng pintu di luar rumah dibunyikan. Adira bergegas menuju ke arah pintu utama rumah. Setelah pintu rumah dibuka, kelihatan majikannya sudah berada di hadapan rumah di samping seorang wanita di atas kerusi roda.
"Masuklah encik, puan." Pelawa Adira.
"Amboi macam kau pulak tuan rumah nak arah-arah orang masuk." Erika mencebik.
"Ishh apa U ni cakap macam tu, memang tu tugas dia pun." Tegur Darius lalu menolak kerusi roda itu ke dalam rumah.
"Encik dengan puan nak makan apa-apa, saya boleh masakkan?" Soal Adira.
"Tak payah, aku tak lapar." Balas Erika tanpa memandang wajah pembantu rumah itu.
"Emm takpe lah Dira, nanti kalau kami rasa lapar kami bagitahu ye." Darius pula mencelah. Beliau kemudian menolak kerusi roda itu menuju ke dalam bilik tidur.
"Eyy berlagak, kaki dah cacat pun still lagi sombong." Getus hati Adira sebelum beredar menuju ke dapur.
"Kenapa U bawa I ke bilik ni? Kenapa tak bawa ke bilik kita dekat atas?" Soal Erika sebaik mereka tiba di dalam bilik.
"Takkan lah I nak tolak wheelchair naik tangga. Tu lah sebabnya I rasa better U duduk bilik ni." Jelas Darius.
"U rasa I menyusahkan ke?" Soal Erika lagi.
"Kalau I rasa U menyusahkan, I takkan offer untuk jaga U tau. Dah lah U rehat dulu. I nak masuk bilik atas kejap." Ujar Darius dan cuba beredar daripada situ.
"U tak tinggal dengan I dalam bilik ni ke?" Soal Erika lagi.
"U dah lupa ke yang kita dah bercerai, jadi mana boleh kita tinggal sebilik lagi." Balas Darius.
"What's the problem? Selama ni kita tak pernah pun peduli tentang halal haram ni, kenapa tiba-tiba U rasa tak boleh pula nak tinggal sebilik. Ke U rasa jijik tinggal sebilik dengan perempuan cacat macam I?" Erika cuba meneka.
"Apa sampai ke situ pula. I cuma nak berubah ke arah lebih baik. Dah lah U rehat dulu." Darius kemudian menutup pintu bilik itu lalu beredar dari situ.
Beliau kemudian terus sahaja menuju ke dapur dan mencari-cari kelibat Adira. Namun tubuh gadis itu masih lagi tidak kelihatan. Seketika kemudian terdengar bunyi air dipam datang dari arah tandas.
Maka tahulah Darius bahawa Adira sedang menggunakan tandas ketika ini. Beliau kemudian menyorok di tepi pintu dan menunggu Adira keluar. Seketika kemudian pintu dibuka lalu muncul lah Adira di muka pintu.
Ketika melangkah kakinya untuk meninggalkan bilik air, tiba-tiba pinggangnya dirangkul dari arah belakang. Dia tidaklah berasa terkejut kerana dia dapat mengagak siapakah gerangan yang memeluk tubuhnya.
"Abang ni, puan kan ada tu. Macam mana kalau dia nampak?" Adira cuba melepaskan pelukan itu.
"Kalau Erika nampak pun apa masalahnya, kami dah bercerai dah pun. Jadi terpulang dekat abang lah nak ada hubungan dengan sesiapa pun." Balas Darius lalu mengeratkan pelukannya.
"Tapi taknak lah kalau ada orang nampak kita macam ni, saya taknak ada masalah yang timbul di kemudian hari." Adira cuba melepaskan diri lagi.
"Janganlah risau, dia kan dah lumpuh sekarang ni. Jadi dia bukan boleh bergerak bebas dalam rumah. Dia takkan nampak lah perbuatan kita." Ujar Darius lalu mencium pipi Adira.
"Abang nak jaga puan sampai bila?" Soal Adira. Kali ini dia membiarkan sahaja lelaki itu mencium pipinya.
"Sampai dia sembuh. Doktor cakap dia masih lagi apa peluang sembuh kalau dia start buat physiotherapy." Balas Darius. Beliau seperti tidak mahu melepaskan pelukannya itu.
"Jadi selama dia dalam keadaan macam tu, selama tu lah abang akan jaga dia lah kan?" Adira inginkan kepastian.
"Tak tahu lah, tengok keadaan macam mana. Yang awak tanya banyak-banyak ni kenapa, awak jealous ya?" Darius cuba mengagak.
"Kenapa pula saya nak jealous? Saya kan pembantu rumah je kat sini." Balas Adira dengan nada sedikit cemburu.
"Tak habis-habis dengan ayat awak tu. Kan dah berapa kali abang cakap yang awak lebih dari pembantu rumah dalam rumah ni. Dira, bila ye kita nak having sex lagi." Darius pula menyoal.
"Eyy tak habis-habis dengan seks je yang abang pikir. Takde benda lain ke?" Balas Adira.
"Alah hari tu tak dapat buat sebab awak period. Abang pun tahu awak nak juga kan, awak pun rindu nak buat macam tu lagi kan?" Darius cuba meneka.
"Alah puan kan ada kat rumah ni, macam mana kalau kantoi? Kita hold dulu lah buat benda-benda macam tu ye." Pinta Adira.
"Darius!" Tiba-tiba kedengaran suara Erika memanggil. Darius cepat-cepat melepaskan pelukannya. Setelah pelukan itu dilepas, ketika itu jugalah kelihatan Erika keluar dari bilik dengan menggunakan kerusi roda.
"Yang U ni keluar kenapa, duduk jelah dalam bilik tu. Kang penat pulak nak pusing roda wheelchair tu sendiri." Tegur Darius lalu berjalan menghampiri wanita itu.
"Tekak I tiba-tiba haus lah, tu lah sebab I keluar. I rasa nak minum fresh orange lah." Ujar Erika.
"Takpe, kejap lagi I buatkan. U tunggu dalam bilik ya." Darius kemudian menolak kerusi roada itu kembali menuju ke bilik.
"Kenapa pula U yang nak buatkan? U kan ada maid, suruh jelah dia yang buat." Balas Erika.
"Yelah-yelah, nanti I suruh dia buatkan." Ujar Darius sebelum mereka menuju semula ke dalam bilik.
Adira hanya memerhati kelibat kedua-dua orang itu hilang dari pandangan. Tidak tahu kenapakah dia berasa geram ketika ini. Terasa menyampah pula di hatinya pabila melihat sikap dan tone suara Erika.
"U kan ada maid, suruh jelah dia yang buat. Eyy menyampah aku, bukan dia yang bayar gaji aku pun!" Getus hati Adira.
Darius menolak Erika yang berada di atas kerusi roda menuju ke dapur. Setelah seharian wanita itu tidak makan, akhirnya wanita itu bersetuju untuk sama-sama berserta menjamu makan malam.
"Eya, lamanya mama tak jumpa Eya. Peluk mama sini sayang." Panggil Erika kepada anaknya setelah melihat anak kecil itu sedang duduk di atas kerusi.
Namun tidak kelihatan sedikitpun kerinduan di wajah Afiyah. Malah anak kecil itu hanya bersahaja dan berbual dengan Adira yang berada di sebelahnya. Ini membuatkan Erika menjadi kecil hati.
"Hey U, kenapa U duduk dekat meja makan sekali ni?! U tu orang gaji je tau, mana boleh duduk semeja!" Marah Erika kepada Adira.
"Minta maaf puan, tapi Eya taknak makan kalau saya tak temankan dia." Balas Adira.
"I dah balik rumah ni, jadi mulai hari ni U tak payah nak temankan dia lagi. Biar I sebagai ibu dia yang temankan dia." Arah Erika.
Adira memandang ke arah Darius untuk mendapatkan jawapan, namun lelaki itu hanya memandang ke arah lantai dan tidak mahu berkata apa-apa. Jadi dia terpaksa bangun dan meninggalkan meja makan.
"Akak nak pergi mana? Eya nak ikut." Afiyah cuba bangun dan mendapatkan Adira.
"Ehh Eya nak pergi mana? Eya tak habis makan lagi. Jom lah kita makan sama-sama." Erika merangkul tangan anaknya supaya tidak pergi.
"Alah Eya nak dengan akak je." Balas Afiyah.
"Eya, jomlah makan sama-sama. Tak kesian dekat mama ke?" Darius pula menyampuk.
Afiyah akhirnya akur dengan permintaan ayahnya. Dia kembali duduk di atas kerusi meskipun dia sudah tidak berasa lapar. Malah dia berasa tidak selesa dan janggal berada di samping wanita yang hampir setengah tahun meninggalkan rumah itu.
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.