Bab 23 : Membawa pulang
Jari Manis · 4 min read
Namun kini Nabilah menganggap Adira betul-betul serious dalam menjalin hubungan lesbian. Gadis itu kini tidak mahu lagi berpisah dengannya. Mereka sama-sama menghabiskan masa setiap waktu.
Adira tidak tahu bagaimana mahu memberitahu gadis itu bahawa dia sebenarnya bukanlah seorang wanita yang bernafsu songsang. Dia masih lagi seorang wanita yang lurus dan mencintai lelaki.
Dia takut untuk berterus terang kerana mungkin akan mengecewakan Nabilah. Kelihatan pasangannya itu benar-benar mencintai dirinya. Jika dia berterus terang, sudah pasti hati gadis itu pecah berderai.
Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu membetulkan balik keadaan. Hanya jalan terbaik adalah dengan cara Nabilah jatuh cinta terhadap seorang lelaki. Namun masih adakah lelaki yang mampu membuka hati gadis itu.
Sikap Nabilah berubah daripada seorang gadis ayu, menjadi seorang yang berperwatakan tomboy kerana dia tidak mahu lagi mempercayai lelaki. Dia pernah dilukai dan ditinggalkan tanpa belas kasihan.
Nabilah pernah menceritakan bahawa seorang lelaki yang benar-benar dia cintai telah meninggalkan dia begitu sahaja setelah dia menyerahkan mahkota berharganya. Lelaki itu berjanji akan bertanggungjawab.
Namun sayangnya, kata-kata manis itu hanyalah helah lelaki berhidung belang. Sejak daripada itulah dia mengubah nafsunya kepada pasangan sejenis. Adira sendiri tidak tahu berapa lamakah gadis itu ingin menutup hatinya kepada lelaki.
Dia berharap ada lelaki berjaya membuka hati Nabilah, jadi tidaklah gadis itu mendambakan cintanya setiap masa. Adira kemudian mencium dahi gadis itu sebelum kedua-dua mereka tidur bersama dalam keadaan telanjang bulat.
Beberapa bulan telah berlalu semenjak Adira memulakan latihan industri. Tidak sabar rasanya dia ingin menamatkan pelajaran dan terus mencari kerja tetap sebagai jururawat yang terlatih.
Hubungannya dengan Nabilah masih seperti sedia kala, malah pasangan lesbiannya itu semakin menjadi-jadi syahwatnya. Hampir setiap malam sudah pasti mereka akan melakukan hubungan seks songsang.
Nasib baiklah kini dia bercuti sementara di kampung, jadi tidak perlulah dia mengangkang untuk Nabilah setiap masa. Terasa lega dapat berehat di kampung dengan aman tanpa gangguan sesiapa pun.
"Macam mana dengan praktikal kamu, ok tak?" Soal Hajah Kalsom.
"Ok je takde masalah." Balas Adira.
"Mak nak tanya boleh, kamu ada contact lagi dengan boss lama kamu tak?" Soal Hajah Kalsom lagi.
"Kenapa nak contact dengan dia lagi? Dia bukan ada kena mengena dengan Dira lagi." Adira terkejut dengan persoalan tersebut.
"Mana lah tahu kamu masih berhubung dengan dia lagi. Kan kamu baik sangat dengan anak dia, tak rindu nak jumpa ke?" Hajah Kalsom menyoal lagi.
"Ehh taknak lah tiba-tiba je nak jumpa. Nanti mesti pelik diorang kalau tiba-tiba je Dira muncul depan rumah diorang." Adira menolak cadangan ibunya itu.
"Takde apa pun yang pelik. Ni hah mak nak cakap, esok mak pergi rumah kakak kamu sebab nak jaga dia berpantang. Kamu nak ikut tak?" Soal Hajah Kalsom.
"Malas lah. Dira nak rehat je kat rumah puas-puas. Minggu depan dah nak sambung belajar balik." Jawab Adira.
"Boleh ke kamu nak tinggal sorang-sorang ni?" Hajah Kalsom tidak yakin.
"Dira dah besar lah mak, mestilah boleh. Mak janganlah risau." Adira meyakinkan ibunya.
"Kalau dah macam tu kamu cakap, takpe lah." Hajah Kalsom kemudian beredar daripada ruang tamu dan meninggalkan Adira keseorangan.
Memandangkan tiada sesiapa di rumah, jadi Adira terpaksa memasak sendiri. Dia kini baru sahaja pulang dari membeli barang dapur di kedai. Ketika sedang berjalan menuju ke rumah, tiba-tiba dia terlihat seseorang sedang terbaring di atas tanah.
Dia tidak pasti siapakah orang itu, namun dia tetap berniat untuk menolong. Dia menghampiri sosok tubuh itu, lalu memerhati keseluruhan tubuh lelaki itu. Kelihatan terlalu banyak luka di tubuh terutama di telapak tangan.
Itu bukanlah luka biasa-biasa kerana pendarahan yang banyak akibat luka yang agak dalam. Dia sendiri tidak tahu bagaimana lelaki itu boleh terluka sedemikian rupa. Dia kemudian merenung wajah lelaki itu dalam-dalam.
"Awak ni Razak kan? Apa yang awak buat dekat sini? Apa yang dah terjadi dekat awak?" Bertalu-talu soalan yang dilemparkan oleh Adira.
Lelaki itu kemudian membuka mata dan mereka saling merenung di antara satu sama lain. Kelihatan lelaki itu cuba berkata sesuatu namun akibat badannya yang lemah, beliau tidak mampu meneruskan kata-kata.
"Takpe awak jangan cakap apa-apa. Rumah saya depan tu je, jom saya bawa awak pergi rumah saya dalu." Adira cuba memapah tubuh lelaki itu.
Walaupun tubuh lelaki itu sungguh berat, namun dia tetap gagahkan juga untuk memapah. Dia tidak sanggup meninggalkan lelaki itu keseorangan di situ memandangkan hari semakin senja. Sudah pasti tiada sesiapa yang akan membantu.
Razak membuka matanya perlahan-lahan setelah kelopak matanya terasa sungguh berat untuk dibuka. Beliau tidak tahu berapa lamakah beliau tidak sedarkan diri. Dipandang syiling dan juga dinding di bilik terbabit.
Beliau merasakan begitu asing melihat persekitaran bilik tersebut. Ini bermakna beliau bukan berada di rumahnya sendiri, jadi rumah siapakah ini? Razak hanya mampu melemparkan soalan kepada dirinya sendiri.
Dilihat tangannya telahpun berbalut dengan bandage. Bukan sahaja di tangan, beliau dapat rasakan keseluruhan luka di tubuhnya juga telah mendapat rawatan. Siapakah yang bersusah payah merawatnya?
Untuk mendapatkan jawapan, Razak mengambil keputusan untuk bangun dari pembaringannya, lalu berjalan menuju ke luar bilik. Kelihatan persekitaran rumah itu seperti rumah kampung.
Ketika meninjau-ninjau persekitaran rumah, hidungnya dapat menangkap bau yang sungguh enak. Tanpa berlengah, beliau terus melangkah kakinya menuju ke arah di mana datangnya bau yang enak itu.
Ternyata bau itu datang daripada dapur setelah kakinya dibawa ke ruang dapur berkenaan. Ketika itu jugalah beliau terlihat seorang gadis sedang asyik memasak sesuatu yang berada di dalam kuali.
Walaupun hanya dari arah belakang, namun beliau dapat mengagak bahawa gadis itu adalah seorang yang cantik melalui potongan bentuk badan. Apatah lagi gadis itu hanya memakai gaun tidur separas lutut.
"Excuse me." Razak membuka mulutnya. Ketika itu jugalah gadis itu berpaling dan memandangnya.
"Ehh awak dah sedar." Adira agak terkejut kerana lelaki itu muncul di belakangnya secara tiba-tiba.
"Awak ni bukan cik Dira ke? Nurse dekat hospital tempat Jehad buat phisiotherapy?" Soal Razak setelah lama merenung tajam wajah gadis cantik itu.
"Haah saya lah. Kenapa awak bangun dari katil? Rehat lah dulu, badan awak tak kuat lagi." Ujar Adira lalu menghampiri lelaki itu.
"Saya dekat mana ni? Berapa lama saya tak sedarkan diri?" Razak inginkan kepastian.
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.