Bab 18 : Luka di dahi
Jari Manis · 5 min read
"Ehh perempuan, U dah buat apa dekat anak I hahh?!" Soal Erika sebaik mereka selesai makan dan Afiyah sudahpun kembali ke bilik.
"Apa maksud puan? Saya tak buat apa-apa pun dekat Eya." Adira tidak mengerti dengan apa yang dimaksudkan oleh Erika.
"Sejak bila Eya dah tak nak dengar cakap I ni? Dan sejak bila pula Eya cuma makan makanan kampung ni? Apa yang U dah hasut dekat dia?" Erika semakin tidak berpuas hati.
"Mana ada saya hasut apa-apa, kenapa puan pikir macam tu pula?" Adira menjadi rimas dengan tuduhan wanita itu.
"I syak lah U mesti ada letak sesuatu dalam makanan Eya. U mesti dah mandrem dia kan?" Erika cuba meneka.
"Astaghfirullah halazim, apa ni puan main tuduh-tuduh. Istighfar banyak-banyak puan." Adira sungguh terkejut dengan tuduhan itu.
"Eleh nak tunjuk baik pulak, macam lah I tak tahu yang perempuan kampung macam U ni memang suka bab bomoh membomoh ni." Erika masih lagi melemparkan tuduhan.
"Dah lah puan. Saya hantar puan ke bilik." Adira memegang kerusi roda milik Erika, lalu menolak kerusi roda tersebut.
"Ehh I tak habis cakap lagi ni." Namun kata-kata Erika tidak diendah oleh Adira, sebaliknya Adira terus menolak kerusi roda tersebut menuju ke bilik tidur wanita itu.
Dia kalau boleh mahu Erika segera memasuki bilik tidur supaya tidak perlu untuk mendengar suara wanita itu. Jadi dia tidak lah perlu mendengar pelbagai tuduhan yang akan dilemparkan kepadanya.
"Sayang, mama ada order custard tart. Jom makan nak?" Pelawa Erika kepada Afiyah yang sedang leka menonton televisyen.
"Malas lah, Eya tak lapar." Balas Afiyah tanpa menoleh ke arah ibunya langsung.
"Alah jom lah makan sekali dengan mama." Erika masih lagi mengharap. Dia kemudian menolak kerusi roda dan menghampiri anaknya itu.
"Eya tak lapar lah. Eya nak tengok tv ni, janganlah kacau." Afiyah masih lagi tidak mahu menerima pelawaan ibunya itu.
"Siapa yang ajar Eya menjawab macam ni? Eya tak boleh ke layan mama baik-baik?!" Erika mula hilang sabar dengan perangai anaknya itu.
Namun kata-kata itu tidak diendah oleh Afiyah, sebaliknya dia masih lagi kusyuk menonton televisyen. Ini membuatkan Erika menjadi semakin bengang, lalu menarik tangan Afiyah supaya bangun dari baringan.
"Eyy apa ni mama!" Afiyah menjadi tidak selesa dengan paksaan ibunya itu.
"Cepatlah makan, penat mama order tau benda ni." Erika mendesak lalu cuba menyuap custard tart itu ke dalam mulut Afiyah.
Afiyah masih lagi dengan pendirian untuk tidak mahu makan. Dia meronta-ronta supaya tidak dipaksa disuap makanan itu. Ketika dalam keadaan meronta, tiba-tiba Afiyah tidak sengaja menolak pinggan di tangan Erika.
Akibatnya makanan yang berada di dalam pinggan tersebut bertaburan di atas lantai. Ketika itu jugalah Adira melintas di ruang tamu. Dia berasa sungguh terkejut dengan apa yang dilihatnya ketika ini.
Dia sendiri tidak mengerti apakah punca dua beranak itu menjadi begitu. Setelah melihat makanan berada di lantai, Afiyah bangun dari atas sofa, lalu terus sahaja berlari meninggalkan ruang tamu.
"Eya!" Erika memanggil anaknya itu. Perasaan bersalah mula terbit di dirinya kerana terlalu memaksa anaknya itu.
"Takpe puan, biar saya bersihkan lantai tu." Adira kemudian menghampiri Erika, lalu mengutip custard tart yang bertaburan di lantai.
"Ini semua salah U, apa yang U dah ajar dekat anak I sampai dia dah berani lawan cakap I?!" Erika cuba melepaskan amarahnya kepada Adira.
Namun Adira tidak mengendahkan tuduhan itu, sebaliknya dia terus mengutip sisa-sisa makanan di lantai. Ini membuatkan Erika menjadi semakin hilang sabar. Dia kemudian cuba melempar pinggan di atas lantai bagi melepaskan amarah.
Namun ketika dilempar pinggan itu, Adira bergerak ke hadapan sedikit untuk mengutip sisa-sisa makanan. Ketika itu jugalah pinggan itu terkena dahi Adira. Erika tergamam kerana bukan niatnya untuk menyakitkan pembantu rumahnya itu.
"Aduhh!!" Adira terus memegang dahinya. Terasa ada cecair suam mula keluar di dahinya.
"Erika, apa yang U dah buat dekat Dira?!" Tiba-tiba satu teriakan kuat kedengaran di muka pintu. Darius yang baru sahaja pulang dari kerja sungguh terkejut dengan apa yang dilihatnya.
"I..I.." Erika tidak mampu berkata apa-apa kerana dia sendiri tidak menyedari apa yang telah dilakukannya.
"Dira, are you okay?" Darius terus mendapatkan Adira dan cuba melihat luka di dahi gadis itu.
"Saya okay, sikit je ni." Balas Adira yang cuba menyembunyikan kesakitannya.
"Okay apanya, besar tu luka. Jom ikut saya pergi klinik." Darius menarik tangan Adira supaya berdiri.
"Takpe lah encik, sikit je ni. Tak payah susah-susah." Adira menolak ajakan Darius.
"Jangan degil! Saya majikan awak, kalau apa-apa jadi dengan awak saya yang kena bertanggungjawab!" Tegas Darius.
Adira akhirnya akur dengan arahan Darius lalu bersetuju untuk mengikutinya ke klinik. Ketika cuba beredar ke luar rumah, Darius sempat memandang ke arah wajah Erika dengan wajah yang sungguh bengis.
"If something bad happen to Dira, I will never forgive you." Ucap Darius sebelum beliau beredar ke luar rumah bersama-sama Adira.
Erika tertunduk ke lantai dengan wajahnya pucat dan ketakutan. Dia melihat tompok-tompok darah yang berada di atas lantai. Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya atas perbuatan yang dilakukan.
Dia sebenarnya tidak berniat langsung untuk menyakiti gadis itu, namun apa boleh buat semua itu telah berlaku. Dia memandang kedua-dua telapak tangannya dan menyoal dirinya kenapa dia bersikap begitu.
Apa yang menyebabkan dia berubah sebegitu rupa sekali. Dahulunya dia seorang yang sentiasa gembira dan disenangi oleh orang lain, kini sikapnya sentiasa dingin dan mudah melepaskan amarah.
Mungkin kerana fizikalnya yang kini lumpuh separuh badan menyebabkan sikapnya berubah sedemikian rupa. Dia sepatutnya menjadi lebih baik bagi menambat semula hati Darius dan Afiyah, namun lain pula yang terjadi.
Jika dia berterusan seperti ini, mungkin orang-orang yang disayanginya akan mula membencinya. Jika semua itu terjadi, sudah pasti Darius tidak membenarkan dia tinggal di situ lagi. Dia sendiri tidak tahu kemanakah arah yang bakal dia tuju selepas ini.
"Tuk! Tuk! Tuk!" Kedengaran pintu bilik tidur diketuk.
Adira yang sedang berbogel kerana baru selesai mandi, terus sahaja menyambar tuala. Dia kemudian melilit tuala itu ke tubuhnya, lalu terus menuju ke muka pintu. Kelihatan wajah majikannya apabila pintu sudah terbuka.
"Ada apa encik datang bilik saya tengah-tengah malam ni?" Soal Adira.
"Erika dah tidur, jadi tak payah lah ber'encik' dengan abang." Ujar Darius sebelum melangkah kakinya ke dalam bilik gadis itu.
"Yelah, kenapa abang? Ada apa-apa abang nak ke?" Soal Adira lalu menutup semula pintu bilik itu.
"Abang cuma nak tengok luka dekat dahi Dira je, sakit lagi ke tak?" Darius kemudian duduk di atas katil.
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.