Bab 31 : Bintang di langit
Jari Manis · 1 min read
"Hisyam, tengok ni. Aku dah tunaikan apa yang aku janjikan dekat kau dulu." Ujar Razak sambil menunjukkan tali pinggang kejuaraan miliknya.
Beliau kemudian duduk di tepi kubur tersebut sambil meletakkan tali pinggang kejuaraannya di sebelah. Tangannya mencabut-cabut rumput yang memenuhi kubur. Kelihatan kubur tersebut sudah agak lama tidak dijenguk.
Razak hanya memerhati kubur itu sambil kenangan melintasi fikirannya. Bagaimana beliau mengenali Hisyam dari bangku sekolah lagi. Bagaimana lelaki itu menyelamatkan dirinya dari dibuli oleh Megat dan rakan-rakannya.
Bagaimana mereka berlatih bersama-sama di gymnasium milik Salam sehingga lah mereka bertarung di kejohanan MMA bersama-sama. Beliau juga tidak akan melupakan bagaimana Hisyam menyelamatkan dirinya dari dibunuh.
Beliau juga tidak akan sesekali melupakan pengorbanan yang dilakukan oleh Hisyam menanggung kesalahannya sehingga dihukum gantung sampai mati. Ingatan itu membuatkan air matanya mula mengalir membasahi pipi.
Dikeluarkan surah yasin dari poket bajunya, lalu beliau mengalunkan bacaan yasin dan tahlil. Beliau berdoa rakan baiknya itu akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di akhirat kelak.
Ketika berlalu pergi daripada tanah perkuburan tersebut, beliau terlihat wajah seseorang yang dikenali sedang berada di pintu pagar tanah perkuburan. Tanpa berlengah, beliau terus menghampiri empunya diri.
"Ingat tak awak cakap kalau kita berjumpa lagi, awak akan tunaikan segala permintaan saya?" Adira cuba mengingatkan lelaki itu.
"Mestilah ingat. Awak nak minta apa?" Soal Razak.
"Saya nak awak kejar bintang di langit." Ujar Adira.
Razak hanya mengerutkan dahinya kerana tidak faham apa yang cuba diminta oleh gadis itu. Ketika itu jugalah Adira menghulur tangannya kepada Razak. Lelaki itu menyambut tangan tersebut, lalu mereka beredar bersama-sama.
T . A . M . A . T
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.