Bab 13 : Cubaan melamar
Jari Manis · 5 min read
Beberapa minggu sudah berlalu semenjak peristiwa Adira kehilangan dara. Kini dia tidak lagi diselubungi sesalan, malah terasa ingin mengulanginya lagi. Namun majikannya itu pula masih lagi tidak meminta.
"Ada apa encik panggil saya?" Soal Adira sebaik tiba di ruang tamu.
"Saya cuma nak tanya, awak ada planning nak sambung belajar ke lepas ni?" Soal Darius pula.
"Ya encik, saya memang dah niat nak sambung belajar. Kerja dekat sini cuma untuk isi masa sementara je." Jelas Adira.
"Kalau macam tu, awak memang dah tak kan tinggal dekat sini lagi ke lepas ni?" Soal Darius lagi.
"Rasanya macam tu lah. Yelah sebab saya dah tak kerja dekat sini, jadi saya tak rasa ada sebab untuk saya tinggal dekat sini lagi." Jelas Adira lagi.
"Awak tak rasa rindu dekat Eya ke kalau dah tak tinggal dekat sini nanti?" Darius menyoal lagi.
"Mesti lah rindu, tapi nak buat macam mana lagi. Saya terpaksa kejar cita-cita saya lepas ni." Balas Adira.
"Macam mana dengan saya? Awak tak rasa rindu dekat saya lagi ke lepas ni?" Darius inginkan kepastian.
"Apa maksud encik?" Adira berasa pelik dengan soalan majikannya itu.
"Macam ni lah biar saya straight to the point je. Nak tak awak jadi isteri kepada saya?" Darius melamar.
"Eh kenapa tiba-tiba je encik cakap pasal kahwin ni?" Adira seperti tidak percaya apa yang didengarnya.
"Semenjak kita having sex dulu, saya dah nekad untuk bertanggungjawab. Itu lah sebabnya saya nak melamar awak." Terang Darius.
"Encik tak perlu risau sebab saya takkan paksa encik bertanggungjawab. Encik tak perlu rasa terbeban." Balas Adira.
"Benda ni bukan bebanan bagi saya, memang saya melamar awak sebab saya dah mula sukakan awak semenjak awak mula kerja di sini lagi." Luah Darius.
"Apa yang encik cakap ni?" Adira semakin tidak mengerti.
"Saya cuma inginkan jawapan daripada awak sama ada awak sudi ataupun tidak, itu saja." Ujar Darius.
"Saya tak nak lah cakap pasal kahwin tiba-tiba ni. Kan saya baru bagitahu yang saya nak sambung belajar lepas ni, jadi saya taknak fikir pasal kahwin lagi." Jelas Adira.
"Kita kahwin tak bermakna awak tak boleh sambung belajar. Awak tetap akan sambung belajar dan saya akan tanggung semua kos yuran pembelajaran awak." Tambah Darius lagi.
"Boleh bagi saya fikir dulu tak encik? Bagi saya ruang sebab kahwin ni bukan benda main-main." Pinta Adira.
"Yelah, saya tak memaksa. Saya terima apa sahaja keputusan awak." Ujar Darius.
"Saya masuk bilik dulu ya encik, selamat malam." Ucap Adira dan cuba beredar.
"Dira." Tiba-tiba namanya dipanggil.
"Ada apa lagi ya encik?" Soal Adira setelah memaling wajahnya dan memandang Darius.
"Boleh tak kalau lepas ni jangan ber'encik' dengan saya lagi. Panggil je abang lebih senang." Ujar Darius.
"Saya rasa tak biasa lah panggil macam tu." Adira berasa serba salah.
"Please, saya tak suka dengar gelaran encik tu dekat dalam rumah ni." Ujar Darius lagi.
"Baiklah encik. Ehh silap, baiklah ab.. abang. Saya minta diri dulu ye." Adira kemudian berlalu pergi dari situ.
Darius hanya memerhati kelibat gadis itu berlalu pergi. Beliau tidak tahu sama ada melamar gadis itu adalah keputusan yang tepat dan tidak tergesa-gesa. Namun terlalu banyak sebab membuatkan beliau melamar.
Antaranya adalah disebabkan beliau telah meragut keperawanan Adira, jadi beliau rasa bersalah jika tidak bertanggungjawab. Beliau juga ingin mengahwini gadis itu demi kebahagiaan anaknya.
Beliau tahu Afiyah sungguh menyayangi Adira, jadi beliau tahu sudah semestinya anaknya tidak dapat menerima kenyataan jika Adira meninggalkan rumah mereka. Itulah sebabnya beliau ingin memperisterikan gadis itu.
Beliau juga sebenarnya sudah jatuh cinta kepada Adira, jadi beliau tidak mahu gadis itu dirampas orang bilamana gadis itu melanjutkan pelajaran kelak. Beliau sungguh berharap mendapat jawapan yang positif daripada gadis itu.
"Puan ni Erika kan?" Tiba-tiba seseorang menyapa dari arah belakang.
"Ya saya. Puan ni siapa?" Erika menjadi terkejut kerana namanya dipanggil oleh seseorang yang dia tidak kenali.
"Saya Jasnita. Puan ada masa free tak? Saya ada perkara nak bincang dengan puan berkaitan Borhan." Ujar wanita itu.
Erika sungguh terkejut mendengar nama Borhan diketengahkan oleh wanita itu. Tanpa berlengah dia terus bersetuju untuk mengadakan perbualan dengan wanita itu meskipun dia sebenarnya agak sibuk.
Namun hal lain perlu diketepikan dahulu kerana perkara ini lebih penting. Kedua-dua mereka kemudian terus sahaja menuju ke kafe berdekatan. Mereka kemudian melabuhkan punggung di atas kerusi.
Tidak lama selepas itu, pelayan kafe menghampiri mereka dan mengambil pesanan. Kedua-dua mereka hanya memesan air sahaja. Pelayan kafe tersebut menuruti permintaan lalu beredar dari meja tersebut.
"Tak nak order makanan ke?" Soal Jasnita.
"It's okay. Let's straight to the point, apa puan nak inform I tentang Borhan?" Erika terus sahaja menyoal.
"Saya nak tanya lah, berapa lama dah Puan Erika kenal dengan Borhan?" Jasnita memulakan bicara.
"Around one year, kenapa ya?" Erika tidak sabar ingin mengetahui.
"Saya kenal Borhan tiga tahun lepas. Masa tu saya ada problem dengan suami saya, dia muncul dan jadi tempat meluah untuk saya." Ujar Jasnita.
"So, apa jadi between you and him?" Soal Erika lagi.
"Saya dah mula buka hati saya untuk dia dan sanggup mencurangi suami saya sendiri. Selain itu dia selalu pinjam duit dengan saya sebab dia cakap dia nak kembangkan business dia." Tambah Jasnita lagi.
"Apa jadi lepas tu?" Erika ingin tahu.
"Disebabkan saya percaya dan sayang dekat dia, saya sanggup habiskan lebih 200 ribu ringgit termasuk gadaikan emas yang suami saya hadiahkan. Saya percaya yang dia akan kahwini saya lepas saya bercerai dengan suami saya." Terang Jasnita lagi.
"Rupa-rupanya semua tu tipu belaka. Lepas terlalu banyak saya dah korbankan untuk dia, tiba-tiba dia menghilangkan diri. Selama tiga tahun ni saya cuba jejaki dia untuk menuntut balik semua duit-duit saya." Tambah Jasnita.
"Selama tiga tahun ni juga lah saya dapat tahu ada beberapa lagi perempuan yang jadi mangsa kepada dia seperti saya. Beberapa bulan lepas saya dapat matlumat puan adalah mangsa terbaru dia, tu sebabnya saya datang berjumpa dengan puan." Tambah Jasnita lagi.
"Susah I nak percaya cakap U ni sebab I kenal sangat Borhan tu macam mana. Dia lelaki yang cukup baik, I tak rasa yang cerita U ni betul." Tegas Erika.
"Itu terpulang pada puan untuk percaya ataupun tidak tapi memang si Borhan ni sebenarnya love scammer. Target dia adalah wanita berkerjaya yang sedang menghadapi masalah rumahtangga." Ujar Jasnita.
"Dia akan umpan wanita-wanita yang dahagakan perhatian sehingga lemas dalam dakapan dia. Lepas tu dia akan guna ayat-ayat manis supaya mangsa-mangsa dia rela serahkan duit dekat dia." Jelas Jasnita lagi.
Show 0 comments
Log in to join the conversation.
- No comments yet. Be the first.